Tuesday, June 30, 2009

FAVOURITE AKU




Sedapnya.Kalau dapat sekotak besar ni. Aduiii.....Nikmat....

AKU BAK BERCERITA

Cerita apa...aku pun tak tau. Rasanya dah lama aku tak menulis kat blog kesayanganku ini.Rindu pulak rasanya nak menaip. Aku baru lepas masak ni.Nka mandi kejap lagi. Takpe mandi lewat sikit.Tengah cuti sembahyang.Kalau tak wajib mandi cepat.Nak bermalsa malasan sebentar.
Aku hari jumaat ni akan balik ke Kuching.Ada kenduri 40 hari arwah mak dan ayah. Tak bersa betul 40 hari dah.Sekejap betul masa berlalu.Bermakna dah 40 hari jugaklah aku dah menjadi ibu dan ayah pada adik2x aku Adilla dan Aina. Alhamdulillah mereka mendengar kata.Tapi biasalah budak2x.Ada masanya nak melawan jugak.
Kerja aku pula....adui...semakin melambak lambak. Semua nak kena aku but.Dahlah dapat bos andartu yang garang sanagt.Sikit-sikit menjerit kena histeria.Sikit-sikit baling fail.Dan selalunya aku yang menjadi mangsa keadaan.Dah tu kena kutip fail lagi. Adui...apalah nasib aku ni.Sian aku kan.
4hb ni kak idah dan izham akan berahwin. Sori....takleh nak attend wedding korang.Aliah kena balik ke kuching jugak.Sian Adilla sorang-sorang kat sini. Sonok kan kahwin. Aku ni bila lagi ntah. Tunggu adik2x dululah. Abang aku pun ckap sampai seru kita kahwinlah.Yelah...sabar....huhuhuhu.Sekarang sabarlah teman kau yang paling setia. Walaupun aku sebenarnya tak sabar. Aku kena ada teman. Dok sorang ni banyak sgt rintangan dan dugaannya. Aku kadang2x tak mampu tau. Kadnag-kadang dok menangis sendiri. Tapi dah pikir2x aku tak jumpa lagi jodoh aku.Ke..aku yang menolak jodoh aku.
X Tunang aku asyik telefon aku.Mintak maaf...Ye...aku dah maafkan.Siapalah aku untuk tidak memaafkan.Tpai utk menerima dia seperti mana aku terima dia sebagai tunang aku dulu rasanya takkan terjadi lagi.Hati aku dah tertutup . Sejak aku mendengar apa yang dia katakan pada family ku dulu..takkan sesekali aku menerimanya. Dia telah menyebabkan air mata ayah keluar. Kami adik beradik pun tak pernah nak bagi ayah aku menangis. Ini kan org luar. Aku tahu dia memang nakkan aku lagi. Tapi mintak maaf hati aku dah tertutup habis buatnya. OK..KITA TUTUP CERITA YE.
Oklah.nanti aku menaip lagi.AKu ngantuk betullalh. penat sangat.Ok..Chow Cin Chow

Sunday, June 28, 2009

CLUCTH



















Aku pengumpul benda alah ni.Sejak bila ye? Rasanya pertengahan tahun lepas.Waktu tu sepupu aku yang bagi. Yelah.Untuk g kenduri takpun dinner. Sekarang aku dah beli 6 dah.Dari pelabgai jenis rupa bentuk, colour dan brand. Aku tak kisah brand apa pun.Janji cantik dan sesuai untuk aku. Ada jugak dlm wishlist aku.Tapi tak mampulah nak beli.Mahal...baik aku simpan duit buat aku kahwin nanti.Ahakss...

Saturday, June 27, 2009

Thursday, June 25, 2009

Atasi Marah & Panas Baran



Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .



3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

KETENANGAN YANG KU CARI

Sekarang aku dekat Cherating. Aku datang sini pun dengan tak sengaja. Yelah...membawa hati yang tak tenang.Hati yang tengah sakit hati.Macam-macamlah. Sonok tengok laut.Lama dah rasanya tak g laut.Last aku pergi masa tu kami sekeluarga pergi Sematan.Sonoknya dekat Sematan.Yelah...pantainya canti sangat.Panjang...Luas.Sematan ni dekat ngan Tanjung Datu.Kira dah hujung Sarawak dah tu. Dan tanpa kami sedari kami memiliki sesuatu di sana. Akan kami adik beradik akan jaga peninggalan ayah kami tu.





Pantai Sematan merupakan antara tempat peraginan yang termasyur di negeri Sarawak, menyebabkan ianya tidak pernah sunyi daripada dikunjungi para pelancong dari dalam mahupun dari luar negeri.Pesta Pantai yang diadakan setiap kali menjelang bulan Mei di pantai Sematan dan Pulau Talang-Talang seolah-olah satu keraian yang dinanti-nantikan oleh para pengunjung setia dan penduduk tempatan untuk berkumpul dan berpesta. Malahan tidak kurang juga yang dating hanya sekadar untuk bersantai-santai di tepi pantai. Berkunjung ke pantai Sematan pasti tidak akan mengecewakan, kerana sudah tentu ada sahaja ole-ole dan kenangan manis untuk dibawa pulang

Sekarang ni mcm-macam aku pikir.Tentang adik-adik,tentang diri aku, kerja aku, kisah cinta aku, .Entahlah...Macam-macam.Aku ni manusia yang paling banyak masalah rasanya.Dan kadang2x aku tak tahu nak buat yang mana satu. Aku dah pening sangat2x dah ni. Jap lagi nak balik KL.Nak cari kopok lekor. Kat mana yang sedap yek.Takpelah carilah nanti. Nak tido jap.

cantikkan tempat aku duduk ni. rasa tak nak balik je dah.

I'M SORRY

AMARAN KERAS




JANGAN DOK BUAT KERJA MELARIKAN DIRI LAGI. INGAT!!! SEBELUM ANDA SAYA LARIKAN. INGAT TU


ayang tahu ayang dah buat abang marah sangat. Ayang mintak maaf.




Maafkan ayang Maafkan ayang 2x
Maafkan ayang



Wahai abang jangan merajuk
Maafkan ayang yang dah angau dan mabuk
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Ayang rela hati kena ketuk
Nandung-nandung dayang senandung


Wahai abang maafkan ayang

Maafkan ayang Maafkan ayang 2x
Maafkan ayang



Kalau abang tak mahu maafkan
ayang nak tinggal di dalam hutan
Wahai abang tidakkah kasihan
Ayang nak mati berderai badan
Nandung-nandung dayang senandung

Wahai abang maafkan ayang.


Maafkan ayang Maafkan ayang 2xMaafkan ayang

Wahai abang jangan marah sangat
Sedangkan Nabi ampunkan umat Kalau abang mukanya kelat Kelubang jendela ayang nak lompat
Nandung nandung dayang senandung Wahai abang maafkan ayang.

Maafkan ayang Maafkan ayang Maafkan ayang Maafkan ayang


Wednesday, June 24, 2009

PEREBUTAN KE BEREBUT

Aku tak taulah.Tiba-tiba aku diserang oleh seorang pompuan yang cukup tak matang usianya sebab dia cakap yang aku dok rampas bf dia.Gila apa.Akku tak sukalah diaktakan macam tu. Aku kenal bf dia satu opis dengan aku.Yang dia ni pun satu kementerian ngan aku. Dia serang aku semalam.Hari ni aku bawak dua orang ni bersemuka, kenapa nama aku leh dikaitkan dengan mereka ni.

Dan cerita sebenarnya pompuan ni syok sendiri. Dok gilakan lelaki ni.Yang lelaki ni pulak bila pompuan dok call ajak kuar cakap dia dok kuar ngan aku.Iskh...senang-senang pakai nama aku.Tanpa kebenaran lagi tu. Aku leh saman tau. Gila betul.Tak pasal2x aku yang kena serang. Yang pompuan tu pulak , lelaki tu bukan bf awak ok.Jangan nak perasan ok. Jaga sikit maruah kita sebagai org pompuan.Saya tau awak selalu bukak blog saya ni.Saya mintak maaf ok.Dan rasanya awak yang patut mintak maaf dengan saya.



BIG APPLE

Tadi singgah TESCO Punchong jap.Sebab Aina nak makn mi. Jauhnya nak makan mi.Nak tak nak ikut jelah.Dia ngan idah sudah setia menanti di TESCO.Balik singgahh kat BIG APPLE.Lama dah tak makan donut ni.Teringinlah pulak.Semalam kirim aina takde dibelinya.Alasannya...lupa. Lupa..Biaslah adik aku yang sorang ni manjang lupanya.

Tadi dok beli ingat nak makan kat umah.Sebab aku tak makn pun kat TESCO sebab kenyang.Kat opis aku dok melantak nasi ayam. Sedap jugak nasi ayam tu. Iman tapaukan untuk aku .Thanks Iman sebab belanja kita sekali. Sampai umah letak kat dalam peti sejuk.ICE BOX urang sarawak madah.Hahahaha.Dah masuk bilik baring-baring tertido aku. Nak sembahyang cuti cuti Malaysia lah pulak. Bangun tido lepas mandi ingat makan donut.Tengok2x dua donut yang dah dimkn.Yang fovourite aku pulak tu dikebasnya.Rupanya si Aina. Nasib baik ada dua lagi.Aku suka yang banyak badam kat atasnya.Coklat kurang.Yang coklat tu Ainalah yang pilih.Tapi makan yang akaknya suka. Aku ambik gambar dulu , baru makan.Hahahaha.Org tu tak minat makan donut.Kita makan dulu ye.


MY BEST FRIEND


Di kala ini teman karibku ialah laptopku dan telefonku.Korang tengoklah telefon aku tu.Murah je aku beli RM200++ je.Dulu ada telefon mahal, telepon aku ni tak digunakanlah.Tapi bila telefonku hilang masa aku kena samun tu hari, telefon ni jugak yang aku guna. Malas dah nak beli telefon baru.Yang penting dapat diguna untuk aku sms dan telefon org.Dan yang paling penting abang aku. Sehari tak mendengar suaranya bisa membuatkan aku rindu sangat-sangat. Abang...ayang rindu ni...rindu sgt2x tau.Abanng rindu ayang tak?Kalau abang nak gelak telefon ayang ni , ayang tak kisah bang.

Laptop ni pulak dah hampir 4 tahun dah.Berapa kali rosak dah. Rosak je repair. Mana nak beli yang baru je. Duit mandang je tak cukup.Hahahaha. Takpe...janji aku leh update blog aku ni ngan online ngan abang. Tapi sekarang kurang sikit dah aktiviti chat aku. Yelah mana larat tido 2-3 kadang kadang samapi ke 4 pagi.Penat...Dah tu dekat opis menguap je. Tak bermaya langsung.Yelah... ngantuk. Sekarang ni kadang-kadang je aku online. Kadang2x weekend tu online jugaklah sampai ke awal pagi.Tu tak kisahlah sebab esok tak kerja.


KISAH BENAR

Aku sebenarnyakan tak reti memotong kuku. Korang percaya tak.?Benda yang paling aku tak suka ialah potong kuku dan iron baju.Menci aku. Tapi nak tak nak kena buat ok. Aku ni punya tabiat yang tak boleh aku buang smpai sekarang ialah menggigit kuku. Macam manalah aku nak buang tabiat aku ni ye.Kawan-kawan ada petua tak?Kalau ada sharelah dekat aku ye. Kuku aku ni kontot2x.Bukan jenis runcing dan memanjang.Org tua cakap kalau kuku mcm aku ni bersuami org jauh.Ye ke?Hahahahha. AKu rasa betul kot. Hrap betullah.Sebab aku nak kahwin ngan orang jauh ttu.Oranng tuuu..... Luv u sayang.

**abang yang tin tu tempat yang ayang ceritakan semalam. Nanti bertambah lagi lah




Sunday, June 21, 2009

ISNIN

Penat tullah hari ni.kerja banyak betul. Yelah sapa suruh cuti last week.Padan muka aku . Hahahahha.Dah tu dok layan sms ngan abang. Dia ni suka buat aku gelak sorang.Sampaikan staf aku masuk bilik Tanya.Kenapa cik liah gelak sorang? Hahahahaha.Aku jawab… ada org buat lawak. Gila betullah kami berdua ni. Dalam sms aku leh gelak mcm ni.Kalau real punya tak taulah..


Aku sebenarnya rindu kat dia ni. Rindu sgt2x. Kalau tak semlam leh jumpa dia. Adik ngan sepupu aku pulak buat hal. Iskh…geramnya aku….. Aku hari jummat g umah kak idah kat teluk intan.ada kenduri naik buai anak buah dia. Dah tu semalam g Kuala Kangsar kat Manong. G umah gf izat. Datang-datang…kami dijamu mcm ada kenduri lak.Tulah bestnya dok kampung kan. Lama jugaklah kat situ. Sonok tengok izat ngan gfnya. Insyallah hujung tahun ni nak tunang kot. Macam manalah dak izat tu bertunang/kahwin.Takleh kita berempat berkepit lagi. Dah balik dari Manong singgahlah kat Taiping.

Aduii..bengkaknya hati aku kat sana.Takleh jumpa abang. Gerammmmmmmm.Aku buat bodo je kat sana.Padahal dalam hati ni hanya Tuhan je yang tahu.Benci……. Dah tu singgah kat sungai siput.Umah makcik.Semua dok membungkang tido.Tido tak cukup kat umah kak Idah,Dah tu balik aku kena drive.Izat dah pening dha kena migrain. Balik2x lak semalam tayar estima izat pecah.lagilah aku bengkak.Sakit hati betul aku.Aplah izat ni.Berapa lama tayar tak check hah.Tak pasal2x aku kena tolong dia tukar tayar.Habis baju, suar aku koto.Habis comot-comot. Mencilah…..kalah nantilah aku sambung lagi k..



Thursday, June 18, 2009

JUMAAT-190609

Sedar tak sedar kita dah di pertengah tahun 2009.Azam dah tercapai dah ke? Aku alhamdulillah ada yang dah tercapai. Syukur alhamdulillah.

Tahun 2009 banyak peristiwa duka dalam hidup aku.Aku anggap itu adalah ujian dan dugaan bagi aku dariNYA. Dan tahun 2009 juga aku berjumpa dengan seseorang yang amat memahami diri aku. Ye...aku sayang sangat-sangat padanya.Andai ada jodoh aku nak menjadi suri hidupnya.Insyaallah.Yang penting aku nak Adilla dan Aina habis study dulu.Kalau leh ada kerjaya sendiri.Baru aku nak pikirkan pasal hidup aku. Syukkur alhamdulillah.Abang amat memahami.

Kerjaya aku.Alhamdullilalh jugak. Aku dinaikkan pangkat. Cepat betul kan? Yelah.Dah lulus PTK. Impian aku...kalau leh aku nak jadi JUSA A.Hahahaha...leh ke? ni baru W44,lepas tu W52, W54.Banyak lagi peringkatnya tu. Takpe...pelan pelan.....Impian je tu.Rasa-rasa malas nak kerja pencen awal.Dok umah diam diam jaga anak jaga suami. Boleh ke gitu.Boleh....takde salahnya.Lagipun abang leh kan bayar gaji ayang bulan bulan. Hahahahahaha.

Untuk adik adik aku cuma harap mereka berjaya dalam pelajaran mereka. Dapat kerja...Kalau ada jodoh kahwin. Harap mereka jumpa seseorang yang oleh menjaga mereka dengan baik.Aku sayang sangat dekat mereka. Merekalah yang aku ada dekat dunia ni selain abang.Besar tanggungjawab aku kat mereka ni.Kalau mereka dah bekeluarga rasa kurang sikitlah tanggungjawab aku.Sebab mereka dah ada suami yang boleh take care mereka.

Aku rasanya sampai bila-bilalah akan dok kat Puchong ni kot. Aku ingat nak beli rumah dekat sini.Tengoklah dulu budget 2010. Aku kalau leh nak sebuah banglo....hahahaha,mampu ke?Rasanya tak kot...Beli semiD jelah. Kalau leh ada tanah luas.Aku suka cucuk tanam ni. Leh aku tanam bunga-bunga.Aku nak buat umah orkid.Sebab aku suka orkid. Lebih lebih lagi borneo orkid putih.Tahan bunganya sampai setengah tahun.Macam yang ada dekat umah aku sekarang.Sonokkan ada rumah ngan halaman rumah yang luasa.Leh anak2x aku main kat sana.Takpun mak ayah dia main kejar kejar.Ahakss... Abang...jgn gelak tau.

Abang....lelaki yang hadir disaat aku perlukan seseorang dalam hidup aku.Hadir dissat aku hampir rebah dalam hidup aku.Lelaki yang hadir dan sentiasa bersama aku di dalam semua duka ku. Lelaki yang bersama aku di dalam semua gembiraku. Telah bagi segalanya untuk aku. Payah dan susah untuk aku melepaskan dia pergi. Kalau boleh biarlah kami bersama selamanya. Dialah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku. Terima kasih bang.

Oklah.aku ada kerja sikit nak buat.Nanti aku update lagi. Ok.chau dulu.

Wednesday, June 17, 2009

BENCINYA AKU



Pagi tadi aku rasa benci ada jugak.Dah teringat gelihati pun ada jugak. Korang bayangkan datang-datang ko kerja ada sorang mamat ntah mamat mana ntah datang kat aku nak bagi bungan dan cakap nak berkenalan dengan aku. Alloooooooooo. ko ingat ko tu sapa.Senang-senang nak redah je opis orang. Dhalah dengan tienya.Aduiii.Jiwanga betullah.
Tapi bungan yang di bagi aku tak ambik.Nak buat apa.Lagi pun tangan aku dah penuh dah.Ngan handbag, bag document, beg laptop.Macam-mcmlah yang aku bawak. Malu betullah aku tadi.Semua org tengok.Pengawal keselamatan kat opis dok gelak je tengok aku. Hantu betullah.
Bila aku cerita kat abang....abang tau siapa mamat tu. Aih....dari mana dia tahu ye. Dia pun tau mamat tu duda kematian isteri.Kerja dekat J.. tuttttttttttt. Macam mana dia tahu ye. Abang ni memang banyak upah bodyguard jaga aku. Semua aku buat dia tahu.Dan kadang-kadnag apa yang aku tak tau dia tahu.Macam mana tu? Tu yang kadang-kadnag kuar opis dok tengok kiri kanan dulu.Mana tahu ada orang ekori aku.Hahahahaha.Abang aku ni tak boleh dijangka. Kadnag-kadang tak paham aku.
Aku sebenarnya tak sukalah lelaki mcm ni.Mian bunga-bungalah pulak. Kalau suka cakap direct.Hahahaha.Kan aku lak lari nanti. Tkautlah...lelaki mcm ni.Entahlah. takut..........hahahahaha.Oklah.Kang aku update lagi. Tunggu abang call/sms. Rindu kat dia.Abang ayang rindu.Rindu bangat sama lo.


TAK JADI LAGI....



Geramnya aku...kenapa selalu tak jadi je aku nak outstation.Kalau tak aku dah dekat KLIA dah ni.Tadi bos boleh pulak masuk bilik aku tengah aku bersin teruk. Dok tanya .Tak sihat ke? Kalua dah teruk sangat balik g klinik.Tak yah g Sabah.I leh replace u dengan orang lain. Aduiiiiiiiiii. Kenapalah bersin boleh datang time tu pulak.? Tak sukanya. Tapi takpelah...ada hikmah di sebalik tu kot.


Badan aku memang dah panas teruk.Tadi sampai umah baring kejap. Nak singgah klinik tadi memang dah tak larat dah.Jadi Kak Idah yang bawak aku g klinik tadi.Mak aiii...panasnya badan aku. 39' .Patutlah aku teruk sangat kat opis tadi. Thanks kak ida.Bawak liah g klinik. Tak sukanya demam....Dr.siap cakap tadi.Esok kalau tak sihat datang lagi klinik. Saya bagi MC. Oh..tidakkkkkkkkkkk.Aku tak nak MC.Kerja aku melambak kat opis. Tka nka tangguh tangguh kerja. Kangn jadi lagi banyak.


Aduhh...nak mujuk aina lagi ni.Dia dah semangat nak g Sabah. First time nak g. Tapi tak jadi pulak dah. Sorry dik.Lain kali kita g holiday bertiga ye. Holiday aku yanng aku plan sebulan lepas pun terpaksa ditangguhkan. Tak sukanya...Semuanya kena pospone.Janganlah minggu depan pospone lagi.


Ni aku kena balik Kuching ni sebab nak buat kenduri 40 hari arwah ibu dan ayah. Sekejap je rasanya.40 hari dah. Rindunya aku kat mereka berdua. Rindu sangat sangat. Ye...aku dah mula biasakan diri aku dengan keadaan ni. Adik adik pulak apa mereka nak buat mereka rujuk aku dulu. Terima kasih dik.Paham akak. Ye...aku bertuah mempunyai adik -adikku Adilla Nur Shyam dan Aina Nur Shyam.Aku lak Aliah Nur Shyam.pellikkan nama kami. Entahlah.Dah ayah bagi nama gitu. Aku yanng musykil sangat Shyam tu dari mana ayah aku dapat. Peliklah. Yang kesiannya dulu aina kat sekolah org dok panggil dia Shyam. Sian dia. Aku demam kurang sikit dah panasnya. Tadi dah puas tido. Badan aku lenguh lenguhlah sekarang.Entahlah.Tak tahu naper.Penat sangat ke.Klah.nantgilah aku update lagi. OK. cAU cIN cAUdiv>




Tuesday, June 16, 2009

PANTANG LARANG DAN NASIHAT

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
angan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
JANGAN MEROKOK




Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikitJangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
angan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
JANGAN MEROKOK

……dan yang paling penting dibawah ini……..selamat beramal…..

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuatdosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusiakalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik danmenghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniayacepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utamadan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

JANGAN MEROKOK SEBAB MEROKOK MEMBAZIRKAN DUIT DAN MEMBAHAYAKAN KESIHATAN ANDA.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

SABAR HADAPI DUGAAN ASAS KEBAHAGIAAN HIDUP

KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”
Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)
Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”
Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)
Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.



BYE BYE DILLA

Balik kerja tadi ambil Adilla ngan Aina kat Shah Alam dan g airport terus.Penatlah.Penat sgt sgt.Dengan jamnya lagi. Mujurlah aku ni di kira cekap bawak kereta. Nka kejar fligt Dilla kul 7 lebih. Aku dari opis kul 4.Bos takdak.Aku blah terus.Lantaklah....Mujur sempat sampai.Jam 6 dah kat KLIA. Tapi aku penat semacam dah.
Dilla suruh aku ngan aina balik awal.Dia cakap dia check in dan masuk terus karang.Oklah tu.Aku ngan aina leh merayau kat KLIA. Tempat lain aku tak pergi.Tempat perfume. Dah kat KLIA tak sah aku tak beli.AKu beli 2.MIRACLE FROM LANCOME dan GREEN TEA ELIZABETH ARDEN. Green Tea aku pakai since 2000 lagi dah. Aku suka baunya.Bau teh herba. Aku harap abang pun suka jugak baunya nanti.ahaks........... Abang...ayang rindu..... Sori call tadi tak jawab. Tengah drive.Nak suruh aina jawab dia dok berdengkur kat sebelah.
Yang si Aina lak...coklat. Banyak tul dia li coklat.Yang tukang makan nya nanti akulah jugak. Dik...akak dah makin berisi ni dik. Tapi takpelah jugak. Berat aku sekarang 49 kg. Abang suruh aku upkan cikit berat aku ni.Ok...aku nak naikkan sampai 52-53 kg ok tak bang. Rasanya tu abang masih larat nak dukung lagi tu. Hahaahahahha.
Oklah. aku nak kuar ni.Aina pulak bawak kuar g IOI MALL PUCHONG li barang.Barang apa ntah. Yang pasti aku kena spare duit.Gerenti aku kena bayar. Apa nak buat...Adik.....



Sunday, June 14, 2009

SELAMAT PAGI SEMUA

Hari ni aku bangun rasanya lebih segar drai semalam.ALhamdulillah demam pun dah kebah sikit. Kerja bnayak pulak hari ni.Esok Dilla balik Kuching.Lusa lak aku g Sabah meeting.Aina akan ikut aku sekali. Tak nak tinggal dia sorang-sorang kat sini. Aina cuti lama lah pulak.2 bulan...
Rindunya kat abang.Setelah aku pikir semalam ada betul katanya semalam.Kita kena percaya pada takdir.A'ah.Buat apa peningkan kepala kan bang.Kalau dha jodoh kita tak ke manakan. Harap jodoh liah ngan abang.Liah sayang abang sgt sgt tau. Rindunya kat abang...Rindu sgt2x tau.



Saturday, June 13, 2009

SELAMAT PAGI SEMUA

Selamat pagi semua.Pagi ni aku bangun dengan kepala yang pening sgt.Berat je rasanya.Nper eh. Tak cukup tido ke?Tak cukup tido rasanya dah terlebih tido. Tido jam 2 bangun 10.30.Tadi kul 6 sembahyang subuh tido balik.Rasa tak bermaya betullah hari ni.Kejap lagi nak g kenduri kahwin.Anak jiran bawah. Lepas tu nak temankan kak idah cari cadar kahwin. Akemi ke Jean Perry. Nak bawak aku jugak. Macamlah aku ni reti sgt.Semalam aku beli cadar akemi yg warna putih siap ada lace lagi. Idah dah dok berkenan yang mcm tu pulak. Tapi kaler tu soft sgt. Klu theme colour white and red memang cnatik.Yelah english style. Siap ada kuntuman rose lagi.

Tu aku punya impian tu. Wedding nak mcm english style.Buat simple pun aku nak theme colour aku white and red.Mesti cantikkan.Bunga tangan aku rose merah.Baju putih.Pelamin putih ada kuntuman ros merah.Bilik aku pulak putih tapi ada taburan ros.Haahaha.aku kuat betul berangan sekarang.Insyaallah.harap menjadi kenyataan. Abang............ayng rindu bangat sama kamu



TERAPI

Best jugak shopping tadi.Walaupun sorang-sorang.Abang jauh sgt. Takpelah. Apa aku shopingkan tadi. Ha......Aku beli handbag baru, kasut, cadar,tshirt, blouse ngan baju kurung.Banyak gak aku habbis tadi.Tapi xpelah.Duit claim. Buat beli barang untuk kerja balik.
Singgah POPULAR BOOKSTORE tadi belilah 3 buahh novel terbitan ALAF21.Aku memang minat membaca.Apa je boleh jadi bahan bacaan aku.
Aku sebenarnya penat sangat dah ni.Adik adik esok baru balik. Nak tido ....kena chating lu ngan abnag.Baru leh tido.Rindunya...kat dia. Huhuhuhu



CINTA LELAKI PELIK DAN UNIK

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

#Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

#Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

#Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.

#Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

#Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.

#Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.

#Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.

#kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.

#Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.

#Lega apabila pasangan memujuknya.

#Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
#Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).

#Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.div>



ERTI CIUMAN SI DIA TERSAYANG

Ciuman bukan sekadar perlakuan. Ada maknatersirat yang menggambarkan ‘rahsia’ si pencinta.Ciuman ikhlas untuk sesiapa saja yang kamu kasihi.Asalkan tidak melanggar hukum hakam dan tuntutanagama… Ingat! ciuman untuk tersayang pabila sudahdisatukan… Jom intai maksud ciuman si dia

Ciuman Di Dahi=Itubermakna kasihnya begitu mendalam terhadap diri anda.
Ciuman di jari= Si dia mengkagumi kamu.
Ciuman di pipi= Si dia hanya mahu menjadi teman baikmu.
Ciuman di dagu= Kamu sangat ‘cute’!
Ciuman di leher= Dia mahu kamu!
Ciuman di bibir= Dia cinta padamu.
Ciuman di cuping telinga= Mari bergembira dengannya!
Ciuman di mana-mana saja= Kamulah yang terbaik!



DIARI HATI

Biarkan akuMenjalin asmara
Dengannya yang ku cinta
Jangan ku dihalang
Walau pedang bukan penghalang
Gelora rindu
Buat ku merasa tersiksa
Jauh darinyaAndai ku punya sayap
Kau di bulan akan ku jelang
Kasihku dengarlahSuara hatiku
Kata hati iniHanya dirimu seorang
Yang ku sayang
Kekasih tulis namaku
Di dalam diari hatimuKekasih setiap senyummuPengubat rindu di hatiku
Puisikan segala janji-janji kitaBakar semua kepalsuan


KAU SAHABAT, KEKASIH DAN TEMAN

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara
Manusia beranika ragan dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru
Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka
Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan



WAJAH KEKASIH

Ku menyaksikan dedaun kekeringan
Gugur ke bumi gersang tiada penghuni
Tiada mentari, awan kesuraman
Bagaikan waktu yang terhenti
Ku menyaksikan seraut wajah cinta
Yang kehampaan tiada lagi bermaya
Kini kehilangan sebuah harapan
Bagaikan cinta yang terkubur
Adakah mungkin untukku menghindari
Gurisan kasih luka di hati
iwaku resah apakah kesudahan
Kecewa ataupun bahagia ooo...
Ku yakinkan diri demi rinduku
Penawar hanya dari wajah kekasih
Walaupun rintangan datang menduga
Ku tempuhinya kerna cinta membara
Mimpi yang indah
Jelmalah dalam nyata
Wajah-wajah kekasih
Ku mengharapkan ikatan kemesraan
Antara kita akan terlaksana jua
Walaupun impian dalam kekaburan
Ku yakin padamu oh Tuhan

auto publish 2




Friday, June 12, 2009

CERITA AKU -SABTU 130609

Pejam celik pejam celik kita dah dekat snagat pertengahan taHun 2009.Hari ni aku memang dah jadi chef kat umah.Aku sorang je kat umah sekarang ni.Malam tadi family kak idah datang.Mereka nak beli baran untuk perkahwianan kak idah nanti. Yelah bersedia awal.Mak kak idah bawak dari kampung ikan patin sungai, petai ngan kerang.Dia mintak aku masak patin masak tempoyak.Dia cakap aku masak sedap. Hahahahaha.Org sarawak masak masak tempoyak sedap. Hehehehehe.memang sedap pun.Ahakkssss.
Adik ku 2 orang tu pulak dok ngikut izat. G Family day tempat izat kerja. Kat A Famosa Resort , Melaka. Biarlah mereka pergi .Petang karang baliklah tu. AKu tak kisah sebab Mak Ngah dan Pak Ngah ada bersama.Aina siap pesan nak cencaru bakar cicah air asam.Yelah dik..akak dah buatkan dah. Adilla lak. Ok...Makan apa je. Favouritenya ikan kembung goreng makan ngan kicap. Teringat lak ngan abang. Suka iakn goreng.

Kak idah and family kuar g kl pagi tadi.Sonok dia ada family nak tolong uruskan.Aku lak macam mana nanti ye. Pening jugak nak buat.Aku nanti buat simple jelah.Akad nikah buat kenduri doa selamat sikit. Boleh kan bang. Kalau adik2x nanti baru aku nak buat besar besaran.Yelah aku ngan abang ada nak uruskan. Aku memang suka buat persiapan kahwin ni.Tapi bila memikirkan aku sendiri aku jadi cuak jugak.Yelah...aku takde sapa dah kan. Kalu ibu ayah ada mungkin buat besran jugak kot.

Aku penat sgt ni. Tadi lepas subuh nak buat beakfast ngan bekal budak2x tu.Aina ngan Adila siap nak mintak akak dia ni buat sandwic telur. Buat jelah.Untuk adik adik.Lepas tu basuh kain, sidai kain, mop lantai. Lepas tu masak terus. Aku masak apa hari ni..

Sambal Udang Petai, Cencaru Bakar+air asam, Patin masak tempoyak,Sup ayam( ni aku punya),Sayur nangka masak lemak, ngan ulam raja (ni wajib ada).

Lepas ni nak tidolah kejap.Tak cukup tido ni. Malm tadi chating ngan abang sampai jam 4++ pagi. Lama dah tak buat kerja ni. Abang biasalah tido lambat.Tadi memang tak tido dah. Sampailah la ni.Kejap lagi nak tidolah.

Petang karang plan nak IOI MALL PUCHONG.Nka cari handbag ngan kasut. Rasanya dah lama tak beli handbag.Handbag yang ada ni dah lusuh benar.Kasut utk kerja lak dah rosak dah. Kena beli baru jugaklah. Takpelah.Kerja penat2x kan.At least ada something utk diri kita sendiri.

Aku sebenanya macam handbag, kasut, jam aku jarang beli.Kalau memang tak leh guna baru aku beli. Macam jam aku rasa selama dah 28 tahun aku hidup ni aku hanya ada 3 utas jam tangan. Yang pertama Citizen mak cik aku bagi.AKu pakai dari aku form 1 sampai form 5.Lepas SPM je elok je dia rosak . Dha tu ayah beli jam SEIKO.Ingat lagi dapat bonus hari raya untuk kakitangan kerajaan.Jam tu tu dalam 100++ kot.Aku pakai dari aku matrick sampai aku habis belajar.Rosak jugak. Srkarang ni aku pakai CITIZEN balik.Aku beli gaji petama aku sampai lah la ni.Elok lagi.

Aku tak boleh hidup tanpa jam tangan.Rasa tak sempurna hidup.Aku barang kemas memang aku tak pakai.Yang aku pakai seutas rantai ngan sebentuk cincin je.Gelang memang aku tak suka pakai. Yang penting bagi aku jam tangan.

Petang ni shopping sorang2x lah nampaknya.BF jauh pulak.Kalau dia dekat leh dating kan bang.Oklah.nak tido.Ngantuk ni....K.Chow Chin Chow



Thursday, June 11, 2009

PURNAMA MERINDU


Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu

auto publish 1

TUDUNG


JOM KITA KUARKAN PELUH












Sonoknya aku hari ni.Petang ni leh training vball. Yahoo........Memang aku suka bersukan ni.Dari zaman sekolah rendah, menengah, study sampailah kerja...last yearlah memang muka aku jelah masuk sukan ni. Tapi end of last year , aku dpat tahu aku sakit...aku stop dululah. Tapi sakit sakit pun curi-curi jugak main netball.

Dulu masa sekolah rendah aku aktif dlm sukan netball.Sekolah menengah lak, netball, vball ngan hoki. Zaman study semua sukan aku redah.Netball, vball,hoki,bola baling , dan tenis. Haahahaha.AKu terror tau main tennis.Tapi sekarang aku rasa raket tenis lebih besar dari aku. Zaman pekerjaan lak....semstingya, netball, vball ngan bola baling,futsal dan bowling.Tapi bowling tak mngeluarkan peluh sangat.

Thank u sayang bagia ayg bersukan balik.Takut tak bagi je.Yelah sebab baru tau diri ini dah sembuh.Dah gian dah ni nak bersukan balik.Tak bersukan pun dah gelap ni.Yelah hari hari hari dok tepi padang tengok orang main netball.

Sonok sebenarnya bersukan ni.Leh sihat badan....dan yang paling penting...leh maintainkan berat badan aku. 48-49 kg je.Hahahahha.ringankan aku.Berat berat pun pernah naik 52 kg. Tapi...senang abang dukung nanti. Huhuhuhuhu.Hahahahahha.Semakin hari semakin gatal dah aku ni kan. Klha.Kang dari merapu lagi teruk baik aku blah dulu. Chow.