Thursday, June 25, 2009

KETENANGAN YANG KU CARI

Sekarang aku dekat Cherating. Aku datang sini pun dengan tak sengaja. Yelah...membawa hati yang tak tenang.Hati yang tengah sakit hati.Macam-macamlah. Sonok tengok laut.Lama dah rasanya tak g laut.Last aku pergi masa tu kami sekeluarga pergi Sematan.Sonoknya dekat Sematan.Yelah...pantainya canti sangat.Panjang...Luas.Sematan ni dekat ngan Tanjung Datu.Kira dah hujung Sarawak dah tu. Dan tanpa kami sedari kami memiliki sesuatu di sana. Akan kami adik beradik akan jaga peninggalan ayah kami tu.





Pantai Sematan merupakan antara tempat peraginan yang termasyur di negeri Sarawak, menyebabkan ianya tidak pernah sunyi daripada dikunjungi para pelancong dari dalam mahupun dari luar negeri.Pesta Pantai yang diadakan setiap kali menjelang bulan Mei di pantai Sematan dan Pulau Talang-Talang seolah-olah satu keraian yang dinanti-nantikan oleh para pengunjung setia dan penduduk tempatan untuk berkumpul dan berpesta. Malahan tidak kurang juga yang dating hanya sekadar untuk bersantai-santai di tepi pantai. Berkunjung ke pantai Sematan pasti tidak akan mengecewakan, kerana sudah tentu ada sahaja ole-ole dan kenangan manis untuk dibawa pulang

Sekarang ni mcm-macam aku pikir.Tentang adik-adik,tentang diri aku, kerja aku, kisah cinta aku, .Entahlah...Macam-macam.Aku ni manusia yang paling banyak masalah rasanya.Dan kadang2x aku tak tahu nak buat yang mana satu. Aku dah pening sangat2x dah ni. Jap lagi nak balik KL.Nak cari kopok lekor. Kat mana yang sedap yek.Takpelah carilah nanti. Nak tido jap.

cantikkan tempat aku duduk ni. rasa tak nak balik je dah.

No comments: