I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 14, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO U

SELAMAT HARI JADI ABANG
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SELALU.
ALIAH SELALU MENDOAKAN ITU UNTUL ABANG.
Hajat dihati ingin menyambutnya bersama abang.Tapi dgn keadaan ini entah kesampaian ke tidak.Ayang buat awal.takut tak sempat.
Abang terima kasih kerana hadir di dalam hidupku ini.Sudi untuk berkongsi segalanya bersama ayang.Ayang hargainya sgt sgt.kenangan suka dan suka akan tetap bersemadi dihati ni.Dirimu yang terbaik yang pernah menghuni hati ini.Akan ku bawa sehingga akhir hayat ini.
Usikan,gurauanmu akan sentiasa ku ingat.ye...boleh buat aku tersenyum suka.
Terima kasih bang.Andai ayang pergi dulu
Ayang mintak maaf di atas segala yang berlaku.Bukan niat dihati tetapi keadaan memaksa.Minta halal semuanya bang. .Diri ini usah dikenang.Anggaplah kehadiran ini hanyalah satu mimpi yang akan hilang apabila sedar dari lena. Abang punyai segalanya untuk mencari yang lebih baik dari diri ini.
salam sayang
aliah nur syham



Friday, December 11, 2009

MAAFDIPINTA

Salam semua.
Aku tahu aku dah mengecikkan hati, mengecewakan seseorang. Bukan niat dihati.Aku dikelilingi oleh org ramai.Abang, kita minta maaf.Awak tak pernah mengganggu pun. Jangan rasa begitu.Cuma masanya tak sesuai. Kita harap abang paham. Tolong fahami keadaan kita.Semalaman kita tak tido ingatkan abang. Kita mintak maaf.




CERIACERITAKU

Assalammualaikum.Yuhuuuu.Apa kabar semua dah aku lama tak menaip apa apa yg aku nak taip dalam ni.Kemalasan memang dah melanda aku.Malas yang teramat sgt. Dua tiga hari lepas aku g chekckup .Adui..Aku kena marah mak misi. Boleh berat badan aku turun.Last aku pergi 52kg.Pergi yang terbaru 49kg.Mana g 2 kg ni.Aku kuat makan ok. Perut aku dah menonjolkan dirinya. Aku nak makan apa lagi.Nasi? Pagi, tgh, petang n kadang kadang tgh malam aku belasah.Peduli apa aku.Lapar ......Ke anak aku yang lapar.Hahahaha.Teringat aku kat wan.Aku cakap aku lapar.Anak aku teringin nak makan ketam.Wan cakap anak tak nampak bentuk apa apa lagi.Ko yang nak makan.Hahahaha.Memang..aku kuat makan.Tapi yang menjadi kemusykilan aku ni mana pergi semua makanan yang aku makan. Entahlah.Tapi yang pasti yang menggembirakan aku tekanan darah aku ok.Dan paras gula pun alhamdulillah.Sonok aku tau.

Hidup aku sekarang?ALhamdulillah.Aku gembira, aku suka,aku ceria.Tapi pada yang sama kesunyian, keboringan melanda.Kesedihan...ye kadang kadang datang jugak.Dan boleh membuat aku menitiskan air mata.Tapi normallah tu kan.Hati,perasaan mana kita boleh tipu.Rindu...memang aku rindu pada mak ayah aku. Rindu sgt sgt. Dan tujuh bulan dah mereka pergi.Kerinduan sering datang kepada aku. Hanya doa yang mampu aku sedekahkan pada mereka.

Abang..seperti biasa..sentiasa mengambil berat mengenai aku dan adik adik.Cuma kami tak seperti dulu.Tak kisahlah.Aku paham.Dia pun punyai kehidupan dia sendiri.Perhatian dia pada aku dan adik adik , sudah cukup untuk aku. Abang apa kabar?Lama tak dengar cerita n berita.Harap abang sihat.Liah ngan adik adik sihat adanya bang.

Oklah.Aku nak g pasar malam jap.Teringin nak makan YONG TAU FU.baby nak makan.Hahahahahhahahah




Thursday, December 3, 2009

H.A.T.I.1

3 disember dah hari ni.tinggal 28 hari lagi untuk kita menempuhi tahun 2009. 2009 meninggalkan banyak kisah suka dan duka aku. flow yang sgt cantik dan menarik. :-) -------------------->>> sapa yang tahu taulah kan. bila diingat, bila dikenang membuatkan aku sedih, sakit hati, benci pada hidup aku sendiri. dengan usia aku 28 tahun tahun ni , dengan kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan aku boleh gembira dgn hidup aku. Bergembira, bersuka ria -------------->>ENJOY.Tapi mungkin untuk org lain.bukan aku.

hidup kita ni bukannya sentiasa suka. duka sentiasa datang untuk menghiasinya. aku sudah lali dengan segala kedukaan dan kesedihan hidup ini.kehilangan ibu ayah yang memberi segala kasih sygnya pada aku betul betul telah mebuatkan aku hilang arah.mampukah aku untuk menjaga segala yang mereka tinggalkan.aku buntu.buntu.tapi ALHAMDULILLAH ada abang bersama aku disaat aku memerlukan seseorang.Dialah teman,sahabat dan kekasih aku dimasa dan senang aku.Aku beruntung ada dia bersama aku.Sungguh penyabar orgnya.Baik hati.Sangat penyanyang. Disaat aku kesunyian, sedih dtg bmelanda, dia hadir di sisi aku.Aku amat syg,amat kasih padanya.Satu satu ujian melanda, dan satu satu juga kami dapat tempuhinya bersama sama.

bersambung....

Monday, November 30, 2009

tatau nape
terasa dah lama kita berpisah
dah lama kita tidak bergurau senda
tatau nape
abg rasa jauh sangat dgn syg
abg rasa sunyi sangat
rasa kosong
tatau nape
abg ingin dekat dgn syg
boleh usik syg
boleh sakat syg
boleh bg syg majuk
pastu pujuk
tatau nape
mungkin suasana menjarakkan kita
terpisah sambil ditampar bayu rindu
amat mencengkam jiwa
bahananya amat menusuk kalbu
tercari-cari bayangmu syg
memori indah hanya jd pengubat
tp hanya seketika
tatau nape

kau bagai lembayung
menyelimuti diri ini
menambah keserian hariku
mewarnai hidupku
akan ku gapai mu
untuk bersamaku
meniti titian hidup
penuh debunga wangi
bersama lambaian kebahgiaan
mengiringi perjalanan
kesebuah mahligai indah
untuk menaut kasih
selamanya
tatau nape"

RINDU BANGAT SAMA DIA






I Still Believe

You look in my eyes
And I get emotional inside
I know it's crazy
But you still can touch my heart
And after all this time
You'd think that I
I wouldn't feel the same
But time melts into nothing
And nothing's changed


I still believe, someday you and me
Will find ourselves in love again
I had a dream, someday you and me
Will find ourselves in love again

Each day of my life
I'm filled with all the joy I could find
You know that I am not the desperate type
If there's one spark of hope left in my grasp
I'll hold it with both hands
It's worth the risk of burning to have a second chance
No, no, no, no, no, no I need you baby
I still believe that we can be together
If we believe that we can be together
If we believe that true love never has to end
Then we must know that we will love again"




Saturday, November 28, 2009

SIRF TUM



SIRF TUM.HANYA KAU.Citer hindi yang paling aku suka.Tengok beribu kali pun aku tak kisah.Tengok beribu kali pun aku boleh menitiskan air mata.Aku beli dvd citer ni dlm tahun 2001. Filem ini keluaran tahun 1999.Dan kini usianya dah 10 tahun.Dan yang paling best sekarang tengah ditayangkan dekat ZEE di ASTRO.


Kisah sepasang kekasih yang tak pernah bersua. Hubungan dieratkan dengan telefon di public pone dan surat. Romantik sgt. Sepanjang cerita mereka memang tak berjumpa.Tapi di akhir cerita mereka pun berjumpa.Sedangkan time tu mereka dah dekat.Berselisih bahu.Tapi dah tak tau rupa, tak kenal.Adui...siannya. Hubungan mereka pun ada pasang surutnya. Yelah..si pompuan nak ditunangkan dan dikahwinkan dgn pompuan lain.Demi cintanya dia ke bandar mencari lelaki tersebut.Saat pertemuan mereka adalah saat yang paling menyetuh hati. Aku nangis teruk sgt.


Hahahahaha.Macam cerita aku dah lak kan.Tapi yang bezanya aku dah tengok orgnya. Dalm gambar.Dan aku rasa kalau berselisih bahu insyallah aku akan kenal dia. Entahlah.lucu lah.Aku suka sgt love story ni aku yang mcm termasuk dlm watak tu. Hahahaha.Oklah.nak layan SIRF TUM.


SIRF TUM



BILA TANGANKU MULA MENAIP

Hahahaha.Tajuk entry tak boleh blah. Aku tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya.Yang aku tau aku nak menaip hari hari kat blogku ini.Nilah teman setia aku.Tempat aku meluah rasa. Tempat aku....apa apalah.
Aktiviti aku hari ni...pagi lepas sarapan dha siap masak tgh. lepas mkn tgh, solat lepas tu zzzzzzzzzzzzzzzzz.mana dah naik dah rasanya badan aku ni. Dok tgh mamai mamai.. hp aku berbunyi.Ingatkan sapa... hah...dia call. yahoooo.com.my. dia tanya pasal ila, sonok ke aku. aah.memang aku seronok.aku suka. tapi sebenarnya aku takut.takut dia marah aku. ntah..dgn dia aku takut sgt sgt.lagilah bila dia marah.kecut perut aku.
lama jugak borak ngan dia.MIL aku pandang semacam je. dah lepas cakap tanya mcm mcm. adui....terpaksalah bohong sunat sikit.maaf mak.nak kena jaga hati dia jugak. abang..harap abang paham situasi liah time ni. baru sgt lagi. insyallah tak lama lagi akan macam biasa. a'ah.aku memang nak hidup mcm sebelum ni.aku suka aku gembira,aku senyum aku gelak.biarlah perut memboyot pun takpe janji hati senang. betul tak.
oklah. nak mandi.panas tul aku rasa sekarang. nak ikut kita mandi tak? hahahahha.
salam



Friday, November 27, 2009

SELAMAT MALAM SEMUA

Aku baru sampai dari TELUK INTAN 2 jam yang lepas. Bertolak petang tadi.Tapi dah banyak sgt tempat singgah.Dah bawak mem 2 org paham paham jelah.Penat sgt sgt.Datang umah tengok umah bersepah.Kemas kan dululah.Yelah...aku pergi hari tu org baru habis buat grill ngan kichen kabinet. Adui...debu debu yang berterbangan menggatalkan hidung aku je.Sampai terbersing aku dibuatnya. Sampai sampai tadi mop umah dulu. Nasib baik dah makan tadi.Taklah lapar sgt.
Seronok sgt beraya kat Teluk Intan. Aku dilayan bak puteri raja.Semuanya tak boleh aku buat.Bosan tullah.Mereka suruh aku rehat je.Tapi aku....aku tak betah nak dok diam.Tak biasa.Tangan mesti nak kena bekerja jugak. Korang jgn risau.Aku pun tau, aku kena banyak rehat, kena jaga kandungan aku ni kan. Rehat aku rasa dah terlebih dah.Kerja aku sekarang membongkang je. Aku rasa badan dah berat semacam dah.Hahahaha.Akibat makan minum tido je .Hari hari mcm tu.Pantang ada masa terluang ...aku tido je. Dulu ada jugak masa aku terisi dengan benda benda berfaedah. Yelah..bacabuku lah, dok susun balik stem akulah, ke kebun bunhga aku ke. Sekarang...tido je aku.Jangan baby dlm perut ni malas mcm ibunya sekarang ni dah.Aku harap cuma dlm masa terdekat je.Tak selesa jugak bermalasan mcm ni je.
Dekat kampung kak idah semuma dok tanya aku bila nak carik bapa untuk baby aku nanti.Huhuhuhu.Soalan..soalan maut betul. Aku cuma jawab insyaallah. ada jodoh aku adalah nanti. Takutlah aku .Yelah takut benda yang sama berulang lagi.Sapa yang tak nak ada suami kan. Aku akui aku perlukan seseorang . Penat dah aku.Penat sgt sgt.Tapi nak berkahwin dgn keadaan aku mcm ni.Ada nanti suami aku dikata pak sanggup nanti.Biarlah dulu.Aku nak jaga kandungan aku ni lok elok, bersalin ..lepas tu baru nak pikir pasal jodoh aku. Kalau ada.....Takut jugak aku.Takut mereka hanya leh terima aku bukan anak anak aku. Sekarang aku rasa susah dah nak jumpa lelaki yang betul betul ikhlas dgn kita. Tapi aku very the lucky one...hahaha, aku jumpa. Memang baik sgt orgnya. Tapi aku je buat bodo tak hargai langsung kehadirannya dlm hidup aku. Terukkan aku. Sekarang tanggunglah sendiri.Asyik teringat, asyik kerinduan je.Hahahaha.Angau.Tak boleh jadi begini.Jadi aku mesti sibukkan diri.
Esok..apa aktiviti aku.Aku nak tidolah.Penat.Tapi ada jemputan kenduri kat Kampung Gajah.