Cerita apa...aku pun tak tau. Rasanya dah lama aku tak menulis kat blog kesayanganku ini.Rindu pulak rasanya nak menaip. Aku baru lepas masak ni.Nka mandi kejap lagi. Takpe mandi lewat sikit.Tengah cuti sembahyang.Kalau tak wajib mandi cepat.Nak bermalsa malasan sebentar.
Aku hari jumaat ni akan balik ke Kuching.Ada kenduri 40 hari arwah mak dan ayah. Tak bersa betul 40 hari dah.Sekejap betul masa berlalu.Bermakna dah 40 hari jugaklah aku dah menjadi ibu dan ayah pada adik2x aku Adilla dan Aina. Alhamdulillah mereka mendengar kata.Tapi biasalah budak2x.Ada masanya nak melawan jugak.
Kerja aku pula....adui...semakin melambak lambak. Semua nak kena aku but.Dahlah dapat bos andartu yang garang sanagt.Sikit-sikit menjerit kena histeria.Sikit-sikit baling fail.Dan selalunya aku yang menjadi mangsa keadaan.Dah tu kena kutip fail lagi. Adui...apalah nasib aku ni.Sian aku kan.
4hb ni kak idah dan izham akan berahwin. Sori....takleh nak attend wedding korang.Aliah kena balik ke kuching jugak.Sian Adilla sorang-sorang kat sini. Sonok kan kahwin. Aku ni bila lagi ntah. Tunggu adik2x dululah. Abang aku pun ckap sampai seru kita kahwinlah.Yelah...sabar....huhuhuhu.Sekarang sabarlah teman kau yang paling setia. Walaupun aku sebenarnya tak sabar. Aku kena ada teman. Dok sorang ni banyak sgt rintangan dan dugaannya. Aku kadang2x tak mampu tau. Kadnag-kadang dok menangis sendiri. Tapi dah pikir2x aku tak jumpa lagi jodoh aku.Ke..aku yang menolak jodoh aku.
X Tunang aku asyik telefon aku.Mintak maaf...Ye...aku dah maafkan.Siapalah aku untuk tidak memaafkan.Tpai utk menerima dia seperti mana aku terima dia sebagai tunang aku dulu rasanya takkan terjadi lagi.Hati aku dah tertutup . Sejak aku mendengar apa yang dia katakan pada family ku dulu..takkan sesekali aku menerimanya. Dia telah menyebabkan air mata ayah keluar. Kami adik beradik pun tak pernah nak bagi ayah aku menangis. Ini kan org luar. Aku tahu dia memang nakkan aku lagi. Tapi mintak maaf hati aku dah tertutup habis buatnya. OK..KITA TUTUP CERITA YE.
Oklah.nanti aku menaip lagi.AKu ngantuk betullalh. penat sangat.Ok..Chow Cin Chow


No comments:
Post a Comment