Sedar tak sedar kita dah di pertengah tahun 2009.Azam dah tercapai dah ke? Aku alhamdulillah ada yang dah tercapai. Syukur alhamdulillah.
Tahun 2009 banyak peristiwa duka dalam hidup aku.Aku anggap itu adalah ujian dan dugaan bagi aku dariNYA. Dan tahun 2009 juga aku berjumpa dengan seseorang yang amat memahami diri aku. Ye...aku sayang sangat-sangat padanya.Andai ada jodoh aku nak menjadi suri hidupnya.Insyaallah.Yang penting aku nak Adilla dan Aina habis study dulu.Kalau leh ada kerjaya sendiri.Baru aku nak pikirkan pasal hidup aku. Syukkur alhamdulillah.Abang amat memahami.
Kerjaya aku.Alhamdullilalh jugak. Aku dinaikkan pangkat. Cepat betul kan? Yelah.Dah lulus PTK. Impian aku...kalau leh aku nak jadi JUSA A.Hahahaha...leh ke? ni baru W44,lepas tu W52, W54.Banyak lagi peringkatnya tu. Takpe...pelan pelan.....Impian je tu.Rasa-rasa malas nak kerja pencen awal.Dok umah diam diam jaga anak jaga suami. Boleh ke gitu.Boleh....takde salahnya.Lagipun abang leh kan bayar gaji ayang bulan bulan. Hahahahahaha.
Untuk adik adik aku cuma harap mereka berjaya dalam pelajaran mereka. Dapat kerja...Kalau ada jodoh kahwin. Harap mereka jumpa seseorang yang oleh menjaga mereka dengan baik.Aku sayang sangat dekat mereka. Merekalah yang aku ada dekat dunia ni selain abang.Besar tanggungjawab aku kat mereka ni.Kalau mereka dah bekeluarga rasa kurang sikitlah tanggungjawab aku.Sebab mereka dah ada suami yang boleh take care mereka.
Aku rasanya sampai bila-bilalah akan dok kat Puchong ni kot. Aku ingat nak beli rumah dekat sini.Tengoklah dulu budget 2010. Aku kalau leh nak sebuah banglo....hahahaha,mampu ke?Rasanya tak kot...Beli semiD jelah. Kalau leh ada tanah luas.Aku suka cucuk tanam ni. Leh aku tanam bunga-bunga.Aku nak buat umah orkid.Sebab aku suka orkid. Lebih lebih lagi borneo orkid putih.Tahan bunganya sampai setengah tahun.Macam yang ada dekat umah aku sekarang.Sonokkan ada rumah ngan halaman rumah yang luasa.Leh anak2x aku main kat sana.Takpun mak ayah dia main kejar kejar.Ahakss... Abang...jgn gelak tau.
Abang....lelaki yang hadir disaat aku perlukan seseorang dalam hidup aku.Hadir dissat aku hampir rebah dalam hidup aku.Lelaki yang hadir dan sentiasa bersama aku di dalam semua duka ku. Lelaki yang bersama aku di dalam semua gembiraku. Telah bagi segalanya untuk aku. Payah dan susah untuk aku melepaskan dia pergi. Kalau boleh biarlah kami bersama selamanya. Dialah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku. Terima kasih bang.
Oklah.aku ada kerja sikit nak buat.Nanti aku update lagi. Ok.chau dulu.
No comments:
Post a Comment