
"MANUSIA YANG BERHATI SUCI ADALAH MANUSIA YANG BANYAK MENANGIS DARIPADA KETAWA. DIDIKLAH HATI DENGAN KEIHKLASAN DAN KESUCIAN AGAR LIKU-LIKU KEHIDUPAN INI MENJADI LEBIH BERMAKNA DAN MENGIKUTI ARUS PERUBAHAN KEDEWASAAN"
Tuesday, June 30, 2009
AKU BAK BERCERITA

Sunday, June 28, 2009
CLUCTH
Aku pengumpul benda alah ni.Sejak bila ye? Rasanya pertengahan tahun lepas.Waktu tu sepupu aku yang bagi. Yelah.Untuk g kenduri takpun dinner. Sekarang aku dah beli 6 dah.Dari pelabgai jenis rupa bentuk, colour dan brand. Aku tak kisah brand apa pun.Janji cantik dan sesuai untuk aku. Ada jugak dlm wishlist aku.Tapi tak mampulah nak beli.Mahal...baik aku simpan duit buat aku kahwin nanti.Ahakss...
Saturday, June 27, 2009
Thursday, June 25, 2009
Atasi Marah & Panas Baran
2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
KETENANGAN YANG KU CARI
Sekarang aku dekat Cherating. Aku datang sini pun dengan tak sengaja. Yelah...membawa hati yang tak tenang.Hati yang tengah sakit hati.Macam-macamlah. Sonok tengok laut.Lama dah rasanya tak g laut.Last aku pergi masa tu kami sekeluarga pergi Sematan.Sonoknya dekat Sematan.Yelah...pantainya canti sangat.Panjang...Luas.Sematan ni dekat ngan Tanjung Datu.Kira dah hujung Sarawak dah tu. Dan tanpa kami sedari kami memiliki sesuatu di sana. Akan kami adik beradik akan jaga peninggalan ayah kami tu.
Pantai Sematan merupakan antara tempat peraginan yang termasyur di negeri Sarawak, menyebabkan ianya tidak pernah sunyi daripada dikunjungi para pelancong dari dalam mahupun dari luar negeri.Pesta Pantai yang diadakan setiap kali menjelang bulan Mei di pantai Sematan dan Pulau Talang-Talang seolah-olah satu keraian yang dinanti-nantikan oleh para pengunjung setia dan penduduk tempatan untuk berkumpul dan berpesta. Malahan tidak kurang juga yang dating hanya sekadar untuk bersantai-santai di tepi pantai. Berkunjung ke pantai Sematan pasti tidak akan mengecewakan, kerana sudah tentu ada sahaja ole-ole dan kenangan manis untuk dibawa pulang
Sekarang ni mcm-macam aku pikir.Tentang adik-adik,tentang diri aku, kerja aku, kisah cinta aku, .Entahlah...Macam-macam.Aku ni manusia yang paling banyak masalah rasanya.Dan kadang2x aku tak tahu nak buat yang mana satu. Aku dah pening sangat2x dah ni. Jap lagi nak balik KL.Nak cari kopok lekor. Kat mana yang sedap yek.Takpelah carilah nanti. Nak tido jap.
I'M SORRY
JANGAN DOK BUAT KERJA MELARIKAN DIRI LAGI. INGAT!!! SEBELUM ANDA SAYA LARIKAN. INGAT TU
ayang tahu ayang dah buat abang marah sangat. Ayang mintak maaf.
Maafkan ayang Maafkan ayang 2x
Maafkan ayang
Wahai abang jangan merajuk
Maafkan ayang yang dah angau dan mabuk
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Ayang rela hati kena ketuk
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai abang maafkan ayang
Maafkan ayang Maafkan ayang 2x
Maafkan ayang
Kalau abang tak mahu maafkan
ayang nak tinggal di dalam hutan
Wahai abang tidakkah kasihan
Ayang nak mati berderai badan
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai abang maafkan ayang.
Maafkan ayang Maafkan ayang 2xMaafkan ayang
Wahai abang jangan marah sangat
Sedangkan Nabi ampunkan umat Kalau abang mukanya kelat Kelubang jendela ayang nak lompat
Nandung nandung dayang senandung Wahai abang maafkan ayang.
Maafkan ayang Maafkan ayang Maafkan ayang Maafkan ayang

Wednesday, June 24, 2009
PEREBUTAN KE BEREBUT

BIG APPLE

MY BEST FRIEND

KISAH BENAR

Sunday, June 21, 2009
ISNIN
Aku sebenarnya rindu kat dia ni. Rindu sgt2x. Kalau tak semlam leh jumpa dia. Adik ngan sepupu aku pulak buat hal. Iskh…geramnya aku….. Aku hari jummat g umah kak idah kat teluk intan.ada kenduri naik buai anak buah dia. Dah tu semalam g Kuala Kangsar kat Manong. G umah gf izat. Datang-datang…kami dijamu mcm ada kenduri lak.Tulah bestnya dok kampung kan. Lama jugaklah kat situ. Sonok tengok izat ngan gfnya. Insyallah hujung tahun ni nak tunang kot. Macam manalah dak izat tu bertunang/kahwin.Takleh kita berempat berkepit lagi. Dah balik dari Manong singgahlah kat Taiping.
Aduii..bengkaknya hati aku kat sana.Takleh jumpa abang. Gerammmmmmmm.Aku buat bodo je kat sana.Padahal dalam hati ni hanya Tuhan je yang tahu.Benci……. Dah tu singgah kat sungai siput.Umah makcik.Semua dok membungkang tido.Tido tak cukup kat umah kak Idah,Dah tu balik aku kena drive.Izat dah pening dha kena migrain. Balik2x lak semalam tayar estima izat pecah.lagilah aku bengkak.Sakit hati betul aku.Aplah izat ni.Berapa lama tayar tak check hah.Tak pasal2x aku kena tolong dia tukar tayar.Habis baju, suar aku koto.Habis comot-comot. Mencilah…..kalah nantilah aku sambung lagi k..

Thursday, June 18, 2009
JUMAAT-190609
Sedar tak sedar kita dah di pertengah tahun 2009.Azam dah tercapai dah ke? Aku alhamdulillah ada yang dah tercapai. Syukur alhamdulillah.
Tahun 2009 banyak peristiwa duka dalam hidup aku.Aku anggap itu adalah ujian dan dugaan bagi aku dariNYA. Dan tahun 2009 juga aku berjumpa dengan seseorang yang amat memahami diri aku. Ye...aku sayang sangat-sangat padanya.Andai ada jodoh aku nak menjadi suri hidupnya.Insyaallah.Yang penting aku nak Adilla dan Aina habis study dulu.Kalau leh ada kerjaya sendiri.Baru aku nak pikirkan pasal hidup aku. Syukkur alhamdulillah.Abang amat memahami.
Kerjaya aku.Alhamdullilalh jugak. Aku dinaikkan pangkat. Cepat betul kan? Yelah.Dah lulus PTK. Impian aku...kalau leh aku nak jadi JUSA A.Hahahaha...leh ke? ni baru W44,lepas tu W52, W54.Banyak lagi peringkatnya tu. Takpe...pelan pelan.....Impian je tu.Rasa-rasa malas nak kerja pencen awal.Dok umah diam diam jaga anak jaga suami. Boleh ke gitu.Boleh....takde salahnya.Lagipun abang leh kan bayar gaji ayang bulan bulan. Hahahahahaha.
Untuk adik adik aku cuma harap mereka berjaya dalam pelajaran mereka. Dapat kerja...Kalau ada jodoh kahwin. Harap mereka jumpa seseorang yang oleh menjaga mereka dengan baik.Aku sayang sangat dekat mereka. Merekalah yang aku ada dekat dunia ni selain abang.Besar tanggungjawab aku kat mereka ni.Kalau mereka dah bekeluarga rasa kurang sikitlah tanggungjawab aku.Sebab mereka dah ada suami yang boleh take care mereka.
Aku rasanya sampai bila-bilalah akan dok kat Puchong ni kot. Aku ingat nak beli rumah dekat sini.Tengoklah dulu budget 2010. Aku kalau leh nak sebuah banglo....hahahaha,mampu ke?Rasanya tak kot...Beli semiD jelah. Kalau leh ada tanah luas.Aku suka cucuk tanam ni. Leh aku tanam bunga-bunga.Aku nak buat umah orkid.Sebab aku suka orkid. Lebih lebih lagi borneo orkid putih.Tahan bunganya sampai setengah tahun.Macam yang ada dekat umah aku sekarang.Sonokkan ada rumah ngan halaman rumah yang luasa.Leh anak2x aku main kat sana.Takpun mak ayah dia main kejar kejar.Ahakss... Abang...jgn gelak tau.
Abang....lelaki yang hadir disaat aku perlukan seseorang dalam hidup aku.Hadir dissat aku hampir rebah dalam hidup aku.Lelaki yang hadir dan sentiasa bersama aku di dalam semua duka ku. Lelaki yang bersama aku di dalam semua gembiraku. Telah bagi segalanya untuk aku. Payah dan susah untuk aku melepaskan dia pergi. Kalau boleh biarlah kami bersama selamanya. Dialah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku. Terima kasih bang.
Oklah.aku ada kerja sikit nak buat.Nanti aku update lagi. Ok.chau dulu.
Wednesday, June 17, 2009
BENCINYA AKU

Pagi tadi aku rasa benci ada jugak.Dah teringat gelihati pun ada jugak. Korang bayangkan datang-datang ko kerja ada sorang mamat ntah mamat mana ntah datang kat aku nak bagi bungan dan cakap nak berkenalan dengan aku. Alloooooooooo. ko ingat ko tu sapa.Senang-senang nak redah je opis orang. Dhalah dengan tienya.Aduiii.Jiwanga betullah.

TAK JADI LAGI....
Tuesday, June 16, 2009
PANTANG LARANG DAN NASIHAT
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
angan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
JANGAN MEROKOK
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikitJangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
angan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
JANGAN MEROKOK
……dan yang paling penting dibawah ini……..selamat beramal…..
Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuatdosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusiakalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik danmenghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniayacepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utamadan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
JANGAN MEROKOK SEBAB MEROKOK MEMBAZIRKAN DUIT DAN MEMBAHAYAKAN KESIHATAN ANDA.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
SABAR HADAPI DUGAAN ASAS KEBAHAGIAAN HIDUP

BYE BYE DILLA

Sunday, June 14, 2009
SELAMAT PAGI SEMUA

Saturday, June 13, 2009
SELAMAT PAGI SEMUA
Tu aku punya impian tu. Wedding nak mcm english style.Buat simple pun aku nak theme colour aku white and red.Mesti cantikkan.Bunga tangan aku rose merah.Baju putih.Pelamin putih ada kuntuman ros merah.Bilik aku pulak putih tapi ada taburan ros.Haahaha.aku kuat betul berangan sekarang.Insyaallah.harap menjadi kenyataan. Abang............ayng rindu bangat sama kamu

TERAPI

CINTA LELAKI PELIK DAN UNIK
#Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
#Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
#Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
#Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
#Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
#Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
#Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
#kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
#Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.
#Lega apabila pasangan memujuknya.
#Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
#Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.<>div>

ERTI CIUMAN SI DIA TERSAYANG
Ciuman Di Dahi=Itubermakna kasihnya begitu mendalam terhadap diri anda.
Ciuman di pipi= Si dia hanya mahu menjadi teman baikmu.
Ciuman di dagu= Kamu sangat ‘cute’!
Ciuman di leher= Dia mahu kamu!
Ciuman di bibir= Dia cinta padamu.
Ciuman di cuping telinga= Mari bergembira dengannya!
Ciuman di mana-mana saja= Kamulah yang terbaik!

DIARI HATI
Dengannya yang ku cintaJangan ku dihalang
Walau pedang bukan penghalang
Gelora rinduBuat ku merasa tersiksa
Jauh darinyaAndai ku punya sayap
Kau di bulan akan ku jelang
Kasihku dengarlahSuara hatiku
Kata hati iniHanya dirimu seorang
Yang ku sayang
Kekasih tulis namaku
Di dalam diari hatimuKekasih setiap senyummuPengubat rindu di hatiku
Puisikan segala janji-janji kitaBakar semua kepalsuan

KAU SAHABAT, KEKASIH DAN TEMAN
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara
Manusia beranika ragan dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru
Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka
Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan

WAJAH KEKASIH
auto publish 2

Friday, June 12, 2009
CERITA AKU -SABTU 130609
Kak idah and family kuar g kl pagi tadi.Sonok dia ada family nak tolong uruskan.Aku lak macam mana nanti ye. Pening jugak nak buat.Aku nanti buat simple jelah.Akad nikah buat kenduri doa selamat sikit. Boleh kan bang. Kalau adik2x nanti baru aku nak buat besar besaran.Yelah aku ngan abang ada nak uruskan. Aku memang suka buat persiapan kahwin ni.Tapi bila memikirkan aku sendiri aku jadi cuak jugak.Yelah...aku takde sapa dah kan. Kalu ibu ayah ada mungkin buat besran jugak kot.
Aku penat sgt ni. Tadi lepas subuh nak buat beakfast ngan bekal budak2x tu.Aina ngan Adila siap nak mintak akak dia ni buat sandwic telur. Buat jelah.Untuk adik adik.Lepas tu basuh kain, sidai kain, mop lantai. Lepas tu masak terus. Aku masak apa hari ni..
Sambal Udang Petai, Cencaru Bakar+air asam, Patin masak tempoyak,Sup ayam( ni aku punya),Sayur nangka masak lemak, ngan ulam raja (ni wajib ada).
Lepas ni nak tidolah kejap.Tak cukup tido ni. Malm tadi chating ngan abang sampai jam 4++ pagi. Lama dah tak buat kerja ni. Abang biasalah tido lambat.Tadi memang tak tido dah. Sampailah la ni.Kejap lagi nak tidolah.
Petang karang plan nak IOI MALL PUCHONG.Nka cari handbag ngan kasut. Rasanya dah lama tak beli handbag.Handbag yang ada ni dah lusuh benar.Kasut utk kerja lak dah rosak dah. Kena beli baru jugaklah. Takpelah.Kerja penat2x kan.At least ada something utk diri kita sendiri.
Aku sebenanya macam handbag, kasut, jam aku jarang beli.Kalau memang tak leh guna baru aku beli. Macam jam aku rasa selama dah 28 tahun aku hidup ni aku hanya ada 3 utas jam tangan. Yang pertama Citizen mak cik aku bagi.AKu pakai dari aku form 1 sampai form 5.Lepas SPM je elok je dia rosak . Dha tu ayah beli jam SEIKO.Ingat lagi dapat bonus hari raya untuk kakitangan kerajaan.Jam tu tu dalam 100++ kot.Aku pakai dari aku matrick sampai aku habis belajar.Rosak jugak. Srkarang ni aku pakai CITIZEN balik.Aku beli gaji petama aku sampai lah la ni.Elok lagi.
Aku tak boleh hidup tanpa jam tangan.Rasa tak sempurna hidup.Aku barang kemas memang aku tak pakai.Yang aku pakai seutas rantai ngan sebentuk cincin je.Gelang memang aku tak suka pakai. Yang penting bagi aku jam tangan.
Petang ni shopping sorang2x lah nampaknya.BF jauh pulak.Kalau dia dekat leh dating kan bang.Oklah.nak tido.Ngantuk ni....K.Chow Chin Chow

Thursday, June 11, 2009
PURNAMA MERINDU
Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan
Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah
Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku
Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk
Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu
auto publish 1
JOM KITA KUARKAN PELUH





















