Monday, November 30, 2009

tatau nape
terasa dah lama kita berpisah
dah lama kita tidak bergurau senda
tatau nape
abg rasa jauh sangat dgn syg
abg rasa sunyi sangat
rasa kosong
tatau nape
abg ingin dekat dgn syg
boleh usik syg
boleh sakat syg
boleh bg syg majuk
pastu pujuk
tatau nape
mungkin suasana menjarakkan kita
terpisah sambil ditampar bayu rindu
amat mencengkam jiwa
bahananya amat menusuk kalbu
tercari-cari bayangmu syg
memori indah hanya jd pengubat
tp hanya seketika
tatau nape

kau bagai lembayung
menyelimuti diri ini
menambah keserian hariku
mewarnai hidupku
akan ku gapai mu
untuk bersamaku
meniti titian hidup
penuh debunga wangi
bersama lambaian kebahgiaan
mengiringi perjalanan
kesebuah mahligai indah
untuk menaut kasih
selamanya
tatau nape"

RINDU BANGAT SAMA DIA






I Still Believe

You look in my eyes
And I get emotional inside
I know it's crazy
But you still can touch my heart
And after all this time
You'd think that I
I wouldn't feel the same
But time melts into nothing
And nothing's changed


I still believe, someday you and me
Will find ourselves in love again
I had a dream, someday you and me
Will find ourselves in love again

Each day of my life
I'm filled with all the joy I could find
You know that I am not the desperate type
If there's one spark of hope left in my grasp
I'll hold it with both hands
It's worth the risk of burning to have a second chance
No, no, no, no, no, no I need you baby
I still believe that we can be together
If we believe that we can be together
If we believe that true love never has to end
Then we must know that we will love again"




Saturday, November 28, 2009

SIRF TUM



SIRF TUM.HANYA KAU.Citer hindi yang paling aku suka.Tengok beribu kali pun aku tak kisah.Tengok beribu kali pun aku boleh menitiskan air mata.Aku beli dvd citer ni dlm tahun 2001. Filem ini keluaran tahun 1999.Dan kini usianya dah 10 tahun.Dan yang paling best sekarang tengah ditayangkan dekat ZEE di ASTRO.


Kisah sepasang kekasih yang tak pernah bersua. Hubungan dieratkan dengan telefon di public pone dan surat. Romantik sgt. Sepanjang cerita mereka memang tak berjumpa.Tapi di akhir cerita mereka pun berjumpa.Sedangkan time tu mereka dah dekat.Berselisih bahu.Tapi dah tak tau rupa, tak kenal.Adui...siannya. Hubungan mereka pun ada pasang surutnya. Yelah..si pompuan nak ditunangkan dan dikahwinkan dgn pompuan lain.Demi cintanya dia ke bandar mencari lelaki tersebut.Saat pertemuan mereka adalah saat yang paling menyetuh hati. Aku nangis teruk sgt.


Hahahahaha.Macam cerita aku dah lak kan.Tapi yang bezanya aku dah tengok orgnya. Dalm gambar.Dan aku rasa kalau berselisih bahu insyallah aku akan kenal dia. Entahlah.lucu lah.Aku suka sgt love story ni aku yang mcm termasuk dlm watak tu. Hahahaha.Oklah.nak layan SIRF TUM.


SIRF TUM



BILA TANGANKU MULA MENAIP

Hahahaha.Tajuk entry tak boleh blah. Aku tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya.Yang aku tau aku nak menaip hari hari kat blogku ini.Nilah teman setia aku.Tempat aku meluah rasa. Tempat aku....apa apalah.
Aktiviti aku hari ni...pagi lepas sarapan dha siap masak tgh. lepas mkn tgh, solat lepas tu zzzzzzzzzzzzzzzzz.mana dah naik dah rasanya badan aku ni. Dok tgh mamai mamai.. hp aku berbunyi.Ingatkan sapa... hah...dia call. yahoooo.com.my. dia tanya pasal ila, sonok ke aku. aah.memang aku seronok.aku suka. tapi sebenarnya aku takut.takut dia marah aku. ntah..dgn dia aku takut sgt sgt.lagilah bila dia marah.kecut perut aku.
lama jugak borak ngan dia.MIL aku pandang semacam je. dah lepas cakap tanya mcm mcm. adui....terpaksalah bohong sunat sikit.maaf mak.nak kena jaga hati dia jugak. abang..harap abang paham situasi liah time ni. baru sgt lagi. insyallah tak lama lagi akan macam biasa. a'ah.aku memang nak hidup mcm sebelum ni.aku suka aku gembira,aku senyum aku gelak.biarlah perut memboyot pun takpe janji hati senang. betul tak.
oklah. nak mandi.panas tul aku rasa sekarang. nak ikut kita mandi tak? hahahahha.
salam



Friday, November 27, 2009

SELAMAT MALAM SEMUA

Aku baru sampai dari TELUK INTAN 2 jam yang lepas. Bertolak petang tadi.Tapi dah banyak sgt tempat singgah.Dah bawak mem 2 org paham paham jelah.Penat sgt sgt.Datang umah tengok umah bersepah.Kemas kan dululah.Yelah...aku pergi hari tu org baru habis buat grill ngan kichen kabinet. Adui...debu debu yang berterbangan menggatalkan hidung aku je.Sampai terbersing aku dibuatnya. Sampai sampai tadi mop umah dulu. Nasib baik dah makan tadi.Taklah lapar sgt.
Seronok sgt beraya kat Teluk Intan. Aku dilayan bak puteri raja.Semuanya tak boleh aku buat.Bosan tullah.Mereka suruh aku rehat je.Tapi aku....aku tak betah nak dok diam.Tak biasa.Tangan mesti nak kena bekerja jugak. Korang jgn risau.Aku pun tau, aku kena banyak rehat, kena jaga kandungan aku ni kan. Rehat aku rasa dah terlebih dah.Kerja aku sekarang membongkang je. Aku rasa badan dah berat semacam dah.Hahahaha.Akibat makan minum tido je .Hari hari mcm tu.Pantang ada masa terluang ...aku tido je. Dulu ada jugak masa aku terisi dengan benda benda berfaedah. Yelah..bacabuku lah, dok susun balik stem akulah, ke kebun bunhga aku ke. Sekarang...tido je aku.Jangan baby dlm perut ni malas mcm ibunya sekarang ni dah.Aku harap cuma dlm masa terdekat je.Tak selesa jugak bermalasan mcm ni je.
Dekat kampung kak idah semuma dok tanya aku bila nak carik bapa untuk baby aku nanti.Huhuhuhu.Soalan..soalan maut betul. Aku cuma jawab insyaallah. ada jodoh aku adalah nanti. Takutlah aku .Yelah takut benda yang sama berulang lagi.Sapa yang tak nak ada suami kan. Aku akui aku perlukan seseorang . Penat dah aku.Penat sgt sgt.Tapi nak berkahwin dgn keadaan aku mcm ni.Ada nanti suami aku dikata pak sanggup nanti.Biarlah dulu.Aku nak jaga kandungan aku ni lok elok, bersalin ..lepas tu baru nak pikir pasal jodoh aku. Kalau ada.....Takut jugak aku.Takut mereka hanya leh terima aku bukan anak anak aku. Sekarang aku rasa susah dah nak jumpa lelaki yang betul betul ikhlas dgn kita. Tapi aku very the lucky one...hahaha, aku jumpa. Memang baik sgt orgnya. Tapi aku je buat bodo tak hargai langsung kehadirannya dlm hidup aku. Terukkan aku. Sekarang tanggunglah sendiri.Asyik teringat, asyik kerinduan je.Hahahaha.Angau.Tak boleh jadi begini.Jadi aku mesti sibukkan diri.
Esok..apa aktiviti aku.Aku nak tidolah.Penat.Tapi ada jemputan kenduri kat Kampung Gajah.



Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat hari raya semua. Spoil betullah. Plan nak raya tempat lain, raya kat tempat lain lak.Takpelah hari raya ni aku raya kat kampung KAK IDAH.Meriah betul rumah dia ni. Yelah dengan anak buah 25 org adik beradiknya semua balik. Malam semalam semuanya ikut aina li burger. berjalan satu barisan tu. hahahaha. tergelak aku tengok. Seronok beraya di umah kak idah ni. familynya memang baik sgt dgn aku. Semalam nolong ayah dia bakar lemang. 6 kilo pulut .dapat 18 batang lemang. sedaplah lemang ayah kak idah buat. aku pun leh belajar sama. tapi yg tak tahanya nak membakarlah. tak tahan aku dok kat api.
semalam black out dari jam 10 sampai 4.30 pagi. jam 4.300 baru aku leh lena. ngan panas ngan nyamuk.adui..jam 6 dah aku bangun pagi. nak buat nasi tomato ngan sayur campur. mak datuk... first time aku masak nasik tomato mcm org kenduri punya banyak.nasib baik ada periuk nasik besar. takut aku nasik tak masak je. risau tau. sonok nengok budak budak makan. aku pun banyak gak makan. fav aku nasi tomato . selain tu nasi nasik ayam. tapi kan aku nasi ayam tak pandai langsung buat.
petang karang nak bawak adila berubat.skaait apa? biarlah .sapa sapa yang tau taulah.
abang, jgan risau ye. adila dah ok dah. alhamdulillah. kalau tak elok gak liah bagi tau. biarlah berubat ikut cara abang pulak. thnaks bang 4 everything . kami sayang abang. . selamat hari raya bang. maaf atas silap dan salah kami pada abang.
salam sayang 3a3nur




Wednesday, November 25, 2009

KU BERCERITA LAGI

Alhamdulillah.sehari lagi aku berpeluang menikmati keindahan alam ini.Pagi ni aku tak masak.Beli kat luar lah pulak. Yelah nak rasa jugak masakan org lain. Air tangan org lain.
Tadi aku tertarik dengan topik kat sinar fm. Pasal pengorbanan. Dan aku tertarik dgn pengakuan seorang isteri yang berkorban suaminya kahwin lain. Dan dia jugaklah yang pergi meminang madu madunya.Madu madunya ok... Thats means suaminya ada 3 isteri. Dapat payung emaslah dia.Umur ketiga tiga isterinya hampir sebaya. Senang hati suami dapat isteri macam ni. Persoalannya boleh ke suaminya bersifat adil. Yelah dari pelbagai segi. Bagi pendapat peribadi aku jika ada sikap tolak ansur pada setiap isteri dan suami insyaallah semuanya akan dipermudahkan. Memang ...aku akui pompuan...kalau dengar madu...naik darahnya. Hahaha. Aku ada pengalaman bermadu.walaupun sekejap. Mungkin ...suami aku time tu hanya berdasarkan nafsu semata. Memang aku akui tidak ada keadilan untuk aku. Tapi entahlah. Aku takde rasa apa pun. Aku takde perasaan ke. Hanya yang tahu tahulah kan. Tak semua lelaki begitu.

Ni dari pengalaman aku.Tak semua lelaki begitu. Tak semua lelaki nak kahwin lain berdasarkan nafsu semata. Ada yang nak kawin laun kerana tanggunjawabnya sesama insan. Dan aku pasti dia akan adil pada isteri isterinya.Cuma aku tak berpeluang utk merasakan semua itu. Mungkin bukan jodoh.

Bercakap soal jodoh.Seperti biasa yang kita dengar.Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Memang betul. Bagi aku semua yang aku rancang takde satu yang menjadi kenyataan. Sedihnya hati ini hanya Allah yang maha mengetahui. Aku sgt sayangkan dirinya.Dia yg terbaik hadir dalam hidup aku.Aku mengimpikan kebahagiaan bersama dia. Tapi nasib sentiasa tak menyebelahi. Ye...aku sentiasa menangisi nasib diri. Walaupun aku dah kawin, suami aku meninggal, sekarang aku dah mengandung kasih sayang, cinta aku tetap seperti dulu padanya. Semalam dalam perjalanan KL-TAIPING ingatan aku sentiasa padanya. Aku tak boleh buang dia dari ingatan aku, fikiran aku.

Semalam juga aku telah chat ngan seseorang.Seseorang yang juga menyimpan rasa syg padanya. Menyimpan rasa kasih padanya.Haruskah aku mengganggu hubungan itu.Memang time dia menyatakan rasa sayangnya pada lelaki yang aku sayang..kasih..tanpa sedar air mata ini menitik. Dia takut sidia akan kembali pada aku. Memang jauh disudut hati aku, aku menginginkan semua itu terjadi. Tapi dengan luahan rasa, luahan hati seorang wanita yang lain padanya aku harus simpan sebaik baiknya perasaan itu di sudut yang paling jauh dlm hati aku.Biarlah ianya tak diluahkan.Biarlah ianya sentiasa tersimpan. Tak adil untuk dia. AKu harus sedar siapa diri aku. Biarlah aku korbankan perasaan kasih,syg dan cinta aku itu. Aku tak nak mementingkan diri.

Awak...kita tau awak juga tau perasan kita pada awak. Kita memang nak pergi jauh dari hidup awak. Nak larikan diri dari awak. Tapi adik adik kita memustahilkan semua itu dari berlaku. Mereka perlukan awak.Lebih lebih adik kita yang bungsu.Suka sgt bercerita pasal awak.Sampai mak mertua kita pun seronok mendengar ceritanya dan ingin jumpa awak suatu hari nanti. Kita hanya mampu tersenyum.Kita tak mampu untuk menyatakan apa apa. Masa depan kita pun tak tau. Samaada cerah, mendung dan terus gelap...hujan pun turun.

Esok kita kan merayakan HARI RAYA AIDILADHA. Hayatilah erti pengorbanan itu sepenuhnya.

HATI INI

KASIH INI

TAK MAMPU DAH UNTUK AKU LUAHKAN

KASIH INI

CINTA INI

HANYA MAMPU AKU SIMPAN

DI SUDUT YANG PALING DALAM

DOAKU

PINTAKU

PADANYA

MOGA KAU BERTEMU BAHAGIA YANG KAU CARI

DAN

ADA BAHAGIA UTKKU KEMUDIAN HARI

HANYA AIR MATA

PENEMAN SETIA

KISAH SEDIH PENAMBAH RASA

KISAH DUKA KU LALUI SEMUA

TAPI AKU YAKIN

SEMUANYA AKAN

BERAKHIR JUGA




Tuesday, November 24, 2009

SOK SEK SOK SEK

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku
Entahlah...tak tau teman nak letak tajuk apa. Hari ni alhamdulillah ... bangun pagi rasa tenang..rasa happy sgt.Syukur kepadaNya aku masih hidup untuk satu hari lagi.Menikmati keindahan alam ciptaanNya,bersama insan insan yang aku sayang. Yelah....kena semangat......kena kuat...sebab aku banyak kerja nak buat hari ni.Very the very big problem. Hope dapat settle sebelum menjelangnya raya haji ni.
Aku raya ni beraya dekat TAIPING. First time luar dari kuching/kl. Merasai suasana baru. Korban? Alhamdulillah...adalah sikit. Sedekah dekat masjid berhampiran. Rezeki yang ada kita sharelah dgn sapa sapa yang memerlukan. Kandungan aku...alhamdulillah.So far so good. Next week g checkup. Hope ada berita gembira untuk aku. Kalau dah confirm aku akan share kat korang ye.
Aku rasalah kan org ngandung ni makin gemuk kan.Aku lak makin kurus aku rasa.Perut je naik sikit.Yang lain nampak tulang je.Entahlah.selera makan aku kuranglah. Berat ideal aku 49kg.Dulu naik 55kg.Oklah lagi ngan ketinggian aku.Dah tu turun 50.Ni 51 kg. sejak bulan lepaslah. Macam mana ni nak naikkan berat badan aku.Makan banyak banyak .....
Hari hari aku cuti tanpa gaji. Hahahaha. Memang suri rumah sepenuh masa.Kadang kadang rasa sonok sgt.Kadang kadang rasa boring sgt. Mati akal n mati kutu aku.Nasib baik dok kat sini.Banyak tempat aku nak explore lagi. Aku kat sini memang jadi org tukang sukat jalan. Peneman setia my adik n my MIL. MIL aku leh layan pulak aku. Yelah dia sorang.aku pun sorang.
Oklah. aku nak g masak nasik lemak. Adik aku nak makan.Aku tukang masak.Kalau tak masak kang hilang skill memasak aku.Tak nak aku.Tu je kelebihan yang ada pada dir. Nasib baik tak alah lagi. Oklah sekarang.Muntah muntah takde dah. Harap dipermudahkan semuanya untuk aku. Ha...aku sebenarnya kan teringin sgt nak makn kerang bakar, sotong bakar, ikan bakar.Takpe... Mengidam aku ni leh tahan lagi. Nnati nantilah. Semuany settle nanti aku nak makan puas puas.






Thursday, November 19, 2009

HATI INI

Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai... nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia"




Monday, November 16, 2009

D --------------> :-)

Semua kita punya kawan baik kan? Ye...aku punya seorang kawan yang aku kenal sejak form 1 lagi.Masih aku ingat kenangan 15 tahun lepas.Dia yang menyapa aku dahulu. D.Ye...singkatan namanya. Dari kami tak bertudung sampailah bertudung. Kami sama kelas dari form 1 sampai form 2.Form 3 kami berpisah.Yelah.Kononnya aku ni bijaklah.Padahal D lagi bijak dari aku. Dah tu dari form 4 sampai form 5 kami kembali bersama.Alhamdulillah.Mana mana aku pergi dia memang jaga aku dengan baik.Macm mak mak je gayanya.Mak aku pun kenal dia.Sayang dia seperti anak sendiri.
Lepas tu aku dapat masuk matrick dekat W.P Labuan.Dia pulak dapat training nurse kat Sibu. Time tu kami betul betul lost contact.Yelah zaman aku belajar dulu mana ada handpone semua. Aku akui aku rindu sgt kat dia. Salah aku jugak.Aku tak pernah g umah dia dulu. Nak cari dia pun tak tau. Memang aku rasa kehilangan sangat time tu. Masa cuti aku balik Kuching aku rasa sunyi sgt.Takde teman untuk aku bergelak sakan, bersenda gurau.Terus terang aku cakap mak aku memang kontrol aku time aku kecik sampailah zaman remajaku.Tu pasal aku takde kawan baik kat kampung.Semuanya tak boleh.Ini tak boleh.Itu tak boleh. Aku memang budak kampung.Masa dekat labuan tak rasa lain sgt.Mungkin sebab persekitarannya lebih kurang sama ngan kuching.
Tetapi bila aku sambung belajar kat UiTM Shah Alam.....aku rasa rendah diri sangat.Lain benar .Semuanya lain.Budak budak sini memang lebih hebat, lebih bergaya dari aku lebih setia ngan baju kurung. Yelah...zaman susah time tu. Semuany kena jimat.Makan sekali sehari je. Aku tak peduli.Niat aku nak belajar.Aku nak bantu mak ayah aku.Keluarga aku.Aku nak ubah kehidupan kami sekeluarga. Dalam masa aku sibuk ngan kuliah, buku buku aku , kerinduan aku pada D , tak pernah hilang.
"Apa kabar dia?"
"Dah kahwin ke dia?"
Sampailah ke zaman pekerjaanku. Umurku 24 tahun. 6 tahun setelah aku meninggalkan zaman persekolahan ku. Selama tu jugak aku tak jumpa D. Kenangan bersamanya sentiasa bersama aku. First postingku dekat Kuching.Seronoklah duduk ngan family. Waktu tu hanya aku habiskan bersama family.Teman istimewa? Takde.Lepas pemergian arwah Aqil Nuqman hatiku tertutp terus utk menerima lelaki lain.Bagi aku sekarang family. Pada suatu hari dok aku mengemas bilik aku terjumpa sebuah buku yang penuh ngan sign kawan kawan.Siap ngan kata kata semangat dari mereka. A'ah D pun ada menitipkan sesuatu untuk aku.Tapi takde alamat, contact no. Tapi Alina ada tinggalkan no telefon dia.Alina dok sekampung ngan D.Aku try contact Alina.Alhamdulillah. Dapat...dia bagi no telefon D.Alhamdulillah.tanpa ku sedari air mataku menitis. Aku try call. Dia dah kawi.Dok ngandung anak pertama.Posting kat hospital sibu. Jauhlah pulak. Aku cakap kalau balik Kuching contct aku.Dia menangis.
Hari raya tahun berikutnya.........dia datang kerumah bersama suaminya dan anak sulung mereka.Dan mengejutkan aku suaminya adalah bestfriend aku jugak time sekolah dulu. Actually bukan bestfriend.Boyfriend aku.Hahaha. Cinta monyet. D yang jadi posmen dia yg kahwin ngan K. Keciknya dunia ini kan. Aku peluk dia sepuas hati aku. Comel anaknya.
Aku selepas tu posting kat putrajaya.sekali lagi kami lost contact.Adui...mana lagi nak cari dia. Call lagi Alina.Alina pun takde no D yang baru. Alina bagi nombor abang D kat aku.Dapat jugak contact dia. Aku lagi terkejut dia ada kat Ipoh.Lakinya bekerja kat Lumut. Sian dia hari hari kena berulang. Hujung minggu tu jugak aku g Lumut cari dia. Seonoknya dapat jumpa dia.
Kadang kadang kisah aku ngan dia ni llucu.Lost contact manjang sebab no dia ni sentiasa bertukar tukar.Selalu sgt hilang telepone. Sekarang dia Hospital Kuala Lumpur.Baru tadi dapat bercakap ngan dia.Sekali lagi aku mintak nombor ngan abang dia.
D...Lepas ni jgnlah tukar nombor lagi .Nur Syham ni penat dah D.Dia panggil aku NurSyham.Hahahaha.Penat dah aku asyik kehilangan dia je dah.Anak dia pun dah dua dah.Aku lak...baru baru lagi.Hahahaha.
D....NURSYHAM SAYANG SANGAT KAT D. D-------------------> NUR DIANA.

Friday, November 13, 2009

TAK LEH TIDO

Pusing kiri pusing kanan tak leh jugak lelapkan mata.Nka kata panas, suhu bilik ku ini ok je. Tak taulah napa.Nak dikatakan berpikir takde benda yang aku pipkir time ni. Cuma perutku berkeroncong mintak disi. Hehehehe. Ada nasi, ikan patin masak tempoyak ngan sayur scampur.Mamam jelah. Lapar ni. Peduli apa aku makan tgh malam.
Korang apa plan esok? Aku tak tau lagi. Tapi rasanya nak g shopping.Terapi paling best dalam hidup aku. Tapi nak beli apa?Nak li kasutlah/sandal/selipar.Aku nak cari yang sesuai utk aku, keadaan aku ni n yg akan dtg. Filem 2012 dah mainkan?G IOI esok lehlah tengok.Nak tengok 2012 ke PISAU CUKUR ye? Tengok 2x boleh.Tapi aku takde teman.Aina? Budak tu nak study tak nak kuar.Bosanlah kuar sorang sorang.Nka pujuk dia jugak esok. Mak? Org tua tu tak minatnya.Yang dia minat menjahit, bercucuk tanam. Yelah org tua.
Aku cepat penatlah sekarang.Drive sekejap pun dah penat. Masuk dapur...adui...tak leh lah sekarang.Cium bau mak menumis belacan pun dah nak termuntah. Tapi makan leh pulak.Hahahaha.Pemalas. ..Taklah serius aku tak leh lah.Yan aku suka buat sekarang apa?????Aku suka makan, main gitar.Aina nyanyi.Kalau Ila ada mesti bestkan.Tapi dr. tu sibuk je manjang. kah.nak mamam lu. bye. salam



AKU YANG BARU

Alhamdulillah.Aliah nur syham dah leh merasionalkan diri. Aku perlu happy dengan kehidupanku sekarang. Aku nak buang semua kesedihan dari hidup aku. Kesihatan aku...alhamdulillah.Aku kini dah berbadan dua.Syukur kepadaNya atas rezeki ini.Aku tak menyangka yang aku akan secepat ini akan menjalani proses untuk menjadi seorang ibu. Syukur kepadaMu ya Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik apa apa yang berlaku pada aku selama ini. Dengan semua kesedihan , kedukaan yang ku hadapi , Engkau hadiah kan aku sesuatu yang aku nantikan.Aku akan jaga nya sebaik mungkin.
Aku akui..aku mat rindukan mak dan ayah.Kalau mak dan ayah ada mesti mereka gembira dengan pengkhabaran ini. Mak...ayah...akan jadi atuk dan nenek.Liah janji liah akan jaga diri liah baik baik.
Sapa yang tak sedihkan mengandung tanpa suami di sisi. Memang aku terasa sunyi sangat.I need somebody.Kadang kadang hanya air mata peneman setia.Aku redha.Aku terima takdir aku.Tapi sebagai insan biasa yang lemah dan serba kekurangan ini , diri ku tak lari dari mengingatkan org org yang aku sayang. Mujur mak, adik adik, idah,family izat dan abang ada menemani diri.
Oklah.tak nak feeling -feeling dah. aku nak rehat, baca buku, n tido. kalau larat nak online japlah.



Sunday, November 8, 2009

TAKDIR AKU

Aku tak tau pada siapa harus aku mengadu nasib diri. Aku tak tau mcm mana aku boleh sekuat ini untuk menempuhi hidup aku yang sentiasa ada cabaran dan dugaannya ini.
Ye...suamiku dah pergi untuk selamanya. Belum pun sebulan usia perkahwinan kami.Seorang yang ku kenali sebagai seorang lelaki yang sgt baik sebelum perkahwinan kami.Tetapi segalanya telah berubah selepas perkahwinan kami.Seorang yang sgt panas baran, cepat naik tangan. Sebagai seorang isteri aku terima segalanya apa yang dia buat pada aku.Aku cuma mampu berdoa agar dia berubah menjadi seorang suami yang bertanggungjawab pada keluarganya .Tapi sekali lagi hatiku dirobek sepenuhnya apabila dia kahwin untuk kali kedua.Ya Allah...besarnyadugaan Mu pada hambamu yang lemah ini. Dalam masa 2 minggu perkahwinan kami , aku diduakan dengan cara yang aku tak boleh terima.Tapi sebagai hambaNya...aku pasrah...aku redha.Ini adalah ujian untuk aku. Dan Khamis lepas dia kemalangan bersama madu aku. Sebulan perkahwinan kami aku tak pernah berduaan pun dengannya dalam kereta. Entahlah...Suamiku teruk. Tak sedarkan diri.Dan saat saat terakhirnya dia membuka mata dan memandangku dengan renungan yang sayu. Aku memandangnya dan aku dapat rasakan dia seolah memanggil aku rapat kepadanya. Aku rapatkan diri aku dan dia dgn sedaya upayanya cuba membisikkan sesuatu pada aku.

"Aliah, abang syg dan cintakan Aliah,Abang minta maaf atas apa yg abang lakukan.Jaga diri,adik adik dan mak abg baik baik"

Cinta dan sayang.Ungkapan yang aku tunggu sejak perkahwinan kami.Dan dia lafazkan di saat terakhir dirinya.Pertama kali aku melihatnya menangis. Aku akui walaupun hati ini tak dapat menerima apa yang dia lakukan pada aku...tapi dia tetap suamiku Sekarang maknya dah bawah tanggungjawab aku.Akan aku menjaganya seperti ibuku sendiri. Aku cuma harap dirinya akan ditempatkan bersama orang beriman. Dan aku sentiasa berdoa agar ada rezeki untuk kami. Ya Allah makbulkanlah doaku ini.

Aku tak tau mcm mana aku boleh sekuat ini.Yang aku dapat lihat sekarang, wajah wajah adik, ibu mertuaku yang sangat perlukan aku. Aku tak boleh lemah.Aku kena kuat. Aku jelah sekarang tempat mereka bergantung. Akan aku bahagiakan mereka .Akan aku gembirakan mereka. Aku harap hidupku aku gembira dan ceria seperti sebelum ini. Aku rindukan aku yang dulu. Aku dah tak nak berendam air mata.Menangis.Dah.Full stop.Aku nak lupakan segala kesedihan dalam hidup aku. AKU NAK MULAKAN HIDUP YANG BARU.




Saturday, November 7, 2009

:-)

Alhamdulillah. Syukur kepadNya.Aku diberi peluang sehari lagi untuk menghayati keindahan alam dan menjalani kehidupanku ini.Cerah betul cuaca hari ini.Bersemangat aku nak membasuh kain. Dah 2 hari dah tak membasuh. Tak suka betul aku suka bertangguh ni. Macam macam yang berlaku pada aku minggu ni. Semuanya memang betul betul dugaan untuk aku.Aku kena kuatkan semangat, keyakinan diri aku untuk menghadapi semuanya.Aku harus sedar adik adik masih perlukan aku . Aku tak nak mereka susah mcm aku. Oklah..apa yang terjadi pada aku akan aku ceritakan kemudian.
Wasalam



Sunday, November 1, 2009

:-( ----------------------------------> :-)

Cinta, kasih sayang dan ingatan ku padanya tak pernah luntur dan hilang dari hati dan ingatan ku ini.Dialah yang terbaik.Aku bersyukur dipertemukan dengan nya.Bersyukur sgt sgt.Sekurangnya ada satu persinggahan yang sangat indah dalam perjalanan hiudpkku yang penuh dengan duka dan kecewa ini.
Aku sangat bahagia disampingnya.Aku dimanjai, dikasihi dengan seikhlas hatinya.Mana mungkin aku lupa semua itu.Dan aku harap itu akan berulang suatu hari nanti.Tapi mesti mustahilkan.Tapi hari ini dia memang betul betul mahu pergi dari hidup aku.Aku tak nak memaksa. Dia ada hak untuk itu semua.Ye...aku akui hati ini sentiasa mengharapkan ianya tidak berlaku.Tapi aku harus merelakan demi kebahagiaan dia bersama insan tersayang. Aku terpaksa menerima hakikat yang berllaku dalam hidup aku.
Banyak pengajaran yang aku perolehi.Banyak yang aku pelajari dari dirinya.Takkan aku lupakan sampai bila bila.
Terima kasih untuk segalanya..Dirimi akan tetap bertakhta di hati.



KEGEMBIRAAN AKU

Alhamdulillah...Ainna dah semakin sembuh.Dah nak bergurau dgn org sekelilingnya.Itulah dia..Nakal....Ila tadi bagi tahu dia chat ngan abang. Aku terharu sangat.Dia amat mengambil berat pasal diri ini.Dengan apa yang telah aku lakukan pada dia. Aku terpikir ada jugak insan sebaik dia di atas bumi citaan Allah ini.
Aku tak tau nak kata apa atas kebaikan dia ini.Aku sebenarnya segan sgt dekat dia. Hanya Tuhan yang tahun betapa hati ini ingin berbicara dengan dia.Ye...mcm dullu.Tapi...situasi aku sekarang memang mustahil utk aku. Terkejut gak aku ila bagi tahu dia chat dengan abang.Dengan aku dulu rasanya tak pernahlah aku chat dengan dia Siang...hari ahad lak tu. Mungkin di abosan kat umah kot. Klah. aku nak siap siap.Nak htr Ila g airport. Drai dullu, kini selamanya tugas tak rasmi aku.Izat takde dia g Kerteh. Kalau tak dia leh tolong htr ila. Nak singgap hospital jap jumpa ainna. Aku tak berapa sihat ni,Demam.....Lama dha ni tak baik baik. K...Wasalam