Monday, November 16, 2009

D --------------> :-)

Semua kita punya kawan baik kan? Ye...aku punya seorang kawan yang aku kenal sejak form 1 lagi.Masih aku ingat kenangan 15 tahun lepas.Dia yang menyapa aku dahulu. D.Ye...singkatan namanya. Dari kami tak bertudung sampailah bertudung. Kami sama kelas dari form 1 sampai form 2.Form 3 kami berpisah.Yelah.Kononnya aku ni bijaklah.Padahal D lagi bijak dari aku. Dah tu dari form 4 sampai form 5 kami kembali bersama.Alhamdulillah.Mana mana aku pergi dia memang jaga aku dengan baik.Macm mak mak je gayanya.Mak aku pun kenal dia.Sayang dia seperti anak sendiri.
Lepas tu aku dapat masuk matrick dekat W.P Labuan.Dia pulak dapat training nurse kat Sibu. Time tu kami betul betul lost contact.Yelah zaman aku belajar dulu mana ada handpone semua. Aku akui aku rindu sgt kat dia. Salah aku jugak.Aku tak pernah g umah dia dulu. Nak cari dia pun tak tau. Memang aku rasa kehilangan sangat time tu. Masa cuti aku balik Kuching aku rasa sunyi sgt.Takde teman untuk aku bergelak sakan, bersenda gurau.Terus terang aku cakap mak aku memang kontrol aku time aku kecik sampailah zaman remajaku.Tu pasal aku takde kawan baik kat kampung.Semuanya tak boleh.Ini tak boleh.Itu tak boleh. Aku memang budak kampung.Masa dekat labuan tak rasa lain sgt.Mungkin sebab persekitarannya lebih kurang sama ngan kuching.
Tetapi bila aku sambung belajar kat UiTM Shah Alam.....aku rasa rendah diri sangat.Lain benar .Semuanya lain.Budak budak sini memang lebih hebat, lebih bergaya dari aku lebih setia ngan baju kurung. Yelah...zaman susah time tu. Semuany kena jimat.Makan sekali sehari je. Aku tak peduli.Niat aku nak belajar.Aku nak bantu mak ayah aku.Keluarga aku.Aku nak ubah kehidupan kami sekeluarga. Dalam masa aku sibuk ngan kuliah, buku buku aku , kerinduan aku pada D , tak pernah hilang.
"Apa kabar dia?"
"Dah kahwin ke dia?"
Sampailah ke zaman pekerjaanku. Umurku 24 tahun. 6 tahun setelah aku meninggalkan zaman persekolahan ku. Selama tu jugak aku tak jumpa D. Kenangan bersamanya sentiasa bersama aku. First postingku dekat Kuching.Seronoklah duduk ngan family. Waktu tu hanya aku habiskan bersama family.Teman istimewa? Takde.Lepas pemergian arwah Aqil Nuqman hatiku tertutp terus utk menerima lelaki lain.Bagi aku sekarang family. Pada suatu hari dok aku mengemas bilik aku terjumpa sebuah buku yang penuh ngan sign kawan kawan.Siap ngan kata kata semangat dari mereka. A'ah D pun ada menitipkan sesuatu untuk aku.Tapi takde alamat, contact no. Tapi Alina ada tinggalkan no telefon dia.Alina dok sekampung ngan D.Aku try contact Alina.Alhamdulillah. Dapat...dia bagi no telefon D.Alhamdulillah.tanpa ku sedari air mataku menitis. Aku try call. Dia dah kawi.Dok ngandung anak pertama.Posting kat hospital sibu. Jauhlah pulak. Aku cakap kalau balik Kuching contct aku.Dia menangis.
Hari raya tahun berikutnya.........dia datang kerumah bersama suaminya dan anak sulung mereka.Dan mengejutkan aku suaminya adalah bestfriend aku jugak time sekolah dulu. Actually bukan bestfriend.Boyfriend aku.Hahaha. Cinta monyet. D yang jadi posmen dia yg kahwin ngan K. Keciknya dunia ini kan. Aku peluk dia sepuas hati aku. Comel anaknya.
Aku selepas tu posting kat putrajaya.sekali lagi kami lost contact.Adui...mana lagi nak cari dia. Call lagi Alina.Alina pun takde no D yang baru. Alina bagi nombor abang D kat aku.Dapat jugak contact dia. Aku lagi terkejut dia ada kat Ipoh.Lakinya bekerja kat Lumut. Sian dia hari hari kena berulang. Hujung minggu tu jugak aku g Lumut cari dia. Seonoknya dapat jumpa dia.
Kadang kadang kisah aku ngan dia ni llucu.Lost contact manjang sebab no dia ni sentiasa bertukar tukar.Selalu sgt hilang telepone. Sekarang dia Hospital Kuala Lumpur.Baru tadi dapat bercakap ngan dia.Sekali lagi aku mintak nombor ngan abang dia.
D...Lepas ni jgnlah tukar nombor lagi .Nur Syham ni penat dah D.Dia panggil aku NurSyham.Hahahaha.Penat dah aku asyik kehilangan dia je dah.Anak dia pun dah dua dah.Aku lak...baru baru lagi.Hahahaha.
D....NURSYHAM SAYANG SANGAT KAT D. D-------------------> NUR DIANA.

No comments: