Aku tak tau pada siapa harus aku mengadu nasib diri. Aku tak tau mcm mana aku boleh sekuat ini untuk menempuhi hidup aku yang sentiasa ada cabaran dan dugaannya ini.
Ye...suamiku dah pergi untuk selamanya. Belum pun sebulan usia perkahwinan kami.Seorang yang ku kenali sebagai seorang lelaki yang sgt baik sebelum perkahwinan kami.Tetapi segalanya telah berubah selepas perkahwinan kami.Seorang yang sgt panas baran, cepat naik tangan. Sebagai seorang isteri aku terima segalanya apa yang dia buat pada aku.Aku cuma mampu berdoa agar dia berubah menjadi seorang suami yang bertanggungjawab pada keluarganya .Tapi sekali lagi hatiku dirobek sepenuhnya apabila dia kahwin untuk kali kedua.Ya Allah...besarnyadugaan Mu pada hambamu yang lemah ini. Dalam masa 2 minggu perkahwinan kami , aku diduakan dengan cara yang aku tak boleh terima.Tapi sebagai hambaNya...aku pasrah...aku redha.Ini adalah ujian untuk aku. Dan Khamis lepas dia kemalangan bersama madu aku. Sebulan perkahwinan kami aku tak pernah berduaan pun dengannya dalam kereta. Entahlah...Suamiku teruk. Tak sedarkan diri.Dan saat saat terakhirnya dia membuka mata dan memandangku dengan renungan yang sayu. Aku memandangnya dan aku dapat rasakan dia seolah memanggil aku rapat kepadanya. Aku rapatkan diri aku dan dia dgn sedaya upayanya cuba membisikkan sesuatu pada aku.
"Aliah, abang syg dan cintakan Aliah,Abang minta maaf atas apa yg abang lakukan.Jaga diri,adik adik dan mak abg baik baik"
Cinta dan sayang.Ungkapan yang aku tunggu sejak perkahwinan kami.Dan dia lafazkan di saat terakhir dirinya.Pertama kali aku melihatnya menangis. Aku akui walaupun hati ini tak dapat menerima apa yang dia lakukan pada aku...tapi dia tetap suamiku Sekarang maknya dah bawah tanggungjawab aku.Akan aku menjaganya seperti ibuku sendiri. Aku cuma harap dirinya akan ditempatkan bersama orang beriman. Dan aku sentiasa berdoa agar ada rezeki untuk kami. Ya Allah makbulkanlah doaku ini.
Aku tak tau mcm mana aku boleh sekuat ini.Yang aku dapat lihat sekarang, wajah wajah adik, ibu mertuaku yang sangat perlukan aku. Aku tak boleh lemah.Aku kena kuat. Aku jelah sekarang tempat mereka bergantung. Akan aku bahagiakan mereka .Akan aku gembirakan mereka. Aku harap hidupku aku gembira dan ceria seperti sebelum ini. Aku rindukan aku yang dulu. Aku dah tak nak berendam air mata.Menangis.Dah.Full stop.Aku nak lupakan segala kesedihan dalam hidup aku. AKU NAK MULAKAN HIDUP YANG BARU.

No comments:
Post a Comment