Tuesday, August 11, 2009

LAMANYA TAK UPDATE

Salam semua.
Rasanya dah lama benar aku tak update blog ku ini.
Macam-macam benda dah berlaku dekat aku selama aku tak update blog ku ini.
Yelah..dari kerja aku, hubungan aku dengan bos, kengkawan dan abang kesayangan aku.
Entah....bos aku.Aku hormatkan dia sebagai ketua dekat tempat aku bekerja.Tetapi semasa aku g outsation dengan dia, dia telah buat sesuatu yang akan membuatkan aku benci kepadanya.Jangan tanya apa yang berlaku.Cukuplah aku dengan abang yang tahu.Dan aku yakin dia akan dapat pembalasan dari apa yang dia buat dekat aku tu. Aku yakin Allah adil dengan umatnya.
Abang..............
Aku sayang sangat dia ni.Sayang sgt sgt. Dia dan adik adik adalah segalanya bagi diri aku sekarang.Dia adalah kekuatan aku. Abang....sensitif sgt orangnya.Aduiiii.....aku ni bukan jenis yang pandai memujuk. Aku cuba nak jaga hubungan kami agar jangan ada pergaduhan, pertengkaran.Tapi tak dapat jugaklah.Yelah....Sedangkan Lidah lagi tergigit inikan pula kami kan. Masing-masing nak menang.Lastnya gaduh.No sms, no phone call.Korang bayangkan mcm mana aku hidup untuk 3 hari tanpa tu semua. RINDU....tersangatlah rindunya. Aku sangka aku boleh buat mcm biasa tapi tak boleh. SMS kami bermula dari awal pagi sampai menjelang petang.Dlm jam 12-2 ptg dia akan call aku. Malamnya pulak dia akan call aku lagi. 3 hari tanpa tu semua? Ye...aku tercari tercari.Aku terasa satu kehilangan.
Aku amat hargai hubungan yang terjalin antara kami berdua.Aku menyanyanginya, mengasihinya, menyintainya dari mata hati aku.Bukan dari mata kasar.Pada yang faham, akan fahamlah.Mana yang tak paham cubalah memahaminya.
Kalau boleh aku inginkan hubungan ini ke impian yang kami inginkan.Ye....sebuah perkahwinan yang akan disinari dengan kehadiran anak anak yang comel.Aku harap ianya akan jadi kenyataan.
Aku akan sentiasa berdoa untuk itu.
Ok..kerja pulak. 17hb aku akan melapor diri di tempat baru.Tempat kerja baru, Kementerian baru, bos baru, kawan kawan baru. Aku harap akan jumpa kawan kawan seperti iman dan irah.Member keras tu.Mana mana g bertiga. Tapi aku takkan lupa kan korang.Lunch sama-sama yek. Aku akan calling2x korang selalu.Tapi kalau dah kawin aku lunch ngan laki aku jelah.Aku takdenya nak ajak korang lagi dah....Hahahahaha.Kalau dia dekat ngan akulah.Kalau jauh jugak..koranglah mangsa aku ye. Boleh?
Idah...4 bulan dah.Nak masuk 5 bulan.Perutnya bulat dan muka pun bulat.Ngata aku kuat makan dia pun 2 x 5 gak.Hahahaha. Dia takde sekarang.Dia dekat Johor.Kalau kak idah baca ni, jaga diri bebaik tau.Jaga baby tu.Makan yang berkhasiat.
Adik-adik aku. Biasalah bz...ke membzkan diri.Rindunya kat mereka.Takpe tak lama lagi puasa.dah tu raya.Yahooooooooooo.Dapat balik Kuching..Macammanalah puasa dan raya tahun ni tanpa mak dan ayah.Aku tak dapat bayangkan .Aku mesti kuatkan hati dan semangat aku. Adik adik perlukan aku.Aku tak nak mereka terasa kurang apa pun. Memang...tanpa adanya arwah berdua kesunyian tu akan amat dirasai. Tanpa bebelan mak, kelembutan ayah...kami takkan dapat nak salam mak ayah pagi raya. Rutin kami sejak kecik. Dah...aku tak nak sedih sedih.
Abang......kalau kita kahwin turn balik kampung raya mcm mana ye????



No comments: