Tuesday, August 11, 2009

AURA CINTA SEBENTUK CINCIN

Ibu jari mewakili ibu bapa,
Jari telunjuk mewakili adik-beradik,
Jari tengah mewakili diri sendiri,
Jari manis mewakili pasangan,
Jari kelengkeng mewakili anak-anak.
1.49ct radiant cut diamond, H/SI1, set in 14K white gold "cathedral" ring.



PETIKAN puisi nukilan pujangga Inggeris tidak bernama ini menjawab persoalan mengapa cincin dipilih untuk disarungkan pada jari manis pengantin perempuan.
Jari manis yang mewakili pasangan adalah tempat paling ideal untuk meletakkan sesuatu yang bermakna dalam perhubungan - berharga seperti sebentuk cincin.
Cincin juga ibarat kuasa yang menyatukan dua hati insan yang melafaz janji untuk setia sepanjang hayat.
Walau ada pasangan yang inginkan kelainan dengan menggunakan barang kemas lain seperti rantai atau gelang tangan, tidak akan sama nikmatnya seperti menyarung cincin pada jari manis si isteri.
Dalam kebanyakan adat, cincin diberikan sebagai tanda perkenalan, pengikat (pertunangan) serta perkahwinan. Bagi masyarakat Melayu pula, cincin seperti sudah menjadi item 'wajib bawa' semasa majlis merisik dan pertunangan.
Bagaimana hebat pun hantaran 'serba berdiri', aura cincin dalam majlis perkahwinan tetap relevan.
Namun jangan pula asyik kaitkan cincin dengan tanda dimiliki seseorang. Ini kerana wanita membeli cincin bukan hanya kerana mereka ingin berkahwin atau bertunang, tetapi mereka juga mahukan lebih keyakinan dalam penampilan.
Bagi kebanyakan orang Melayu, mereka lebih sukakan cincin emas kuning. Ada yang memberikan alasan kerana ia lebih menyerlah dan emas kuning juga diibaratkan seperti pelaburan jangka panjang yang menguntungkan berbanding emas putih.
Namun jika kita perhatikan trend hari ini, semakin ramai pasangan yang memilih emas putih sebagai cincin perkahwinan mereka untuk nampak lebih muda dan bergaya.
-petikan UTUSAN MALAYSIA 120809-
Cincin idaman aku tu.Huhuhuhu.Takpelah.Nanti abang belikan untuk kita ye. Takdelah..kita gurau je. Mahal tu...Aku...hebat tak hebat ada dua cincin tunang. Tukang kumpul cincin tunang kot. Yelah...
Yang pertama dia dah takde...Masih aku simpan.Buat kenangan.Aku nak kembalikan pada familynya, tapi mereka cakap sudah menjadi hak milik aku, dan aku berhak ke atas cincin tu.A'ah..5 tahun dah berlalu.Dan lima tahun jugak aku simpan cincin tu.Dua tahun tersarung cantik di jari manis aku.Yelah tanda aku sudah dimiliki seseorang.Tapi orangnya dah takde.Cincin tu masih terletak elok di dalam bekasnya. Memakainya membuat aku teringat pada orgnya dan kenangan antara kami.Ye..Aku nak mulakan hidup baru.
Yang kedua..ni aku terpaksa.Memang cincin white gold yang sgt cantik pada aku.Tapi tak memberi makna apa pun.Ni..aku putus tunang.Yelah.......dah dia buat hal kat aku.Kalau tak buat hal hari tu, aku dah kahwin kot ngan dia.Huhuhuhu Tak dapat aku bayangkan.Dah putus aku nak pulangkan tapi familynya jugak tak nak terima. Aku simpan jelah.Tak pakai pun.Buat apa aku pakai.Buat sakitkan hati je.....
Yang ketiga..........? On the way..Hihihih. Aku tak kisah pun dia nak bagi apa pun. Dapat memiliki dirinya pun aku dah syukur sgt sgt. Yelah...Bukan senang nak buat orang sayang, cinta, kasihkan kita tau. Kasih sayang, perhatian, cinta, kejujuran dia pada aku sudah mencukupi bagi aku.Cukuplah dua pengalaman lepas yang telah banyak mengajar aku.Kali ni aku tak nak kehilangan lagi. Aku akan jaga hubunngan ini baik2x.Bolehkan sayang....?
Si cincin emas
Mengingat perkara yang lepas
Yang telah berlaku
Tak berapa lama dahulu
Cincin mas ku beri padanya
Dengan harapan yang gembira
Agar dia kepunyaan hamba
Tapi sia-sia belaka
Pemberianku tak diterima
Ku tanya mengapa
Dengan perlahan dia berkata
Dia sudah ada yang punya
Cincin mas dikembalikan
Diletak di tapak tangan
Ku pakai dijariku
Untuk kenangan ku



No comments: