"MANUSIA YANG BERHATI SUCI ADALAH MANUSIA YANG BANYAK MENANGIS DARIPADA KETAWA. DIDIKLAH HATI DENGAN KEIHKLASAN DAN KESUCIAN AGAR LIKU-LIKU KEHIDUPAN INI MENJADI LEBIH BERMAKNA DAN MENGIKUTI ARUS PERUBAHAN KEDEWASAAN"
Sunday, May 31, 2009
SEMINGGU SUDAH BERLALU
MR.TUKUN.KHAS BUATMU
Saat itu daku kehilangan
SABAR
Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
Thursday, May 28, 2009
AYAH DAN IBU
Ye…..aku kehilangan dua insan yang paling aku sayang sekaligus. Aku kehilangan ayah aku En.Ismail bin Abdullah pada 25.05.09.Dan pada 26.05.09 ibu aku Puan Rahmah binti Suffian pula mengikut jejaknya.Korang bayangkan.Macam mana perasaan aku. Aku sedih…Aku terasa kehilangan. Sekarang aku akan mengambil tugas ayah dan ibu aku utk menjaga adik adiku.Adilla dan Aina. Ya Allah begitu besar dugaanMu utk hambamu yang lemah ini.Macam mana aku nak laluinya semuanya selepas ini.
Bila melihat wajah adik-adikku aku jadi sedih. Aku risau.Dapat ke aku nak menjaga mereka. Dengan keadaan aku yang tak sihat ini.Ya Allah……..Kuatkanlah hati aku.Tenangkan hati aku.Tabahkanlah hati aku.Aku perlu hidup untuk mereka.Akan aku korbankan segalanya untuk mereka.
Aku rindu pada ibu…ayah…Rindu sgt sgt.Hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasa. Saat indah bersama mereka takkan aku lupakan untuk selamanya. Merekalah yang terbaik yang pernah aku ada.Sekarang hidupku hanya untuk adik- adikku.Adilla...Aina..akakakan jaga korang sebaiknya.Itu janji akak dik.
Monday, May 25, 2009
RUMAH BARUKU
Abang...........ayg ok kat sini.Esok pagi ayg akan masuk bilik pembedahan. Doakan liah ye.Liah risau lah.Kalau berjaya alhamdulillah.Kalau tak..... ayg akan tinggalkan abang.
Sunday, May 24, 2009
BORINGNYA AKU
Ak dah dekat hospital ni.
Dok nunggu doctor. Leh sempat jugaklah aku update blog ku ini.Mungkin kali terakhir untuk satu jangkamasa yang aku pun tak tau berapa lama.
Aku ni rindu sgt sebenarnya kat dia.Rindu sgt..sgt.Kalau leh nak call dia.Tapi yg pastinya hp nya mesto off .Takpe.Liah faham.
Takutnya aku..Mintak mintaklah ok semuanya.Insyaallah.
Aku kat café ni.Nak mkn tak selera dah.Tak tau dah nak mkn apa.
Klah Korang,Doakan aku ye.
TENTANG RINDU
tiada habisnya
tiada noktahnya
tiada penghujungnya
tiada penamatnya
cerita tentang rindu
hanya empunya diri yang tahu
walau berkongsi rasa hati
belum tentu serasi
aku..kau..dia dan mereka
siapa saja..miskin kaya
tua muda...kecil besar
pasti bercerita tentang rindu
rindu yang bergelora
rindu seorang teman
rindu seorang anak
rindu seorang ibu
rindu seorang ayah
walau siapa pun ia
rindu tetap membelengu
rindu satu naluri
yang tak mampu dibohongi
rindu satu anugerah
untuk insan yang bertuah..jangan dikesali
jika rindu tak berpihak pada diri
walau cepat walau lambat
rindu tetap menambat
walau tiada di mata
ia abadi di jiwa
rindu jangan disimpan
perlu diluahkan
kelak merana badan
bila hajat tak kesampaian
HARI NI AKU......
Wednesday, May 20, 2009
JAUHNYA AKU
Tunang aku sudah betul2x menghina aku dan keluarga. Aku dah mintak putus tunang. Aku harap ibu dan ayah aku paham apa sebenarnya yang berlaku. Aku semalam memang dah kusut sgt.Aku pack baju..aku kuar.Aku tak tau ke mana dah arah tujuan aku. Lastnya aku menuju ke utara. Aku rehat sekejap kat hentian sungai buluh.Jam 4 aku teruskan perjalanan ke ..entahlah aku pun tak tau ke mana dah.Last-last aku smapai kat Taiping.Ya.Allah…aku dah dekat sgt dengan dia.
Thanks zana sebab sudi terima aku awal-awal pagi buta ni..Tak terpikir aku leh sampai sejauh ni.Kak idah kalau baca blog ni.. lia selamat kak idah.Bagi tahu mak dan ayah lia ye.Lia nak dekat ngan dia.Jumpa tu tak mungkin.Lia takut kak ida. Kak ida.Thanks faham keadaan adik akak ni.
YUHUUUU
Tuesday, May 19, 2009
RINDU
10
Apa ada pada nombor 10? Monday, May 18, 2009
13 TANDA ANDA TELAH JATUH CINTA

2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
SELING SELINGAN




HORRAYY
Kelantan apa yang best ye.Aku kat Malaysa kelantan je aku tak pernah pergi.
Boringnya aku hari ni.Nasib baik Mr.Tukun call aku tadi. Hilang rindu..Yelah 3 hari dah tak dengar suara.Aku paham . Kerja dah settle dah.Aku dok hooray hooraylah ni.Akak kat depan ni dok citer mcm2x masalah pompuan kat aku. Pasal jaga badanlah, jaga luar dalamlah.Yelah..sebagai pompuan kita kena jaga tu semua. Walaupun aku tak kawin lagi tapi banyak dah aku belajar dgn akak akak ni.
Petang ni nak makan apa ye.Tak taudah nak makan /masak apa.Aku kat umah sesorang hari ni.Housemate aku sorang g Sabah sorang g Pahang. Yelah.Esok aku lak g Kelantan. Kla.takde mood sgt nak hapdet. Tunggulah aku ada mood.
Sunday, May 17, 2009
KU BERSERAH
Aku sebenarnya semakin benci+meluat dengan tunang aku tu. Takde langsung rasa kasih padanya. Mak sham Tanya aku nak langsung cepat ke lambat.Aku jawab biarlah kami kenal hati budi masing-masing dulu. Yelah terlalu awal kan.Aku kalau leh nak buat bagi tak jadi terus.Aku tak dapat bayangkan dia yang akan jadi suami aku nanti. Dah dibincang majlis kami akan langsung hujung tahun depan .Tak november/disember..Alhamdulillah.Lama lagi tu.Pelik kan aku.Org lain kawin seronok.Aku lak tak suka. Kalau korang di tempat aku korang akan faham..
Memang ///masa dekat Johor tu hari aku memang kalau leh nak rapat ngan dia.Nak kenal betul betul dengan dia. Mr.Tukun aku pun nasihatkan macam tu jugak.Baikkan MR.Tjkun aku tu.Banyak benda yang dia ajar kat aku.Tapi…….tunang aku tu buat hal pulak ngan aku. Lagi meyampah aku ngan dia ni. Tak boleh nak buat baiklah dia tu.
Aku tak taulah nasib aku nanti. Kalau kahwin ngan dia mcm mana.Tak kahwin mcm mana.,Ku berserah……..
Ku berserah
KEBERSIHAN MAKANAN


Ø Mengelakkan keracunan makanan
Ø Kesedaran perlu untuk menghasilkan makanan yang selamat
Ø Mengurangkan risiko menghasilkan makanan yang tercemar
Ø Mengelakkan infestasi haiwan perosak
Ø Menarik perhatian pelanggan
Ø Mengelakkan keracunan makanan
Ø Mengelakkan kerugian syarikat
Ø Mengelakkan kehilangan pelanggan dan keuntungan
Ø Mengelakkan pengeluaran dan keefisienan pekerja yang rendah
Ø ‘Kotornya sudu dan garfu ni!’
Ø ‘Eh! Cawan ini ada kesan lipstik.’
Ø ‘Nasi ni ada rambutlah…’
Ø ‘Kotornya restoran ini!’
APAKAH KERACUNAN MAKANAN?
Ia berlaku apabila memakan makanan yang tercemar. Simptom keracunan makanan :
Ø sakit perut
Ø cirit-birit
Ø muntah-muntah
Ø loya
Ø demam
Keracunan makanan disebabkan oleh :
Ø bahan kimia dan logam
Ø bakteria dan miokroorganisma lain
Ø tumbuhan yang beracun
A. MANUSIA
Ø Telinga, hidung mengandungi bakteria
Ø Batuk dan bersin boleh menyebarkan penyakit
Ø Tangan (terutama di bawah kuku) mengandungi bakteria
Ø Rambut-kelemumur dan bakteria yang jatuh dari kepala
Ø Kerengsaan atau luka pada kulit yang disebabkan oleh bakteria
Ø Tidak mencuci tangan selepas keluar dari tandas
Udara akan membawa bakteria yang akan mencemari makanan yang tidak bertutup
C. MAKANAN MENTAH
Ø Daging mentah dan jus daging
Ø Salmonella yang terdapat pada ayam mentah
Ø Sayur-sayuran yang mempunyai bakteria dari tanah
Ø Ikan mentah yang telah busuk
Ø Kerang dan makanan laut lain yang diambil berdekatan dengan air yang tercemar
Ø Haiwan peliharaan seperti ayam, kucing dan anjingHaiwan perosak seperti tikus, lipas, kumbang dan lalat
C. SAMPAH
Ø Sampah dari dapur yang mengandungi makanan yang telah rosak
Ø Sampah yang dibiarkan terbuka yang menarik lalat
D. KOTORAN DAN HABUK
Ø Kotoran dari tanah, kulit mati dan partikel kecil yang lain yang melekat pada kasut, lantai dan sabagainya
E. AIR
Ø Air yang kotor dan bermendakan
MAKANAN
1. Dapatkan bahan mentah dari sumber yang dijamin kebersihannya
2. Mengelakkan kontaminasi dengan :
Ø Menutup makanan
Ø Meminimumkan persentuhan dengan makanan
Ø Memastikan makanan mentah dan yang dimasak diasingkan
Ø Membuang sampah dengan sempurna
Ø Mengelakkan haiwan peliharaan dan perosak dari persekitaran kerja
Ø Memastikan tempat persekitaran kerja dan pekerja sentiasa bersih
Ø Mengutamakan sifat-sifat kerja yang baik dan bersih
3. Mengelakkan pertumbuhan bakteria dengan :
Ø Menggunakan hanya sekali sahaja peralatan memasak dan kemudian dibasuh dengan
Ø Basuh dan keringkan permukaan yang sering digunakan semasa bekerja
Ø Gunakan kain pengelap yang pakai-buangGunakan peralatan yang berbeza untuk makanan yang mentah dan yang telah
1. Makanan disediakan lama sebelum masa penyajiannya
2. Makanan disejukkan dalam masa yang lambat
3. Makanan yang dipanaskan semula tidak cukup panas
4. Pelanggan makan makanan yang telah dicemari oleh bakteria penyebab keracunan makanan
5. Makanan tidak dimasak dengan betul
6. Ayam tidak dicairkan secukupnya
7. Makanan yang telah dimasak terkontaminasi silang oleh makanan yang mentah
8. Makanan panas disimpan pada suhu yang kurang daripada 63°C
9. Pengendali makanan menyebabkan kontaminasi makanan
10. Makanan yang berlebihan digunakan semula dalam masakan
KESAN & AKIBAT MEROKOK


PERBOHONGAN VS PENIPUAN

MY WEEKEND
Thursday, May 14, 2009
5 TIPS DALAM BERPASANGAN
MERAJUK???
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
CEMBURU
DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih
sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang
dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud
dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik
kandungnya.
Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan
terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang
berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa
cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.
Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa
mesti kita merasa cemburu terhadapnya.
Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar
untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’
seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan
jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang
lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu
buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah
rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya
boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah
dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang
positif dan cemburu yang negatif.
Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya
dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini
sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun
wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya
ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya
dikawal.
Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak
klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan
itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang
berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.
Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan
pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa
yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh
pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan
pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin
sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila
dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah
bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana
untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.
dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap
soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada
terus menyemarakkan kemarahannya.
Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah
pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan
perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah
sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa
sentiasa disayangi dan dihargai.
4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan
cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra
atau bergurau senda dengan orang lain.
5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah
berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa
cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan
keadaan.
‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait
lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan
cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.
Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus
mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan
sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah
rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi
diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang
isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini
diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri
yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan
sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan
layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.
Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat
antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada
pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan
sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak
sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil
‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas
dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa
hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya?
Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma
kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN
DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!
Wednesday, May 13, 2009
PAGIKU DI JB
Malam tadi bergayt dangan Mr.Tukun aku dekat nak sejam.Sonoknya dapat dengar suara dia.Makin angau dah aku.Abg…luv u bang. Tunang aku ajak kuar malam tadi.Malaslah.Malam-malam sgt nak kuar. Lagipun tak biasa keluar ngan dia..Rasa tak sanggup nak keluar berdua ngan dia. Boleh dari KL-Tangkak boleh senyap je dalam kereta.Dah dia bukak mulut dok nyindir aku je. Aku senyap jelah.Tapi hati aku ni, Tuhan je tau .Rasa nak nagis tang tu jugak aku.
Pagi tadi awal pagi dia dah terpacak depan rumah pakcik aku.Dia takut aku naik teksi lagi.Yelah tu nak buat baiklah tu. Dalam kereta dia dok pujuk aku.Hahahahahha.Aku ni merajuk ke?Hallo………..aku ni akit hati kat kau.Ko tau tak ha…..?
Tunang aku: Maaflah lia.Bukan nak sindir awak ke nak sakitkan hati awak semalam.Saya tak biasalah pompuan
cm awak..Saya rasa lainlah.Lian sgt ngan pompuan yg bersama saya sebelum ni.
ALOOOOOOOOOOO.AKU NI MAHKHLUK ASING KE?
Aku: Tak kisah..Dah biasa kena mcm ni.
Tunang aku:: Kita kahwin cepat nak? Saya tak nak org lain dapat awak..Saya betul2 dah syg kat awak ni.Setiap
masa ingat awak je tau.
Haaaaaaa…..tidak.Aku tak nak kawin dulu.MR.Tukun tolong aku.Dialog apakah ini.Awal pagi dan menyerabutkan aku ni.
Aku senyap je..Aku tak nak komen apa2x.Tak nak jawab apa2x.Kang hilang mood aku pagi.ni.Aku buat tak tau je. Ni dekat Taman Pelangi..Makan bubur.Sedaplah bubur kat sini. Lain kali datang leh pergi lagi. Eeeeeeeee.bencinya.Dia dok tengok aku macam tak pernah tengok org. je.
Abang…rindulah kat awak. .Rindu sgt2x ni……
ON THE WAYKE JB
Tunang aku ni ok.Tapi ada sebab lain yang aku susah nak terima dia.Mr.Tukun aku tahu kenapa.Susahlah macam ni. Dia tunang aku.Aku akan kahwin dgn dia.Tapi perasaan cinta, syg, sukakan dia takde lagi.Perasaan aku lebih kuat pada Mr.Tukun aku tu. Entahlah.Macam mana aku nak paksa hati ini ye.Aku akan cuba.
Ye..memang aku tersepit, Perjanjian ibu ayah kami dan keinginan aku sendiri. Ye.aku sayangkan MR.Tukun aku sgt2x..Tapi entahlah.Cinta dan kasih sayangku hanya padanya. Tunang aku?Aku akan cuba sygkan dirinya.Andai memang jodoh aku ngan tunang aku, aku terima walaupun dihati ini hanya ada Mr.Tukun aku tu. Kalau leh aku nak dia jadi kwn aku utk selamnya. Ada org utk aku luahkan segalanya.Ye…dia adalah pendengar yang baik.Sahabat yang amat memahami.Suka membuat aku ketawa Ya Allah..bantulah hambaMu yang lamah ini.
Tuesday, May 12, 2009
MOOD
Dah bangun pagi tadi , baru teringat, baju ngan tudong tak iron lagi. Kelam kabut aku.Aduh…tak sukanya aku kerja kelam kabut mcm ni.Selalunya malam dah ready dah aku iron baju, tudung semua.. Tap malam tadi makcik ajak g JUSCO.Bawaklah dia sekeluarga. Aku htr mereka dah tu ada g settle semua hutang piutang aku.Yelah ad rezeki sikit, aku bayar je hutang bagi awal habis.Ahakkksss.
Hari ni, datang tadi pun dah banyak fail atas mjea. Yang nak kena sign , nak kena semak. Lagi serabutlah aku pagi ni.Budak2x dua org tu, bos lak suruh buat paper utk apa ntah.Aku pun tak tau. Lantaklah. Janji tak kacau aku. Takde mood betul2xlah.Poning den nengok fal2x ni.
Arghhhhhhh . Adui. Kembaliknalha mood aku.Aku nka buat kerja ni.Tak nak main2x ni.Kerja aku banyak.Nak kena settle hari ni. Esok aku kena outstation. G Johor.Hari Jumaat baru balik. Pergi 3 org.Ngan budak2x baru tulah.
Klah. Nantilah aku update lain.Aku boring ni…..
Monday, May 11, 2009
CERITA......
Tunang tepon bawak kuar makan pun aku tak nak,.huhuhuhu.bodoh jugak aku ye.Padal lapar gila ni.Nasib baik ada roti cap ping pong kat kabinet aku.Rakan yang paling baik sewaktu aku kelaparan.Ahakksss.
Malaslah kuar ngan dia berdua.Kang terjatuh hati lak kat dia. Orgnya hendsome idaman semelaya.Ye ke. …Akulah nampak dia tu hendsome.Tapi boleh aku tak suka ngan dia. Betul ke tidak aku ni.
Aku sebenanrnya dah gila dah angau ngan MR.TUKUN aku tu. Dia dah mandrem aku ke ni.Taklah.Dia pun dah macam aku jugak. Eloklah tu.Dua dua angau dua-dua gila.
Baik kahwin kan je.Hahahahaha.Aku nak ..aku nak. Lagi cepat lagi bagus. Tapi boleh ke? MR .Tukun.Rindunya kat awak.Datanglah cini. Saya rindu sangat kat awak tau.Syg awak.
MERAPU IKAN KERAPU ahakksss
Tak taulah teman nak kabar.Dah ati teman org tu curi dah.Naperlah dia tak pinang aku cepat2x.Kalau tak aku dah jadi tunang dia.Mesti seronok kan waktu tu. Gambar2x tunang pun letak kat blog ni sampai korang nyampah tengok..Tapi gambar tunang aku yg ni aku tak tengok pun.Entahlah.Aku tau muka aku teruk sgt time tu.Dah lah aku sakit.Mata bengkak je bawak nangis. Lebam jangan cakaplah.Pucat lagi. Malulah nak tengok gmbar tunang aku tu. Kahwin nanti rasnya lagi teruk tu. Huhuhuhu
Tapi yang ni….aku tak suka dia.Macam mana nak bagi aku suka kat dia. Aku cuba nak sayang dia..tapi tak bolehlah. En,Tukun jugak di hati aku.Ahaks…ayg syg abang.
Berbalik kat W44 yang baru lapor diri t.Bos aku tempatkan dia sebilik ngan aku.Halloo…….ni bilik aku.Aku tak naklah share ngan org lain.Takde privasilah aku. Taulah aku ni smabil buat kerja merewang ke lain jugak. Tapi bos admin cakap, bilik takde dah.Jadi bilik aku yang besar kita share jelah.Boleh ye cik ya. Dah macam tu aku boleh jelah. Aku dok kat belakng sekali.Tengah2x antara mereka berdua,That means aku leh sekodeng apa yang meraka buat.Apa aku buat lak mereka tak boleh tengok.Yahooooo.Merdeka aku.
Sesekali tengok aku dah macam supervisor utk mereka. Hahahahahahha
Mereka Tanya macam2x kat aku.Org mana, asal mana, dha kahwin ke. Haaa…pasal ni aku cakap aku dah kawin.Anak dua lak tu.Laki aku selalu outstation..Huhuhuhu.BIAR BETUL…Aku anak dara lagilah. Single and not available. Hahahaha.Hati ni dah menjadi milik MR.Tukun.
Klah.Banyak dah aku melalut ni.Kerja buatlah weiiii.Korang pun dok baca blog aku ni tak buat kerja ke hah..aku report bos korang kang.
AKU DAN PITAMKU
Pasal percutian tadi..dah pikir2x , TIOMAN...tunggu lia k. Tarikh pergi biarlah menjadi rahsia aku. Dah booking hotel , semua dah booking.Cuti lak dah isi HRMIS tunggu kelulusan big boss aku. Takpelah pergi sorang2x. Lagi seronok kot.Aku nak tenangkan hati aku yang tak tenang ni.
Tadi tunang aku datang ngan family dia.Nak melawat aku yang sentiasa sakit ni kot. Mak dia dok tanya aku.Nak tetapkan tarikh kahwin. Samaada mengikut tarikh waktu kami tunang atau nak tunda.Aku nak tunda 6 bulan lagi.Biarlah hujung tahun ni aku kahwin.Kalau nak ikut tarikh waktu tunang awal Jun ni. Tidakkkkkkkkk. Aku tak sedia lagi..Banyak lagi tanggungjawab aku yang aku tak laksanakan lagi.Kalu leh postpone lagi aku nak postpone. Kalau leh biarlah tunang aku tu fedup ngan aku. Biar dia carik pompuan lain.Jahat kan aku.? Tak bolehlahh.Hati aku kat org lain. Kalau leh aku nak kawin ngan org yg aku sayang tu.
ARGH........Rindunya katd ia.Rindu ngan suaranya, orgnya.Gila bayang betullah aku.Dok asyik teringat dia je.Betullah kata pepatah.CINTA ITU BUTA.aku memang dah buta pun.Yelah ,,,cinta, kasih sayang tak boleh di paksa.Dia hadir sendiri.Aku tak boleh buang perasaan itu.
ABANG...AYG RINDU SANGAT KAT ABANG. RINDU SANGAT-SANGAT
KISAH AKU
Sunday, May 10, 2009
KISAH ADIK AKU
Aku sebenarnya tak kisah adik aku tunang ke kahwin.Tapi.aku ni tak lepas2x lagi.huhuhuhu.Bagi aku kahwin dulu.Aku tunang je dah.Tapi tak macam bertunang pun.Huhuhuu. Adilla..pikir baik2x lah.Akak sayang korang berdua ni. Tak nak lah korang susah kemudian hari.
Apa -apa pun tunggu mak ayah kita balik dulu.Ok? ke Dah tak sabar dah..Sabarlah wei.........
KERJA BARU TEMPAT LAMA
HARI ISNIN DAH NI
To abang.Thanks for everything. Lia eally2x apperciate it sayang.
KENALI MAKSUD DISEBALIK WARNA KESUKAAN ANDA
BIRU
MELAMBANGKAN KEJUJURAN DAN KEMULIAAN(ni aku ni)
MELAMBANGKAN PERASAAN DAN EMOSI SEORANG LELAKI
BIRU MUDA
DIKAITKAN DENGAN PERASAAN KASIH DAN SAYANG
MELAMBANGKAN KELEMBUTAN HATI SEORANG PEREMPUAN
(ni betul2x aku) chehwahhhhh
BIRU TUA
MELAMBANGKAN RAJIN DAN BERDEDIKASI (ni aku ni)
WARNA INI DIGUNAKAN SEBAGAI WARNA KORPORAT
BIRU TURQUOIS
MELAMBANGKAN WARNA KEHENDAK PERTUMBUHAN SPIRITUAL DAN
KETEGANGAN
MERUPAKAN WARNA YANG PALING SESUAI UNTUK MEMBUAT
SEBARANG KEPUTUSAN YANG PENTING
CONTOHNYA: WARNA INI SERING DIGUNAKAN OLEH AKAUNTAN
TURUT MELAMBANGKAN KESEDIHAN



