Pelbagai anugerah diberikan tuhan dalam semua bentuk dan keadaan. Samada kita sedari atau tidak, kita akan menerimanya. Apa yang perlu hanyalah kesyukuran dan keterbukaan minda. Tetapi sudah menjadi fitrah manusia yang selalunya lebih memandang kepada anugerah yang baik dan mempunyai seribu kenikmatan. Akibatnya manusia lalai dan dihanyutkan oleh anugerah tersebut. Lebih memudaratka lagi hanyut ke dalam lembah yang hina dan dilaknati Allah. Manusia ini lupa bahawa anugerah tuhan itu merupakan pinjaman sementara serta ujian terhadap dirinya. Manusia lupa bahawa anugerah tersebut boleh diambil pada bila-bila masa dan ketika. Cuma maha suci tuhan tidak bersifat seperti manusia. Tidak berdendam, kecil hati dan sebagainya. Sedarlah.Sementara itu anugerah yang lebih bersifat menguji keimanan manusia seperti bencana, penyakit, dan sebagainya tetap juga Allah laksanakan. Juga fitrah manusia, ada yang sadar dan malah yang menyalahkan pelbagai kemungkinan. Sedarlah bahawa anugerah ini diberikan kepada manusia terpilih. Ini kerana Allah maha mengetahui segalanya. Ketentuan takdir juga ditangannya. Siapalah kita untuk mengetahui semuanya itu selain kehendaknya.
Ketabahan diri beserta keimanan yang teguh amat diperlukan dalam menghadapi setiap dugaan daripadaNya. Kita harus menghadapinya dengan tenang dan penuh keinsafan kepadaNya. Kita tidak dapat mengetahui akan fadhilat dan rahmat di sebalik semua dugaanNya itu
Bertawakkallah kepadaNya kerana segalanya adalah atas kehendajNya juga.
aku baca artikel dekat blog kakikretiff .Blog baru lagi.Tapi oklah.Penulisan yang kreatiff.Tak macam aku merapu yang banyak.Banyak menulis tentang kehidupan.Tuan punya blog, lia pinjam artikel ni ok.
No comments:
Post a Comment