Friday, October 30, 2009

RED N WHITE

Pernah aku impikan menjadi theme colour wedding aku. Yelah suka berangan,satu apa pun tak jadi. Ye...aku pernah berasa begitu yakin yang dia akan jadi suamiku.Begitu hebat impian aku kan. Aku juga pernah berangan kalau kahwin ngan dia aku buat majlis simple je. Majlis akad nikah je.Tapi dikelilingi ros merah dan putih. Nak bawa dia ambik gambar studio. Biar semua pompuan.Aku nak pakai wedding gown yang seksi mcm kat bawah ni.Cantik kan...Biar jadi simpanan peribadi kami.Ahhhhhhhhhh.kenangan je tu,Takkan jadi kenyataan dah. Angan angan. Sian kan kat aku, Dan kenyataan sebenarnya aku dah kawin . Semuanya org sediakana. Aku hanya serahkan tubuh badan untuk didandan secantik mungkin.Ye...semua ckp aku cantik time tu.Ye ke?Entah..Gambar kawin pun aku tak tengok lagi. Teruk kan aku. Laki aku.....ntah....tak paham aku.




Ku Pendam Sebuah Duka

Ku Pendam Sebuah Duka: "Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan..."




SYUKUR KEPADA NYA

Alhamdulillah , aina semakin pulih.Aku gembira dengan perkembangan ini. Aku? entahlah. Tak tau aku nak g tau macam mana.Untung batu tenggelam.Untung sabut timbul. Tak taulah nak kata apa. Dah 2 hari kat hospital suami langsung tak menunjukkan batang hidungnya.Jangan kata batang hidung, bayang nya pun tak nampak. Kalau dia tak kisahkan aku takpelah.Tapi Ainna...sekurangnya tunjuklah awak tu abang ipar pada ainna.INi tak....mcm takde isteri je dah. Nasib aku.Balasan utk aku agaknya dapat suami seperti itu.

Klah.nanti sambung lagi.Aku nak beli nasi ayam untuk aina.teringin pulak dia tu, K.sayang awak semua.Syg sgt sgt.



Thursday, October 29, 2009

IKHLAS DARI HATI

Terima kasih kepada kawan kawan yang dok emel yang bersimpati dekat ALIAH.Bukan smpati yang LIAH minta.Cuma blog ni je cara liah nak meluah rasa.Liah dah tak tau dah nak meluahkan nya pada siapa.

Ainna....alhamdulillah...sudah menunjukkan perkembangan yang positif. Mampu tersenyum apabila memandang aku.Geli hati melihat kepalaku yang sama berbaluit mcm dirinya. Hahahah.Accident dekat rumah. Perang dunia dah berlaku. Entahlah....Apa apa yang berlaku sekarang hidup mesti diteruskan. Aku tak nak toleh ke belakang lagi.

Suamiku...itu aku tak tau.Aku ikutkan takdir aku.Aku cuma mampu berdoa agar dia berubah dan lebih bertanggungjawab pada rumah tangga kami. Kalau sudah ditakdirkan tiada jodoh antara kami lagi...ye...aku terima kalau sudah ditakdirkan begitu. Sapa yang nak begitu kan?Tapi bila sudah tiada keserasian, tiada sifat tolak ansur, tiada kasih sayang mcm mana nak melayari rumah tangga tersebut.

Sepatutnya aku pergi menunaikan rukun kelima pada awal November ini....tapi dgn keadaan ainna, aku sendiri....rasanya aku mintak tangguhlah ke tahun depan. Aku pun tak tau kenapa ada je halangan untuk aku ke sana.Ini sudah kali ke 2 dah. Mungkin bukan rezeki aku kot.

Abang Zuber...

Kenapa tutup blog abang.Bukalah. Banyak kata kata semangat kat situ yang boleh Liah baca. Kita rindu awak sgt sgt.Rindu dekat suara awak, gurauan awak, usikan awak pada kita,pujukan awak, kemarahan awak, bebelan awak. Tapi kita sedar status kita. Cuma kenangan jelah yang mampu buat kita tersenyum.Terima kasih kerana masih menghubungi Idah, Adila.Dari situ juga kita dapat tahu pasal awak. Terima kasih.Kita hargainya sangat.Kenapa awak baik sangat. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas emel awak.Kita hargainya abang.Dan kita sentiasa menunggu emel dari abang. Really MISS U.



Wednesday, October 28, 2009

AINNA NUR

Hari ni hujan lebat sangat.Selebatnya mengalir air mata ini. Aku terbaca sms ADILA ngan ABANG. Betapa mereka sayangkan aku. Entahlah..Kasih sayang merekalah yang membuatkan aku terus hidup hari ini. Aina masih sperti sebelumnya. Adui....berat benar dugaan ini. Sebagai kakak aku rasa telah gagal menjaga adikku yang bungsu ini. Sedih betul rasa hati melihat dia terlantar begitu.Tanpa kenal aku dan ila kakaknya. Sentuhan aku pada dirinya aku harap dia mengingati semuanya. Mengingati kenangan indah kami bersama.Saat gembira kami sekeluarga. Saat suka kami bergurau senda. Aah...bersama mak ayah.Kenangan yang pasti membuat aku tersenyum sendiri bila mengingatinya, Aina...sembuhlah dik. Akak rindukan gurauan adik,kemanjaan adik, ketawa adik, senyuman adik, ciuman adik pada akak.
AINA...19 tahun umurnya.Lahir pada 3 Januari 1990 mengikut surat beranaknya.Anak yang sangat manja.Manja sangat sangat. Suka sangat makan nasi tomato...Dulu maklah yang suka masak nasi tomato kegemarannya itu.Sekarang aku pulak yang kena masak.Kalau dah makan tak toleh kiri kanan tu. Sampai licin bau angkat kepala.Suka nengok dia makan.
Apa aku beli dia jugak nak beli.Tak kisahlah.Budak2x. Sporty budaknya. Suka bergurau.Suka buat lawak.Kalau dah buat salah ...datang dia kepadaku dengan muka seposen, peluk aku, cium aku." kak...adik mintak maaf, adik dah buat......" mcm mcmlah dia buat.Dah dia buat begitu marah pun tak jadi marah.Pandai tul dia bodek akaknya ini.
Suka sangat ambik gambar aku ngan ila. Kalau tak bergmabr bertiga. Macam macam posing. Hehehehe.Tengok gambar raya lepas boleh buat aku tergelak sendiri.Bergambar kat studio leh buat posing gila gila. Dah tu mcm boria lak.Pakai baju sama ngan tudung pun sama.Pinky Girl.Hahaha.Peduli apa kami.Pink terang lak tu.
Tapi tengok dia sekarang,aku hanya mampu menangis.Aku sedih sangat.Aku sunyi. Ya Allah...sembuhkanlah Ainna.




Tuesday, October 27, 2009

DUGAAN KAH INI?

Salam.
Aku tak tahu mcm mana aku boleh sekuat ini.Macam mana aku boleh hidup lagi di muka bumi Allah ini. Aliah Nur Syham binti Abdullah. Wanita berusia 28 tahun. Memang sepatutnya sudah punya keluarga sendiri.Memang impian aku dari dulu.Punyai suami yang sayangkan aku, anak anak yang comel. Alangkah indahnya. Aku harap impianku dapat aku realisasikan bersama suami yang aku nikahi 2 minggu lepas. Tapi segalanya musnah hari ini. Suamiku kahwin untuk kali kedua dalam masa 2 minggu.
Aku dah dimadukan dlm masa yang singkat. Isteri mana yang sanggup berkongsi kasih dlm masa sesingkat ini?Aku dah tak boleh berkata apa.Aku terima segala ketentuanNya pada hambanya yang lemah ini. Alhamdulillah ibu mertuaku paham akan hati menantunya ini. Aku tak kisah kalau betul caranya.Tapi ianya datang dengan mengejut. Disaat aku risau akan keadaan Aina....kenapa semuanya harus datang pada aku.Kenapa.....
Dan baru tadi suamiku call cakap nak bawak isteri dia dok kat umah aku sekarang.Alasannya dapat tengok aku, maaknya dan isterinya yang tgh mengandung ada teman. Aku tak tau nak kata apa dah. Bolehkah aku dok serumah ngan madu aku. Dekat umah aku.Umah yang aku beli ngan titik peluh aku sendiri. Sapa sapa yang tidak suka dengan aku akan bertepuk tanganlah melihat apa yang berlaku pada aku.
Sanggup suami aku buat aku begitu. Kalau dia dah ada org lain kenapa snaggup nak kahwin dgn aku. Apa salah aku sampai semuanya berlaku pada aku. Aku jaga hati semua org. Aku nak puaskan hati semua org.Aku nak gembirakan semua orang. Malangkan aku.
Kalau arwah mak ada, takkan semua ini berlaku pada aku. Ada seorang ibu yang boleh aku peluk untuk menangis semahunya. Kini aku sorang sorang.Aku rasa beban yang aku tanggung ni dah tak mampu aku pikul.Aku dah lemah..selemah lemahnya. Hanya air mata peneman setia. Aku rasa dah takde air mata dah utk aku kuarkan. Semalam semalaman aku tak tido.Risau akan aina.Dok pikir suami kawin lain.
Sekarang, maduku dah ada kat umah aku.Umah aku............ Jahat betul suami aku.Sanggup dia buat begini dekat aku.Apa salah aku kat dia. Dahlah dia lukakan hati aku. Kini hati aku dah dicarik cariknya. Aku tak tau dah.Tak kisahlah. Yang penting sekarang adik adik aku. Merekalah segalanya...Ya Allah kembalikan Aina yang dulu pada hambamu ini.Aina yang menceriakan hidup aku,Aina yang selalu buat mulut aku bising, Aina yang selalu membuat aku tersenyum, Aina yang selalu membuat aku ketawa suka, Janganlah ambik dia.Cukuplah aku kehilangan arwah mak dan ayah.Aku kehilangan abang zuber. Aku dah tak layak utk kasih sygnya.Dia terlalu baik.Walaupun disakiti hatinya, dikecewakan dirinya dia masih bersama duka ku ini.Aku tak nak susahkan dia lagi.Cukuplah segalanya dulu.Biarlah aku sorang meneruskan semua ini.
ALIAH NUR SYHAN.INDAH NAMANYA.KETINGGIAN CAHAYA.Tapi kisah hidupnya....banyak duka dari suka, banyak sedih dari gembira, banyak air mata dari ketawa.Akan aku teruskan hidup ini demi ADILA NUR SYHAM dan AINNA NUR SYHAM.Biarlah aku sendiri.Tapi tetap bersama mereka.Biarlah aku bawa hati duka ini. Segalanya utk mereka.



Monday, October 26, 2009

TANGISAN DALAM KERINDUAN

suara hati mengapa sering berkata
sering mengucapkan kekecewaan
tiada lagikah ruang kebahagiaan
di sudut yang sepi itu

kini,
kekecewaan menjelma lagi
memaparkan kesepian
memanggil kesedihan
tiada lagi deraian air mata
jemu...

apa ertinya kasih
apa ertinya sayang
apa ertinya cinta
andai kesepian dan kesedihan tak mampu di bendung

tiada guna aku merindu
tiada maknanya aku menyinta
andai hanya aku yang bersungguh sedangkan dirimu
tak pernah nak menghargai
apakah salah dan silapku sehingga aku kau lakukan begini
segala pengorbanan ku tak kau pendang walau dengan sebelah mata
terlalu hina kah aku kini
mengapa dulu tak kau sedari
mengapa dulu tak kau menilai
kini setelah segalanya aku curahkan
aku kau sisihkan
sampainya hati mu

untuk apa diteruskan
andai tiada kemesraan
hanya aku yang bersungguh
hanya aku yang mengharap
sedangkan engkau... ...
biarlah...
biarlah aku yang menanggung segalanya
angin sampaikan salam kerinduan ku pada kemesraan
pada masa lalu... ...
kini aku hanya mampu menangis... meratapi..kekecewaan ini
sesungguhnya aku masih rindu pada mu... ."




BISIKAN HATIKU

Bisikan Hati
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati
Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang di mana gerangan
Tiada berita kudapati
Hanya ingatanku di masa yang lalu
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun ku kini telah mungkir janji
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun ku kini telah mungkir janji
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupon ku kini telah mungkir janji



SATU...SATU.........

Aku tak taulah...betapa malangnya nasibku ini.Lepas astu satu masalah yang hadir dalam hidupku.Bilakah kebahagian ada untukkku.Entahlah...Aina kemalangan.Cedera parah jugak. Kepalanya teruk. Adui...Dha tak kenal org dah. Aku sebagai kakak sudah gagal menjaga adik adikku. Aku dah tak tau nak mengadu pada siapa.Terima kasih bang kerana sudi mendengar luahan hati ini.



Saturday, October 24, 2009

Salam Semua

Assalammualaikum semua.
Apa kabar?Liah harap semuanya sihat sejahtera hendaknya.Bagi Liah di sini alhamdulillah. Liah cuba nak lupakan semuanya yang berlaku pada diri ini. Alhamdulillah suami amat memahami tentang kisah silam liah. Dia juga memahami rasa hati ini.Kerinduan di hati ini. Keikhlasan, kesungguhan di hatinya sikit sikit telah mengusik hati ini. Memang payah untuk aku melupakan kenangan cinta aku bersama si dia. Suami juga tahu akan hal itu.Terima kasih bang.
Aku rasa tidak adil untuk aku memperlakukan dia sedemikian.Dia telah terima diri ini seadanya. Dan aku harus terima dia seikhlas dan sepenuh hati aku. Ye...memang susah untuk aku melupakan si dia. Aku harus cuba. Cuba dan terus mencuba.
Sekarang aku berada jauh dari bumi Malaysia. Abang membawa aku ke kepulauan yang memang aku teringin sgt nak pergi. Cantik sungguh tempat ini. Ada rezeki nanti ingin aku membawa adik adik ke sini. Terasa tenang dan nyaman di sini.Kalau dekat mau tiap tiap minggu aku kesini. Selasa ni baru aku balik.Nak prepare kesatu lagi tempat yang aku sudah lama ingin menjejakkan kai.Kali ni pemergianku akan bersama adik adik kesayanganku. Abang....abang jgn risau....hubungan adik2x dan ayang semakin erat bang.Mereka lebih memahami diri ayang. Tapi mereka tetap rindukan abang sebagaimana kakaknya ini. Doakan kami ye bang.
Abang...mungkin ayag dah tak boleh mcm dulu lagi bersama abang. Tapi adik adik tetap perlukan abang.Terimalah mereka seperti dullu bang.Abang lebih memahami mereka.



SEMINGGU SUDAH BERLALU

Seminggu dah aku mnejadi isteri kepada Mohd Kharizul.
Entahlah....apa yang aku rasa pun aku tak tau.
Cuma aku akan menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri aku sebaiknya.
Akan aku jaga rumah tangga aku elok elok.
Itu pesan dia pada aku.
Akan aku ingat.
Tak pernah dia ngajar aku untuk berbuat jahat.
Itulah kelebihannya.
Itulah kebaikkannya.
Yang aku takkan jumpa pada lelaki lain.
Ye...aku rindu...aku tercari cari.
Aku juga tahu dia begitu.
Maafkan ayang.



Monday, October 19, 2009

KERINDUAN

Mungkin kalau org tidak tahu akan menyalahkan diri ini. Aku tak menyalahkan mereka atas apa yang terjadi.Aku dah tak mampu. Aku dah tak larat untuk menanggung semuanya.Kesakitan, kepedihan secara zahir dan batin dah aku rasai. Siapa yang tidak sedih terpisah dengan yang tersayang. Aku rindu segalanya tentang dia. Rindu...Rindu yang amat sangat. Andai dapat ku undur masa.Tapi apa daya aku...hanyalah insan lemah yang tak mampun untuk berbuat apa.Hanya mampu berserah.
Dengan iakatan perkahwinan ku ini aku harap ada sinar bahagia untuk aku. Memang angan-angan dan impian aku tidak kesampaian. Aku sedih sanagt.Sedih yang teramat sangat.Hanya Allah yang mengerti kesedihanku, kesakitan aku. Aku tahu berdosa aku sebagai seorang isteri apabila memeikirkan lelaki lain.Tapi aku tak boleh hilangkan dirinya dari hati dan pemikiran aku.Takde benda yang tak elok untuk aku membencinya.Segalanya indah semua. Aku hanya mampu berdoa semoga segalanya2x nya hanyalah suami aku Mohd Kharizul. Andai korang berada di tempatku pasti korang akan faham.
Demi adik2x, maruah keluarga kami aku korbankan segalanya.Aku rela biarlah hati ini kecewa dan sedih. Ya Allah..kuatkanlah keimanan di hati ini.
Cinta hadir di dalam hidupku kala diri ini kesakitan, kesepian.Aku bahagia bersamanya.Sangat bahagia.Aku diberi kasih sayang yang aku cari pada seorang lelaki yg aku impikan akan jadi suamiku.Aku dimanjai oleh seorang lelaki yang aku harap jadi suamiku. Aku merajuk, dan aku dipujuk oleh dia yang aku pernah rasa yakin memang akan jadi suamiku.Tapi segalanya tinggal impian, tinggal angan angan. Salah aku ke? Entahlah.Kalau dia faham aku dia akan terima keputusan ini. Kalau dia nak slaahkan aku aku terima.Ye...memang aku mungkir janji.Memang dah mcm aku mainkan dia.Dah macam aku tipu dia.Tapi tidak pernah terniat di hati. Tidak pernah terniat walau sedetik pun.
Kerinduan padanya tak mungkin akan hilang.Rasa cinta ku padanya semakin menebal. Gurau senda dan tawanya membuatkan aku tercari cari. Rindunya....Rindu sgt sgt.



Friday, October 16, 2009

FASA BARU KEHIDUPANKU

Alhamudulillah.Aku dah selamat diijabkabulkan dengan Mohd Kharizul. Mungkin dia bukan seorang yang aku cintai.Tapi pengertian dan keikhlasan hatinya meneirma diri ini amat aku hargai.Aku terpakasa mengorbankan cinta dan kasih sayangku padanya.Ya Allah...hanya kau yang mengetahui apa yang berlaku.Buat niat di hati untuk melukai, menyakiti.Sedangkan hati ini pun dilukai dan disakiti.Abang....maafkan ayang.Bukan niat dihati.
Cuma satu yang ayg pinta doakan kebahagiaan ayang.