Ainna....alhamdulillah...sudah menunjukkan perkembangan yang positif. Mampu tersenyum apabila memandang aku.Geli hati melihat kepalaku yang sama berbaluit mcm dirinya. Hahahah.Accident dekat rumah. Perang dunia dah berlaku. Entahlah....Apa apa yang berlaku sekarang hidup mesti diteruskan. Aku tak nak toleh ke belakang lagi.
Suamiku...itu aku tak tau.Aku ikutkan takdir aku.Aku cuma mampu berdoa agar dia berubah dan lebih bertanggungjawab pada rumah tangga kami. Kalau sudah ditakdirkan tiada jodoh antara kami lagi...ye...aku terima kalau sudah ditakdirkan begitu. Sapa yang nak begitu kan?Tapi bila sudah tiada keserasian, tiada sifat tolak ansur, tiada kasih sayang mcm mana nak melayari rumah tangga tersebut.
Sepatutnya aku pergi menunaikan rukun kelima pada awal November ini....tapi dgn keadaan ainna, aku sendiri....rasanya aku mintak tangguhlah ke tahun depan. Aku pun tak tau kenapa ada je halangan untuk aku ke sana.Ini sudah kali ke 2 dah. Mungkin bukan rezeki aku kot.
Abang Zuber...
Kenapa tutup blog abang.Bukalah. Banyak kata kata semangat kat situ yang boleh Liah baca. Kita rindu awak sgt sgt.Rindu dekat suara awak, gurauan awak, usikan awak pada kita,pujukan awak, kemarahan awak, bebelan awak. Tapi kita sedar status kita. Cuma kenangan jelah yang mampu buat kita tersenyum.Terima kasih kerana masih menghubungi Idah, Adila.Dari situ juga kita dapat tahu pasal awak. Terima kasih.Kita hargainya sangat.Kenapa awak baik sangat. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas emel awak.Kita hargainya abang.Dan kita sentiasa menunggu emel dari abang. Really MISS U.

No comments:
Post a Comment