Friday, July 31, 2009

JUST 4 U

A
BC
DE
FG
HI
JK
L M
NO
PQ
RS
TV
WX
Y Z
have I missed something?
yes..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
i missed "U



Thursday, July 30, 2009

SUGAR BUN

Ada ke SUGAR BUN dekat kl yek? Aku teringin benar nak makan Fish and Rice set from SUGAR BUN.Sedapnya............nasinya.....fuhhhhhh.Kalau balik kuching benda ni dulu yang aku carik.



DARI HATI AKU

ABANG
HADIRMU DALAM HIDUPKU
MEMBAWA SINAR
SINAR GEMBIRA
SINAR BAHAGIA
AKU BAHAGIA BERSAMU SAYANG
AKU GEMBIRA
AKU TERSENYUM SUKA
AK KETAWA GIRANG
KAU SATU DALAM SEJUTA
KAU SATU SATUNYA
CINTA, KASIH DAN SAYANGMU
AKAN KU BAWA SEHINGGA AKHIR HAYATKU
KAULAH SEGALANYA
KAU SATUNYA DI DALAM HATI INI
MOGA CINTA KITA
AKAN KEKAL UNTUK SELAMANYA
AKU AKAN SENTIASA
MENDOAKAN UNTUK KEBAHAGIAAN KITA SAYANG.



TAK GAYAT PUN






Wednesday, July 29, 2009

JUST 4 U SAYANG



AKU RINDU PADA TEMPAT -TEMAPAT NI

Signboard kat atas kalau kita dekat simpang dekat batu kawa,samaaada kita nak ke bau/sematan/lundu.
dan semestinya destinasiku LUNDU
Yang dekat bawah pulak ni kita dah dekat LUNDU.Kalau kita nak ke tempat peranginan kat LUNDU.

My hometown LUNDU. Aku dilahirkan disini tetapi dibesarkan dekat Kuching.
aku bangga menjadi anak jati LUNDU.
Ingat dulu masa aku sekolah, cuti sekolah je memang LUNDUlah tempat aku. Dulu jalan dari Kuching ke LUNDU...aduh..........teruk seteruk teruknya.Dengan batu sebesar kepala pun ada. Hahahahha. Sekarang 1 jam lebih dah sampai .Dulu 3 jam.Nak tunggu feri lagi.


Kalau aku dah dekat LUNDU, tak sah aku tak pergi ke Taman Negara Gunung Gading.Tak jauh dari rumah nenek aku. Pergi naik basikal. Bukan aku yang menunggang basikal, aku cuma pembonceng yang setia.Time tu aku tak reti kayuh basikal lagi. Kalu dah berendam kat situ dari 10 pagi jam 3 petang baru naik dan balik.Bekalan kami...nasi lemak .Nenek aku yang buat.

Tak pun g Pantai Pandan.Dalam 30 minit je dari umah nenek. Best jugaklah pantainya.Tak panjang.Pendek je. Memang puas kalau mandi manda kat situ.Kenangan masa kecik.Sekarang takde lagi dah nak mandi manda macam tu. Rindunya aku.....

Sematan.My favourite place.Segalanya ada di sini. Ibu aku bersal dari sini. Suadra maranya semua ada disini. Peninggalan ayahku jugak disini. Sematan adalah pantai yang paling popular di Sarawak.Terletak berhampiran tanjung datu tempat paling hujung di negeri sarawak. Disini kita boleh pergi ke Teluk Melano dua jam menaiki bot nelayan.Hahahahah. Kalau naik bot laju 45 minit dah sampai.Tempatnya sangat cantik. Tenang je rasa kalu dekat Teluk Melano. Sematan ni pun best gak.Banyak resort2x,Rest house yang ada. Pantainya cantik sangat.memanjang....Dari Lundu hanya 45 minit. Tak sabar nak tunggu raya.Aku nak beraya kat sini.

Ni memang aku rindu sangat sangat.Ahakss.Sebab abang sayang aku kat sini.Bukan dalam ni tau.Dia dekat TAIPING. Dia dah ku penjarakan di dalam hatiku.Cheh wah..Rindu aku kat tempat ni.Dan org tu........sapa yek.



Monday, July 27, 2009

TITIPAN KALBU

Abang
Rindu abang sgt sgt ni
Rindu segalanya apa yang ada pada abang
Hati ayang berbunga riang
Terima kasih sayang
Menceriakan hariku ini
Cinta ayang dekat abang
Tiada dua tiganya sayang
Hanya 1. Hnaya abang dan adik adik di dalam hati ayang
Cinta ayang, kasih sayang ayang
hanya untukmu seorang SAYANG.
Terima kasih hadir dalam hidup ayang.
Ayang amat hargainya
Doa ayang
Moga kasih,sayang dan cinta kita ini
akan sampai ke impian yang kita inginkan
Ayang selalu berdoa untuk itu sayang.

salam syg,
kekadang jika dikenangkan kembali perselisihan faham antara kita turut membawa rahmat dalam percintaan kita sayang. setelah kesekian kalinya kita selisih faham, baru hari ini abg merasa rindu dengan suara sayang. entahlah.......perasaan itu datang dengan sendirinya.ianya belum pernah abg alami sebelum ini.
rindu dengan suara manja sayang, gelak tawa dan segalanya. sebelum ini abg x pernah bertanyakan kepada syg bagi mendapatkan kebenaran untuk call.tp abg dh lakukannya semalam.abg begitu rindu dengan suara syg.
mungkin juga perselisihan faham tersebut telah membenihkan lagi rasa kasih dan sayang abg kepada ayg. hanya hati ini yang memahami perasaan tersebut.setiap kali lepas perselisihan faham abg akan didatangi suara manja memohon maaf.alangkah manjanya suara itu sehinggakan semua perasaan negatif luruh dari hati ini.hanya yang tinggal adalah bunga-bunga cinta yang kembali segar menguntum...........

LUV U, MISS U SAYANG
JAGA DIRI

U ARE ALWAYS IN MY HEART

****aku happy sangat hari ni. aku amat sayangkannya.Moga aku akan bersamanya sehingga akhir hayat aku




Sunday, July 26, 2009

CORETAN TENGAH MALAM DI KOTA KINABALU

Pengajaran untuk aku.
Jangan ikut hati panas.
Jangan cepat marah.
Selidik betul-betul.
Pikir apa nak nak buat.
Kawal kepantasan jari jari ku menekan huruf-huruf di handpone
Jangan main tekan je
Makan diri
Buat orang marah kat aku
Aku dah mintak maaf
Tapi orang tu............
nak sakat aku lagi
Aduiiiiiiiiiiiii
Sabtu iaitu semalam
Satu hari tak dengar suaranya
Aku rindu......
Rindu serindu rindunya
Sibukkan diri pun aku teringat
Tak sukanya gaduh 2x ni
Tapi hari ni
aku seronok, gembira, suka
sebab org tu cakapkan.....
dia pun rindu kat suara aku
Ada nilai gak suara aku ni ye
Yelah adik2x paling tak suka
Bila aku mengeluarkan suara
Pot pet pot pet
Abang..ayang sayang abang
Sayang sangat sangat
Bila kita nak kawin ni
Tak tahan dah ni
Gatal gak aku ni ye
Hahahahahha
Takpe..ayang akan sabar menunggu
Muangiiiiiiiiiiiiiiii
Ok..nak tido..
ZZZZZZZZZZZZZZZ
Selamat malam
Assalammualaikum

JUST FOR U SAYANG

untuk abang.tak taulah sedap ke idak.
lagipun tinggal sikit je.
ni je yang leh diselamatkan utk abang.
hahahahaha.
nanti kalau kita kahwin ayang buat untuk abang ye.


Friday, July 24, 2009

KEISTIMEWAAN PEREMPUAN

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak NabiIsmail.
9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).
10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.



ERTI KAWAN

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak.. 2) kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual... . ambik kereta baru..
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.
10)lagi..... .....kawan tu mcm ape ye????
Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca ENTRY saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya. . :)



Thursday, July 23, 2009

CERITA HARI NI

H ari ni mcm2xlah. Badan aku lemah sikitlsh.Dok bulan mengambang.Dah tu bergerak ke sana sini. Lagi aktiflah pengambangan bulan tersebut. Hahahahah.Dan untuk pengetahuan korang aku rasa aku hari ni tak buat kerja lah. Adui...makan gaji butalah aku. Tak berkat...Tak leh jadi macam ni.kena cover esoklah. Tapi esok pun tak leh gak.Ada function kat opis dari pagi sampai ke petang dan aku terlibat jugak. Yeyeyeyeyyeye.Yahoo............apa itu ye? Tungguuuuuuuu.Tu pun kalau aku nak cerita nanti.Takpelah sabtu ada...............
Abang aku hari ni.....nak buat cerita lagilah tu. Nasib baiklah ayang mucuk dia ni cool lagi dan dapat tangkap dah apa dia nak buat.Aku dok layan jelah..Buat-buat majuk.Bat buat nak undur diri... kononnyalah.Hahahahaha.Tak sanggup aku nak undur diri.Biarlah..memang betul aku tiada jodoh dengannya aku terima.Tapi bukan dengan cara begini.Insyaallah akan aku pertahankannya selagi ada daya aku.Cheh wah..menjiwangkan pulak.
Tadi aku rasa seronok sgt cakap ngan dia kat phone.Entahlah.bila dengar suaranya rasa berbunga-bunga hati ku ni. Rasa seronok sangat. Abang...ayg rindu ni.Sonok sgt dapat dengar suaranya yang romantik gitu. Tu yang buat aku angau setengah mati ku. Klah..aku kalau dah masuk bab abang aku ni, kau dah tak tahu nak taip apa. Seperti lidah ku yang kelu utk berkata-kata, tanganku ini jugak kaku utk menaip. Hahahahahha. SAYANG I MISS U SO MUCH. REALLY MISS U..



GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR

Dapat dari emel.Untuk peringatan kita bersama

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia
BERWAJAH KHINZIR (babi)

Suka memberi & menerima rasuah
BUTA KEDUA BELAH MATA

Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
PEKAK DAN BISU

Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.
TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI

Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.
BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS

Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT

Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
BERJALAN SEPERTI MABUK

Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR

Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti
TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI

Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR

Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT

Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI

Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN

Suka melakukan zina
MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API

Suka makan harta anak yatim
KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS

Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.



Tuesday, July 21, 2009

ORG PUTEH@MAT SALEH

Dah dua malam dah liah,aina ngan kak idah makan luar.Aku penat sgtlah nak masak sekarang. Dan dah dua malam jugaklah kami bertiga makan western food.Harus jadi org putih sekejap.Hahahahah.K.LAH..Malas aku nak naip panjang-panjang .Kemalasan melampau lampau...

fish & chip untuk aku, chicken chop untuk aina, lamb chop untuk idah si mak buyung.

carrot susu untuk aku, soya untuk aina dan air limau untuk idah


Saturday, July 18, 2009

CORETAN DARI AKU

Aku tak bsihat ni.Demam...selsema.Adui...tak suka betullah. Campur ngan rindu jugak ni. Rindunya kat abang.Dia call tadi waktu aku tengah lena tido..Sori bang..ayang tido tadi.Memang takk sedar bang.Dah dok telan ubat demam ngan selsema.aham2x jelah.Tersengguk sengguk menahan mata .
Abg balik kampung katanya. Sonoknya balik kampung. Aku tak lama lagi balik kampung jugak. Rindu kat kampung aku.
Kat bilik aku yang cantik tu....kat katil aku, kat tilam bantal aku. Hahahhaha.Rindu semuanya....
Klah.nanti aku update lagi. Tak laratlah nak menaip...



Friday, July 17, 2009

KAU KEKASIHKU

Indah di mata... indah dijiwa yang berahi
Bagaikan direnda... terpesona penuh asyik
Dan kubelai... sisir angin yang berbisik
Bukan rahsia... kau kekasih ku...
Pecahan ombak...yang menyentuh pipi ini
Pedih rasa hati... bagai ditusuk panah duri
Dan kusapu... kerna kabur pandanganku
Dalam langkah... tarian cintamu
Duhai malam... tiada bintang...
Menghiasi... taman kasih ini...
Hanya aku... sendirian...
Tak berteman... keseorangan...
Kekasih ku... hanya aku...
Yang memuja... sisa cinta ini...
Seandainya... ombak laut...
Surut lagi... aku pergi... oh...
Kekasih ku...
Seiring camar pulang... setia pada janji
Itu doa ku... selama ini...
Dari mata... dari jiwa yang berahi
Makin kumengerti... istilah percintaan ini
Moga nanti... ada seru menyatakan
Kau kekasih... hingga ke akhirnya...
Kau kekasih... hingga ke akhirnya...
Oh... kekasih



SITI NURHALIZA

Aku minat sangat kat dia ni.Dari mula dia sejak dia masuk Bintang HMI sampailah sekarang.Dulu masa mula-mula kes dia dgn Datuk K, aku pun tak suka jugak.Tapi dha pikir pikir dah jodoh diakan. Aku suka dia sebab suaranya, personalitinya dan yang paling aku suka dia ni sweet.........sangat. Aku haraplah selepas ni dia bertudung lah elok2x.Rasanya lebih manis dan mengikut suruhan agama kita kan. Menutup aurat.



Tuesday, July 14, 2009

30 tips dlm perhubungan

1. Gunakan ganti nama diri yg mesra untuk kekasih anda & diri sendiri. Panggil dia dengan nama yg lain daripada yg org gunakan. Ini memberi keistimewaan kepadanya.
2. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengonkong dalam kehidupan sosialnya
3. Elakkan drpd merajuk tidak tentu pasal. Berterus-terang dgn perasaan anda. Jgn marahkan perkara lain, tapi anda merajuk atas lain. Pasangan anda akan bingung
4. Dekati hati kekasih anda, dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yg dpt dilakukan bersama
5. Jika anda berjauhan, hubungilah kekasih anda sekerap yg boleh dan jangan menghilang terlalu lama. Jika anda ke luar negara, gunakan emel, asalkan anda dpt berhubung
6. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, spt berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti spt ini dpt mengeratkan hubungan anda
7. Lari drpd kebiasaan, buat kejutan kepada kekasih anda dengan memberi hadiah, makan mlm yg romantik atau mungkin menguruskan majlis kejutan meyambut hari lahirnya.
8. Sesekali anda peru mengalah dan jangan biarkan kekasih anda saja yg mengalah. Lama-kelamaan kekasih anda akan bosan krn dia saja yg memberi tanpa menerima
9. Elakkan cemburu membabi-buta kerana ini akan merosakkan perhubungan. Ingatlah bahawa semua memerlukan kawan di tempat kerja, rakan sekuliah dan sebagainya
10. Setiap pasangan perlu tanamkan di dalam minda bahawa setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, maka itulah mereka saling melengkapi. Tiada manusia yg sempurna.
11. Ikhlas dalam memulakan perhubungan jangan malu utk jadi diri kamu sendiri, bukannya berlakon dan berlagak spt org lain yg akhirnya akan menjerat diri sendiri
12. Jaga penampilan diri, kerana semua org suka dgn kekemasan & kecantikan. Persepsi pertama adalah sangat ppenting & jangan tonjolkan keburukan anda pd awal pertemuan
13. Sentiasa berfikiran posotif, datang untuk bertemu si dia dgn penilaian yg kosong Dn tidak curiga. Dgn berfikiran posotif, anda lebih mudah menerima seseorang
14. Ketika anda berinteraksi dgn sidia, jangan lupa menggunakan bahsa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunnjukkan minat ketika si dia sedang bercakap
15. Elakkan mengguna perkataan berunsur negatif spt (saya tidak suka). Lebih baik bercerita tentang kesukaan masing-masing. Gunakan ayat positif seperti (saya suka)
16. Pada pertemuan pertama, jangan fokuskan perbualan tentang masalah, kesibukan kerja dan sebagainya. Si dia tidak datang untuk berasa sedih, maka gembirakanlah si dia
17. Jangan kedekut dengan kata pujian, berikan pujian seikhlas hati anda tapi jangan sampai berlebih-lebih. Anda boleh memuji warna bajunya, rambut, kasut dan sebagainya
18. Tunjukkan yang anda mengambil berat terhadap pasangan anda, tolong dalam perkara-perkara kecil sperti mengangkat beg, membuka pintu. Ini menunjukkan yang anda prihatin
19. Jangan bersikap sombong dan sebaliknya jangan abaikan unsur humor. Ini memberi tanda bahawa anda boleh didekati dan bersikap terbuka untuk menerima hubungan baru
20. Jika kekasih anda melakukan kesilapan, beri dia peluang untuk memberi keterangan mungkin dia ada alasan kukuh atas perbuatannya. Jangan sampai anda yang malu sendiri
21. Apabila anda melakukan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. Tunjukkan keikhlasan dan jangan sekali-sekali mengulanginya
22. Ketika menbincangkan sesuatu masalah, jangan gunakan bahasa tersirat. Lebih baik berterus-terang supaya pasangan anda paham akan perkara yang hendak disampaikan
23. Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah. Persekitaran atau iklim komunikasi yang baik, dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah
24. Ketika membincangkan sesuatu masalah, tumpukan kepada masalah, persoalan dan jalan penyelesaian, bukannya dengan menyalhkan atau menuding jari kepada sesiapa
25. Jangan terlalu menunjukkan yang anda adalah sangat baik dan sempurna. Dengar dengar dahulu penjelasan kekasih anda walupun dia berslah dan lebih baik bersikap merendah diri
26. Jangan sekali-kali membandingkan kekasih anda dengan orang lain, terutamanya bekas kekasih mahupun kawan-kawan baik anda, seolah-olah anda lebih mementingkan mereka
27. Gunakan kaedah desak dorong ketika hendak menegur kesalahan kekasih and, iaitu dengan memberi pujian terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan teguran yang halus
28. Semua orang mempunyai ego. Hormati ego kekasih anda dan jangan merendahkan ego kekasih andadihadapan orang ramai. Jika dia sedang marah, lebih baik berdian diri
29. Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani kekasih yang sedang merajuk. Gunakan kata-kata dan janji-janji yang manis. Tetapi ingat! Jangan menabur janji palsu
30. Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan dengan alasan(lupakan saja). Suatu hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain



C.I.N.T.A

cinta kerana rupa aka pudar bila wajahmu tidak berseri lagi.
cinta kerana harta akan hilang jika kau tak mampu lagi
cinta kerana nafsu akan bertukar menjadi benci bila timbul kebosanan
cinta kerana kasihan tidak akan kekal bila yang dikasihi tidak tahu menghargai
cinta ayah ibu akan kekal hingga ke akhir hayat
cinta padaNYA akan menolongmu mendapat segala cinta yang kau ingini



Monday, July 13, 2009

SARAWAK RAINFOREST MUSIC FESTIVAL


Sonok tau kalau dapat g festival ni.Aku suka sangat. Cuma this year je aku tak dapat g.Tak bestnya......Tapi tulah kalau korang g kornag dah rasa macam kat over sea.Hahahahah.Faham-faham jelah. Mat Saleh yang ramai. Tapi serius seronok dengar dan tengok music dari setiap negara.Aku paling suka kalau yang drai New Zealand ngan Afrika Selatan.



Meaning Of Kisses

What each kiss means: -

Kiss on the Upperchest: I'm ready. -
Kiss on the Forehead: We're cute together . -
Kiss on the Cheek: We're friends. -
Kiss on the Hand: I adore you. -
Kiss on the Neck: I want you, now. -
Kiss on the Shoulder: Your perfect. -
Kiss on the Lips: I think I like you.

WHAT EACH GESTURE MEANS:
- Holding Hands: We definitely like each other.
- Touching on the Butt: Your fun.
- Holding you tight pressed against each other: I want you.
- Looking into each other's Eyes: I like you, for who you are.
- Playing with Hair: Let's fool around.
- Arms around the Waist: I like you too much to let go.
- Laughing while Kissing: I am completely comfortable with you.

ADVICE:
- If you were thinking about someone while reading this, you're definitely in Love.

ANGAUKAH AKU



angaukah aku..
berkira-kira aku dalam hati...
sejak aku kenali kau..
hidupku sering terganggu..
dengan bayanganmu.
hatiku sering kali teringat kan kau..
bila telefonku berbunyi segera aku harapkan kau pemanggil itu..
bila aku dapat mesej dari kau..
tersenyum kulat aku membacanya..
indahnya...
aku angau kah...
wajahmu dilayar emel asyik kutatap tanpa jemu...
hari-hari aku tenung2...
tak jemu..
tersenyum kulat-kulat...
tersengih tak cukup tempat..
bila kau puji aku kembang semangkuk
bila kau panggil sayang aku diawangan...
kau kata aku lawa..
aku kata kau handsome...
ku lihat lagi gambar mu...
ku senyum sendiri..
lantas terdengar suara mengganggu "susah kalau melayan kan orang sedang angau" terhapus sudah angan2 ku.. angaukah aku... .
malamku impi bermimpikanmu..
bila terjaga kutatap wajahmu...
aku senyum kulat-kulat tersengih tak kira tempat..
angaukah aku

Saturday, July 11, 2009

KHAS BUATMU

Sayang..
Apa yang kita rasa dan kita alami sekarang adalah sebuah kasih sayang yang luhur dan
Jika kasih sayang ini adalah
Cinta...
Ia tak akan menyiksa namun mengisi..
Ia tak memaksa namun mengerti..
Ia tak datang dengan kata-kata namun menghampiri dengan hati..
Ia tak datang kerana permintaan namun sentiasa hadir kerana ketulusannya...
Ia tak akan datang kerana kekayaan namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan..
Sayang..
Untuk cinta kita, sama-samalah kita sematkan pada hati tentang ikrar ini... .
KITA DI DUNIA BUKAN MENCARI SESEORANG YANG SEMPURNA UNTUK DI CINTAI,
TAPI KITA BELAJAR MENCINTAI ORANGYANG TIDAK SEMPURNA DENGAN CARA YANG SEMPURNA..
Sayang..
Berjanjilah padaku bahawa hubungan suci ini akan ternoktah pada satu ikatan..
Ikatan yang membuatkan rasa bahagia buat kita tuk selamanya...
-Amin-...



LAKE KENYIR RESORT & SPA





Semalam tengok rancangan Menuju Puncak yang dihoskan juara AF 7 Hafiz.Mereka buat rakaman dekat Lake Kenyir Resort & Spa. Bestlah tempatnya.Nanti-nanti aku nak g jugaklah.

JANGAN LUPA LIRIK-11 JULAI 2009


Malam ni dah terpecah rekod Jangan Lupa Lirik. Nana dapat RM100,000.00. Dia nyanyikan lagu Kalau Mencari Teman nyanyian lagu Ziana Zain.Best lagu ni.



KALAU MENCARI TEMAN

Hati luka cinta kecundang

Bagaikan bunga,

Kembang dipuja, layu dibuang

Bercintalah berpada-pada

Usah serah segala

Turutkan hati diturutkan rasa

Diri sendiri akan binasa

Demi masa depanmuBerhati-hati selalu

Kaji asal usulnyaJangan sampai terpedaya

Dari kau bercinta-cinta

Baiklah berumah tangga

Kalau mencari teman

Janganlah memandang luaran

Cari yang beriman

Berjanji-janji seindah mimpi

Sekadar bermimpi semuanya tiada menjadi


Friday, July 10, 2009

AKU WANITA .............

Ye...aku seorang wanita yang berusia 28 tahun. Tak lama lagi akan menjejakkan kaki ke 30-an. Apa lagi yang aku inginkan dalam hidupku ini?Ye...aku rasakan hidup aku dah hampir sempurna sebagai seoran pompuan. Cuma untuk menyempurnakannya lagi aku perlukan seoran suami dan anak-anak aku.

Ye...memang aku bahgaia sangat dengan kehidupan aku sekarang.Walaupun ibu dan ayah telah tiada, tapi kasih sayang mereka tetap aku kenang smapai bila-bila. Aku punyai adik2x yang amat menyayangi diri ini, amat memahami hati kakaknya ini.Dan Abang sentiasa menemani aku masa susah dan senan aku. Aku rasa bahgaia sangat.Dan aku harap kebahagiaan aku ini akak kekal sampai bila-bila.

Kehadiran aban dalam hidup aku semasa aku tengah jatuh....di tengah aku melawan penyakit aku. Disaat aku kehilangan dua insan yang aku sayang. Kata-kata semangat dari nya memang telah membuat Aliah Nur Sham yang dulunya lemah menjadi seoran wanita yang cekal , yang tabah untuk mengharunbgi perjalanan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran.Aku percaya pada kasih, sayang dan cintanya pada aku.

@

@

@

@

KHAMIS-090709

abang (12:58 AM): selepas abg kenal ayg, mcm2 abg fikir, apakah rahmatnya
abang (12:59 AM): xdpt jawapan lg, terlalu aneh, x penah abg terpikir,: x penah abg dgr
abang(1:00 AM): tp abg alami
Aliahnur (1:01 AM): ntahlah bang takdir
abang (1:01 AM): tp abg jgk terlibat
Aliahnur (1:03 AM): abang menyesal ke
abang(1:03 AM): x lah, sedikit pun tak, tp allah menunjukkan kebesarannya pd abg
abang(1:04 AM): mmg mengagumkan, ayg yg abg kenal
abang(1:05 AM): seorang insan yg sgt cekal, tabah
abang(1:05 AM): (bkn nk memuji untuk amik hati), ikhlas
Aliahnur (1:06 AM): abang...segalanya yang berlaku pada ayang daj ditakdirkan
Aliahnur (1:06 AM): ayg kena terima semmuanya bang
abang(1:06 AM): yer la
Aliahnur (1:07 AM): ayang tak boleh pikirkan diri sendiri
Aliahnur (1:07 AM): ayang ada adik2x yang perlu ayang jaga
abang(1:07 AM): tp kenapa selepas kenal abg, abg selalu berdoa
abang(1:07 AM): kalau ini lah tanggungjawab abg, abg terima
abang(1:08 AM): anugerah tuhan, selama abg kenal ayg, x da terlintas di hati langsung
abang(1:09 AM): nk buat x tentu pd ayg, ambil kesempatan
abang(1:10 AM): apa yg abg cari pada ayg, abg pun x tahu
Aliahnur (1:11 AM): tak tahu?
abang(1:11 AM): yer, ntahlah bang, mungkin ada sebab Tuhan ketemukan kita
Aliahnur (1:14 AM): mungkin dia nak abang menjaga kami adik beradik
abang(1:15 AM): tp yg pasti, abg perlukan HATI ayg, tu je , yg abg tahu
Aliahnur (1:16 AM): hati ayang? Yer,maksud abang
abang(1:16 AM): ayg ikhlas, ayg ........tah la, abg x tahu nk hurai
Aliahnur (1:17 AM): hurai?panjang sgt ke
abang(1:17 AM): yg pasti ttg hati, bkn panjang, abg x tahu nk hurai
abang(1:17 AM): x bleh nk keluarkan, hakikatnya abg bahagia dgn ayg
abang(1:19 AM): x da tekanan, x da paksaan
abang (1:19 AM): ayg byk memahami, ayg faham sikap abg
bla....bla.....bla....bla.....

disini aku betul betul nampak keikhlasannya pada aku. terima kasih banag.I really love u. Harap jodoh kita panjang bang. Ayang kuat,ayang cekal, ayang tabah kerana abang. Abang banyak mengajar ayang erti kehidupan ini yang sbenarnya. Terima kasih sayang.