Tuesday, July 14, 2009

30 tips dlm perhubungan

1. Gunakan ganti nama diri yg mesra untuk kekasih anda & diri sendiri. Panggil dia dengan nama yg lain daripada yg org gunakan. Ini memberi keistimewaan kepadanya.
2. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengonkong dalam kehidupan sosialnya
3. Elakkan drpd merajuk tidak tentu pasal. Berterus-terang dgn perasaan anda. Jgn marahkan perkara lain, tapi anda merajuk atas lain. Pasangan anda akan bingung
4. Dekati hati kekasih anda, dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yg dpt dilakukan bersama
5. Jika anda berjauhan, hubungilah kekasih anda sekerap yg boleh dan jangan menghilang terlalu lama. Jika anda ke luar negara, gunakan emel, asalkan anda dpt berhubung
6. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, spt berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti spt ini dpt mengeratkan hubungan anda
7. Lari drpd kebiasaan, buat kejutan kepada kekasih anda dengan memberi hadiah, makan mlm yg romantik atau mungkin menguruskan majlis kejutan meyambut hari lahirnya.
8. Sesekali anda peru mengalah dan jangan biarkan kekasih anda saja yg mengalah. Lama-kelamaan kekasih anda akan bosan krn dia saja yg memberi tanpa menerima
9. Elakkan cemburu membabi-buta kerana ini akan merosakkan perhubungan. Ingatlah bahawa semua memerlukan kawan di tempat kerja, rakan sekuliah dan sebagainya
10. Setiap pasangan perlu tanamkan di dalam minda bahawa setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, maka itulah mereka saling melengkapi. Tiada manusia yg sempurna.
11. Ikhlas dalam memulakan perhubungan jangan malu utk jadi diri kamu sendiri, bukannya berlakon dan berlagak spt org lain yg akhirnya akan menjerat diri sendiri
12. Jaga penampilan diri, kerana semua org suka dgn kekemasan & kecantikan. Persepsi pertama adalah sangat ppenting & jangan tonjolkan keburukan anda pd awal pertemuan
13. Sentiasa berfikiran posotif, datang untuk bertemu si dia dgn penilaian yg kosong Dn tidak curiga. Dgn berfikiran posotif, anda lebih mudah menerima seseorang
14. Ketika anda berinteraksi dgn sidia, jangan lupa menggunakan bahsa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunnjukkan minat ketika si dia sedang bercakap
15. Elakkan mengguna perkataan berunsur negatif spt (saya tidak suka). Lebih baik bercerita tentang kesukaan masing-masing. Gunakan ayat positif seperti (saya suka)
16. Pada pertemuan pertama, jangan fokuskan perbualan tentang masalah, kesibukan kerja dan sebagainya. Si dia tidak datang untuk berasa sedih, maka gembirakanlah si dia
17. Jangan kedekut dengan kata pujian, berikan pujian seikhlas hati anda tapi jangan sampai berlebih-lebih. Anda boleh memuji warna bajunya, rambut, kasut dan sebagainya
18. Tunjukkan yang anda mengambil berat terhadap pasangan anda, tolong dalam perkara-perkara kecil sperti mengangkat beg, membuka pintu. Ini menunjukkan yang anda prihatin
19. Jangan bersikap sombong dan sebaliknya jangan abaikan unsur humor. Ini memberi tanda bahawa anda boleh didekati dan bersikap terbuka untuk menerima hubungan baru
20. Jika kekasih anda melakukan kesilapan, beri dia peluang untuk memberi keterangan mungkin dia ada alasan kukuh atas perbuatannya. Jangan sampai anda yang malu sendiri
21. Apabila anda melakukan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. Tunjukkan keikhlasan dan jangan sekali-sekali mengulanginya
22. Ketika menbincangkan sesuatu masalah, jangan gunakan bahasa tersirat. Lebih baik berterus-terang supaya pasangan anda paham akan perkara yang hendak disampaikan
23. Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah. Persekitaran atau iklim komunikasi yang baik, dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah
24. Ketika membincangkan sesuatu masalah, tumpukan kepada masalah, persoalan dan jalan penyelesaian, bukannya dengan menyalhkan atau menuding jari kepada sesiapa
25. Jangan terlalu menunjukkan yang anda adalah sangat baik dan sempurna. Dengar dengar dahulu penjelasan kekasih anda walupun dia berslah dan lebih baik bersikap merendah diri
26. Jangan sekali-kali membandingkan kekasih anda dengan orang lain, terutamanya bekas kekasih mahupun kawan-kawan baik anda, seolah-olah anda lebih mementingkan mereka
27. Gunakan kaedah desak dorong ketika hendak menegur kesalahan kekasih and, iaitu dengan memberi pujian terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan teguran yang halus
28. Semua orang mempunyai ego. Hormati ego kekasih anda dan jangan merendahkan ego kekasih andadihadapan orang ramai. Jika dia sedang marah, lebih baik berdian diri
29. Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani kekasih yang sedang merajuk. Gunakan kata-kata dan janji-janji yang manis. Tetapi ingat! Jangan menabur janji palsu
30. Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan dengan alasan(lupakan saja). Suatu hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain



No comments: