Monday, August 3, 2009

AKU HARI INI

Hari ni aku dapat boss baru. Lelaki..menggantikan bos singa aku.Semua org cakap dia ni handsome.Manis.Bagi aku nampak biasa je.Putih sangat.Geli aku nengok.Macam pompuan. Dok ketawa merah je muka.Macam pakai blusher.

Dia ni sebenarnya aku dah kenal lama dah.Masa aku kat opis lama.Dia time tu kat Sabah. Time aku kenal dia memang dia tak kahwin lagi.Rasanya dalam 33 tahun kot.Sekarang 38 years old still tak kahwin lagi. memilih sangat ke sampai terlajak mcm tu sekali.Napalah bos aku ni semuanya bujang terlajak ye.Jangan dengan aku sekali terlajak dahlah.Dia lelaki tak kisahlah.Lelaki makin berumur makin berharga ye tak?

Hari pertama dah buat hal ngan aku. Bencilah aku mcm ni.Dulu ok je perangainya.Sekarang. ... dok nak guna kuasa veto dia je. Hari ni ni buat mesyuarat untuk Cawangan kami.Siap suruh aku bagi tahu semua orang dan suruh aku ambik minit.Hello...awak ada PA ok. Jangan nak senang-senang suruh aku. Tapi dah dalam bilik meeting , aku jugak yang kena.Ken adok sebelah dia ambik minit mesyuarat.Siap bagi tahu untuk setiap mesyuarat aku yang akan ambik minit. Adehhhhhhhhhh..senanng cakap.Ni yang akan membuatkan aku MC setiap hari meeting.Lantak dialah nak buat apa.

Aku dah hantar surat tukar ke Jabatan lain dalam Putrajaya.Harap permohonan aku cepat dilluluskan.Aku dah bagi sebab sebab yang paling munasabah sekali.Jangan sampai surat kat dia , dia dok tahan aku kat opis ni. Tak suka betullah kat dia.Patutlah tak kahwin lagi. Budak budak lain dok gelakkan aku dah.Siap cakap kuar dari mulut harimau masuk mulut buaya naga. Tak suka betul aku.

Tapi dah pikir pikir balik, layan jelah rentak dia.Sampai bila dia nak buli aku. Just look and see.HUHUHUHUHU.Nasib badan akulah. Nak tak nak kena terima.





No comments: