Friday, June 5, 2009

BUBUR PEDAS SARAWAK

Pagi ni tadi, bangun pagi, tiba-tiba aku teringin sangat nak makan bubur pedas. Dulu mak yang rajin buat.Kalau kat Sarawak pun bulan puasa je ada bubur pedas ni.Tanya Mak Ngah tadi ada tak mumbu[kerisik] perencah bubur pedas.Mak Ngah cakap ada. Nek Chik cakap takpe nanti dia buatkan.Yahoooo...Bukan aku tak reti buat.Tapi lagi sedap kalau dari air tangan org tua kan.Kalau mak ada kan best.Kalau nak bulan puasa awal-awal dia dah buat rencah bubur pedas ni. Dia buat banyak sekali.Hantar kat jiran.Bagi kat surau.Tahun ni takdelah nampaknya.
Tak lama lagi bulan Ramadhan dah.Boleh sembahyang tarawih. Aku tahun ni 6-5 hari nak raya baru balik KUching beraya.Macam manalah kami bertiga beraya? Entahlah.Mesti sunyi. Takpe...Ketupat akan ku tetap buat.Tak pun buat kelupis. Adilla suka kelupis.Aina lak suka ketupat.Aku lak pagi-pagi mesti cari nasi. Ibu lak dulu suka ketupat daun palas.Tahun ni takdelah aku nak buat kot. Makanan kegemaran adik adiku berdua tetap aku buat. Ayam masak merah,daging rendang..rendang tok pulak tu.Nasib baik akak reti buat. Kuah kacang mesti ada. Kadang-kadang adik request soto/lontong.Aduiii kena belajr buat ni.Tak past lagilah nak buat lontong.
Kek pulak biasalah, tukang buatnya aku.Buat yang simple-simple jelah. Biskut lak taukenya Adilla.Dia yang rajin buat.Baju adik adik semua dah hantar tempah. 3 pasang sorang.Theme colour taun ni maroon.Mak yang pilih kain buat kami.Nasib baik tak sedondon.Cuma kaler je sama.
Raya ni berjalan umah sedara maralah kami bertiga.Pagi raya ye...sembahyang raya kat surau kat umah kami kat Kuching.Bersalaman adik beradik..Mesti sedih kan waktu ni. Dulu leh salam mak ayah. Sekarang kami bertiga je. Lepass tu g kubur ayah dan mak. Lepas tu balik kampung. Leh mandi laut...Ada ke raya nak mandi laut.Macam manalah kami bertiga raya ni ye.Aku dan Adilla leh tahan.Tapi Aina.... janganlah nangis dik. Dia ni manja sangat.Sangat-sangat manja.Jauhnya aku dah...Nak cerita pasal bubur pedas.Dah jadi hari raya lak.Korang nak resepi bubur pedas.Ok ni resepinya



BUBUR PEDAS
Bahan-Bahan:
1 peket perencah bubur pedas
200g udang
200g daging (direbus terlebih dahulu)
sedikit suhoon di kerat
2 sekeping fucuk di potong kecil
santan air terung panjang (cincang halus)
petola (cincang halus)
baby corn (cincang halus)
daun mengkudu (di hiris nipis & direndam air suam untuk menghilangkan pahit)
Bahan B 3 ulas bawang merah
segengam udang geragau garam

Cara:
Tumis bahan B sampai naik bau dan agak garing, masukan daging, masak daging sehingga agak empuk, masukan udang & rempah bubur pedas, kemudian masukan air. setelah air mendidih, masukan sayur2(sayur, sohoon, fucok etc) tersebut. masak sehingga sayur tersebut agak layu dan masukan santan berserta garam secukup rasa. Masak sehingga santan menggelegak dan sedia untuk dimakan
Tambahan:
Boleh dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja, terutama untuk berbuka puasa

No comments: