Friday, January 30, 2009

HUJAN




Hujan yang turun bagaikan mutiara


Berkilau bersinar berkerdipan


Subur menghijau bumi terbentang


Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi


Diwaktu hujan turun


Menyirami ketandusan hati


Dan hujan turut mengiringi


Engkau pergi…
Selembut hujan bercurahan


Begitulah cinta ini


Semesra bumi yang disirami


Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata


Bersama pedih, bersama rindu


Kau datang dan kau pergi jua


Rindu lagi

MALUNYA AKU


Kan dalam entry lpeas aku ada cakp suka kat seseorang.Arghhhhhhhhhhh.
malunya aku.Cintaku bertepuk sebelah tangan.Malunya..Nasib baiklah dia tak tau aku suka kat dia. Cuma kawan-kawan je yang tahu.Si dia dah nak bertunang. Yelah...Dia dah jumpa jodoh dia. Alhamdulillah.Aku jugak yang tak berjumpa dgn seseorang.Ada ke jodoh aku ni?

Thursday, January 29, 2009

BUKAN SIMPATI AKU PINTA

Samekom semua.Dah aku bagi tahu aku sakit apa, semua dok emel dok simpati kat aku.Bukan simpati yang aku nak.Aku menulis di blog ini pun untuk aku lluahkan segal perassan aku.Ye......terima kasih banyak2x atas perhatian korang pada aku.

Wednesday, January 28, 2009

AKU SAKIT LAGI


Yelah.namanya pun leukimia.Tadi tiba2x aku pitam.Darah keluar bannyak sngat dari hidung. Letihlah...sakit-sakit ni. Ya Allah.Tabahkanlah hati hambamu ini.

Monday, January 26, 2009

ALHAMDULILLAH..REZEKI




Balik-balik dari Brunei aku dapat satu cek.Dari syarikat tempat aku buat part time.Bonus...........Yahoo........Alhamdulillah.Leh lah aku beli brg2x yg aku idamkan.Nilah yang aku idamkan sgt2x...

Thursday, January 22, 2009

KELEBIHAN AIR SUAM

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Jadi, adalah sangat penting untuk minum sup panas atau air suam selepas menikmati sesuatu makanan.

Sunday, January 18, 2009

BRUNEI DARUL SALAM


Yahooooooooooooooooooooo.Aku seronok sgt.Aku terpilih untuk g kursus auditing kat Brunei.Lehlah aku jalan-jalan.Boleh ke jalan2x ye.G kursus kannya g jaln.ye tak?Aku akan pergi 20hb ni balik 24hb.Alhamdulillah.

Jauh gak aku pergi kali ni ye.

MY HOME TOWN



Alhamdulillah cuti aku nak balik Kuching dah diluluskan.Aku akan balik pada 1.2.09.balik KL balik 11.2.09.Yahoo.sepuluh hari tu. Rindunya kat insan insan kat Kuching.Mak dah asyik dok suruh balik, balik.Siap nak aku tukar balik kat sana.Malaslah nak balik dulu.Dah bagi tahu mak,nak mati kat mana-mana pun leh mati kan.AKu ambik tiket air asia je.tambang percuma aku nak balik raya nanti. Tak sbaarnya nak raya.Insyallah ..aku harap akan berjumpa kagi ngan bulan yang mulia -Ramadhan..

Thursday, January 15, 2009

AKU CINTA PADAMU -SITI NURHALIZA


Andainya engkau ku miliki

Terdahulu sebelumnya

Andai ku curah rasa hati

Mungkin kini ku tenang di samping mu

Belum puas ku menikmati

Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi

Ingin ku terus dicintai

Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga

Jadi airmata di jariku

Betapa ku cinta pada mu

Katakanlah kau cinta padaku

Sematkanlah ku di hati mu

Walau di mana berada

Ingat ku dalam doa mu

Hiasilah hatiDengan cinta suci

SelamanyaGemerlapkan jiwa

Semikanlah cinta

Semoga kau dan aku

Akhirnya bersama

Akukan menunggu

Walaupun seribu tahun lagi



Aku nak menjiwangkan diri aku sekejap.Aku suka lagu siti yang ni.Best..Ye..Aku Cinta Padamu MR.Right

Monday, January 12, 2009

I'M IN LOVE


Wakakakakaka.Aku dilamun cinta.Ye..aku akui aku suka sgt kat seseorang tu.Tapi tak taulah dia suka ke tak kat aku.Senyumannya,tutur katanya memang benar2x telah memikat hati aku. Boleh in ke tak ni ye. Tunggu dan lihat jelah. Klau dah jodoh tak kemana kan

Sunday, January 11, 2009

KUANTAN


Aku kena outstsion ke Kuantan untuk 3 hari.Boringnya.Tapi takpelah aku g kerja bukannya g makan angin.Kami pergi 3 org termasuk aku, bos aku dan seorang driver. Kuantan..apa yang best ye. Pergi je lah.Lama dah tak g kuantan ni.

Saturday, January 10, 2009

LEUKIMIA

Pengenalan Penyakit

-Sejenis penyakit kanser darah di mana sum-sum tulang tidak dapat berfungsi lagi sebagai pembuat sel-sel darah merah pembeku darah (platelet darah)
-Ini menyebabkan sel-sel darah putih yang tidak normal dan tidak matang dihasilkan dalam tubuh
-Penghasilan sel darah putih yang terlalu banyak ini mengakibatkan seseorang menjadi pucat (anemia), pendarahan dan jangkitan yang berselang seli.

Punca Penyakit / Faktor Risiko
-Bahan-bahan kimia seperti benzene dan derivatives yang memusnahkan sel sum- sum tulang

-Penggunaan bahan sitotoksik dan agen supresif

Tanda-Tanda / Simptom
-Leukimia akut

- berlaku dalam tempoh waktu yang singkat dan pesakit biasanya tidak sihat.Boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat
-Pucat
-Rasa Letih
-Hilang selera makan
-Pendarahan mulut,kulit dan gusi
-Demam panas-Pembengkakan kelenjar leher
-Leukimia kronik
-sihat pada peringkat awal
-pesakit boleh bertahan dalam anggaran 3-5 tahun walaupun tanpa rawatan
-Pembengkakan pada kelenjar limfa
-Pembesaran limfa
-Sakit tulang
-Demam panas
-Pucat
-Rasa letih

Komplikasi
-Pendarahan pada kulit

-Batuk berdarah
-Muntah darah
-Keguguran rambut

Friday, January 9, 2009

AKU MEMANG SAKIT

Sapa nak sakitkan.Aku?Aku pun tak nak. Tapi apa boleh aku buat.Itu takdirnya untuk aku.Aku kena terima. Ye..aku menghidap sakit leukimia.
Korang banyangkan macammana aku menerima ini dari doktor.Rasa gelap duniaku sekejap.Aku lemah.Aku sedih.Doktor pulak cakap aku hanya boleh bertahan dalam masa ke 6 bulan hingga setahun.
Macam mana?Macam mana aku nak meninggalkan insan-insan yang aku sayang.IBU,AYAH ,ADILA, AINA.Lia tak snagggup.Tak sanggup.
Aku sudah mula mengitung hari.Hari hari ini akan aku lalui dengan gembira, dengan suka. Ya Allah..bagilah kekuatan pada hambamu ini.

Thursday, January 8, 2009

RUMAHKU SYURGAKU


Alhamdulillah. dengan rezeki dariNya aku dapat membeli sebuah rumah untuk keluargaku kat Kuching.Sonoknya..Takde apa nak aku bagi kat mereka.Kalau nak diikutkan mak yah lagi banyak berkorban untuk aku.yelah....dengan dalam kandungan, melahirkan,mebesarkan aku dgn penuh kasih sayang.Terima kasih, mak ayah.Ini sajalah yg lia mampu berikan. Lia sayang sgt kat mak dan ayah.

Aku kat sini xpe. Dok apartment je cukup.Duduk bertiga ngan akak2x yg sgt baik.Kak Idah & kak ita.Terima Kasih kerana sudi dok ngan lia. Sudi mendengar luahan rasa lia.Terima aksih akak akakku

Monday, January 5, 2009

UBAT DAN HOSPITAL




Ubat..ubat..g hospital.
Itulah yang aku buat sejak aku mendapat tahu penyakit ku ini.
Aku dah bosan dah.
Yelah tak smapai sebulan aku mengetahui tentang sakitku, gaya hidupku dah berubah. Makan kena jaga. Masa makan ubat kena tepat.Yelah...dari 56 kg(berat ideal bagi aku) aku dah turun kepada 52 kg.Yelah mkn pun tak lalu.
Aku tak dapat membayangkan apa yg akan berlaku pada aku pada waktu mendatang.
Ya Allah...tabahkanlah hati diri ini ya Allah

Saturday, January 3, 2009

HAPPY BIRTHDAY AINA


Selamat hari lahir buat adikku aina nun jauh kat Kuching.

Akak rindu adik.

Semoga adik dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.

Pandai dalam pelajaran.

Akak akan sentiasa mendoakan kejayaan adik.

Friday, January 2, 2009

TAKDIRNYA UNTUK AKU

Ye..aku akan menerima takdirnya jika tertulis begitu untukku.

Ya Allah.

Kuatkanlah diri hamba mu ini.

Terlalu banyak rintangan dan cubaan selama 28 tahun hidupku.

Dan ini adalah dugaan yang paling hebat yang aku terima dan akan mealaluinya.

Entahlah.

Sebagai hambamu aku terima ketentuan ini.

Cuba aku sedih.aku akan meninggalkan semuanya.

Semua yang ku sayang.



Insyallah.

Thursday, January 1, 2009

MEMAHAMI HAKIKAT KEMATIAN


Kematian itu pasti adanya. Ia ibarat “pintu”, setiap orang pasti akan memasukinya. Ia juga laksana “gelas”, setiap yang bernyawa pasti akan ‘mencicipinya’. Hakikat ini telah dinyatakan di dalam Kitabullah, “Tiap-tiap jiwa (yang bernyawa) akan merasakan kematian.” (Qs. Ali ‘Imrân [3]: 185).
Ya, kematian itu pasti datang. Ia bak pencuri: datang tanpa kaki dan mengambil nyawa manusia tanpa tangan. Dan, ia datang tidak pernah ‘ketuk pintu’ dan mengucapkan salam. Dia datang tiba-tiba. Namun, dia pasti datang.Imam ‘Ali karramallâhu wajhah pernah bertutur tentang hakikat kematian ini. “Jika hari kematianku telah tiba, bagaimana aku bisa lari dari kematian itu, hari dimana telah ditakdirkan untuk tidak bisa atau bisa. Hari yang ditakdirkan itu tidak aku takuti, karena yang telah ditakdirkan mati, tidaklah selamat dari kepastiannya.” Itulah kematian.
Tidak Ada Tempat Lari…Tidak seorangpun mampu melarikan diri dari kematian. Bahkan, kematian itu yang akan menemui kita, kapan dan dimanapun. “Katakanlah (wahai Muhammad) bahwa kematian yang kalian lari daripadanya, dia akan menemui kalian…” (Qs. Al-Jumu‘ah [62]: 8). Kita pun tidak dapat bersembunyi darinya: “Di mana saja kalian berada, kematian itu akan mendapatkan kalian, kendatipun kalian bersembunyi di balik benteng yang sangat tinggi lagi kukuh…” (Qs. Al-Nisâ’ [4]: 78).
Pesan ‘Ali ibn Abi Thalib…Kematian bukan untuk ditakuti. Karena takut atau tidak takut, kematian akan datang. Yang penting adalah persiapan untuk menghadapi waktu datangnya kematian. Maka, ada dua hal penting berkenaan dengan kematian ini: [1] Banyak mengingatnya. Jangan lalai dalam hal ini. Kematian harus memiliki file spesial dalam qalbu kita. “Perbanyklah mengingat kematian, sebab seorang hamba yang banyak mengingatnya, maka Allah akan menghidupkan hatinya dan akan menghilangkan baginya rasa sakit kematian itu.” (HR. Al-Dailami); dan [2] Bersiap-siap dalam menyambutnya. Kita harus mempersiapkan amal sebanyak-banyak untuk kematian. Al-Ashbu’ al-Hanzhali menceritakan bahwa menjelang kematiannya, Imam ‘Ali bersenandung lewat bait syair:
bersiaplah menghadapi kematian,karena kematian niscaya menjumpaimu,janganlah engkau takut akan kematiansaat ita telah berada di lembahmu